Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Wednesday, 3 September 2025

Light Dinner @Q-Bistro Melawati

Semalam anak-no 5 balik rumah. Dan seperti selalu bila ada anak yang balik, hubby akan ajak makan di luar. Dan seperti biasa anak no-3 yang tinggal berdekatan akan turut serta jika tiada aral melintang. Kami ke Q-Bistro Taman Melawati yang baru sahaja beroperasi. Kita order air dan menu yang ringan-ringan sahaja.

Murtabak ayam for hubby.

Roti canai for cucu.

Melayan cucu tengok kartun di youtube.

Apa entah yang seronok sangat.

0.5 as always. 

Begitulah... bila-bila ada aktiviti bersama keluarga walau seringkas mana, kita akan abadikan buat kenangan dimasa hadapan. Semoga keluarga kecil ini sentiasa berada dalam rahmat Allah. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Friday, 29 August 2025

Kenduri @Rimba Flora & Jalan-jalan naik Lrt

Sabtu, 26th Julai 2025

Pepagi lagi saya dan hubby dah bersedia untuk pergi kenduri sahabat Gojezes KB84 di Rimba Flora, Gombak. Kami plan nak datang awal supaya dapat tempat yang selesa dan tidak serabut dengan tetamu yang ramai masa peak hours nanti. Tapi tiba-tiba pulak anak cucu nak balik, nak ajak Tok Ayah naik train. So terpaksalah kami tunggu depa sampai dan angkut sekali bawak pergi kenduri dan tiba di tempat kenduri hampir pukul 1:00 tengahari.

Asalnya saya cuma RSVP untuk saya dan hubby sahaja. Tapi bila nak bawak anak cucu sekali terpaksalah saya wasap minta izin daripada tuan rumah.

Hubby dah siap pesan, "Dah pergi ramai-ramai ni kenalah bagi angpau tebal sikit...". Begitulah. Dan sungguh bagai dijangka... kami tiba masa peak hours. Tetamu sangat ramai. Alhamdulillah dapat jugak tempat duduk. Yang penting dapat beramah mesra dengan tuan rumah yang baik hati.

Dengan tuan rumah yang peramah.

Sahabat Gojezes... sempat berselisih jalan, kita sempat hai-hai, bye-bye sahaja.

Sahabat Gojezes... satu dorm masa sekolah dulu.

Usai menjamu selera kami penuhi hajat cucunda nak jalan-jalan naik train dengan Tok Ayah. Kami bawa kereta dan parking di Datum Jelatek. Kemudian beli tiket LRT ke Nu Sentral. Jalan-jalan di sana sebentar ambik vibe sebelum patah balik ke Datum Jelatek semula untuk makan-makan famili. Yang penting hajat cucu nak naik train tercapai.

Stesen LRT Nu Sentral.


Semua happy dapat naik train walau bersesak dengan orang ramai. 


Menunggu makanan tiba.

Semasa makan di situ saya terasa/tergigit sesuatu yang sangat keras dan gigi geraham saya terasa sangat sakit. Terpaksa saya duduk diam seketika untuk 'proses' rasa sakit itu agar tidak mengganggu ketenangan bersama keluarga. (Of course lah tiada siapa yang perasan yang Ummi depa sedang menahan kesakitan yang amat sangat... mengikut kata orang, sakit gigi ini adalah kesakitan no-2 selepas beranak). Entahlah.. saya rasa gigi saya mungkin retak dek tekanan benda keras yang saya rasakan tadi. Sehingga cerita ini ditulis selepas sebulan) sakit gigi saya masih terasa terutama bila tergigit benda keras. So saya kena sentiasa berhati-hati bila makan. Mudah-mudahan ianya tidak melarat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 3 June 2025

Hari Sukan Cucu

Bila cucu nak bersukan, nenek dan tok ayah pulak excited susun jadual untuk pastikan dapat hadir pada hari kejadian. Tadika depa buat sukan pada hari Sabtu 10hb Mei 2025. Kebetulan kami ada undangan kenduri kawen nun jauh di selatan keesokannya, so kira macam enroute sekejap memenuhi hasrat diri sendiri untuk sentiasa ada pada detik penting dalam kehidupan orang-orang yang kita sayangi.

Depa buat acara di Komplex Futsal Mokhtar Dahari, Putrajaya. Kami tiba tepat waktu sebelum acara cucu bermula. Sempatlah tengok cucu kesayangan in action. Depa bersukan santai-santai sahaja dan semua murid pun dapat hadiah medal.

Rumah Kuning.


Kakak pun berbaju kuning bagi semangat.

Mummy pun kuning.

The happy faces.

Best friend Tok Ayah katanya.

Nenek dan Tok Ayah di celahan ibu bapa yang muda belia.

By pukul 11:30 pagi majlis hampir berakhir dan kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat pulak. Kami bermalam di sana untuk program esoknya. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kita dalam menyantuni keluarga yang dicintai. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 2 June 2025

Kuning

Cucu no-5 saya lahir tiga minggu awal dari yang dijangkakan. Memandangkan menantu saya sihat dan recovery pun agak laju, doktor bagi discharged selepas satu malam di wad. Lepas discharged depa terus balik ke rumah di Nilai. Dua hari kemudian saya ke Nilai melawat cucu baru. Kebetulan hubby ada meeting di Putrajaya, so hubby hantar saya ke Nilai sebelum pusing balik ke tempat mesyuarat.  

Sebelum discharged hari tu, doktor dah pesan untuk buat blood check sebab baby nampak agak kuning which is quite normal for pre-mature infants. Masa saya tiba, depa baru balik dari KK Nilai untuk buat blood test. Doktor refer untuk letak baby bawah lampu sebab bacaan bilirubin agak tinggi daripada yang sepatutnya. Mula-mula kami ke A&E Hospital Cyberjaya. Malangnya, mereka hanya ambik kes dalam kawasan sekitar sahaja. Oleh kerana Nilai berada di luar jajahan maka kes kami ditolak. Tapi depa bagi katil untuk ibu dan anak berehat sementara menunggu kes diselesaikan. Salute untuk KKM. Salute juga untuk anak-menantu saya yang bersabar dengan segala urusan.

Sambil menunggu perbincangan kita nikmati suria mentari dulu.

Nenek dan baby enjoying jalan-jalan naik kereta.

Next, kami cuba hospital Kajang pulak. Alhamdulillah, mereka menerima dengan tangan terbuka walaupun kami tiba hampir dihujung waktu pejabat. Urusan pun mudah kerana sudah ada referal daripada KK ibu dan anak. Depa terima baby masuk wad dan duduk bawah lampu untuk satu malam ditemani mummy.

Kawasan hospital yang lengang lepas waktu pejabat.

Lobi yang luas.

Selepas habis meeting di Putrajaya hubby ikut join kami di Kajang pulak. Kebetulan dah nak masuk waktu berbuka, kami singgah di Metro Kajang Mall beli makanan sementara anak no-4 saya balik ke Nilai untuk mengambil barang-barang keperluan untuk menantu saya bermalam di hospital.

Tok Ayah muka penat, full day dari tempat kerja.

Kita iftar dulu.

Tambah kalori.😍

Baby bawah lampu.

Selepas dua hari keluar wad, baby kena repeat blood check di KK lagi untuk monitor bacaan bilirubin. Bacaannya masih tinggi dan doktor refer untuk letak baby bawah lampu di Hospital Seremban. Malangnya wad agak penuh, depa cuma ada wad untuk baby sahaja. Ibu tak boleh stay, maka kali ini baby kena tinggal di wad sorang-sorang.😢

Pasrah nak kena tinggal.🥹

Sian... pakai uniform hospital dan kena tinggal sorang-sorang.🥹

Alhamdulillah baby cuma perlu stay satu malam sahaja, lepas tu sambung monitor di rumah sehingga usia baby 4 minggu. As long as bacaan bilirubin tidak melepasi tahap bahaya, baby kuning dianggap normal bagi kelahiran pra-matang. Walaupun saya tidak risau sebab dah ada pengalaman dengan anak no-2 dulu-dulu, tapi still kita kena berhati-hati. Dan selang sehari atau dua tiga hari saya akan ke Nilai melawat cucu.

The proud Uwan dan Nenek.

By Aidilfitri, keadaan baby masih lagi kuning namun saya masih tidak risau kerana baby menyusu dengan baik dan berat badan pun normal. Sesekali Daddy akan bawa keluar ambik cahaya mentari pagi sebagai ikhtiar mengikut petua orang dulu-dulu.

Bila dah masuk hari ke-28 (minggu ke-4) dan kuning baby masih belum hilang, kami decide untuk bawa baby berjumpa pakar. Oleh kerana tarikhnya jatuh pada hujung minggu, kami ke A&E dahulu dan tiba seawal pukul 8:00 pagi. Baby lulus semua ujian yang sepatutnya. Namun Doktor bertugas ambik darah untuk ujian (saringan) jaundice yang lengkap dan buat appoinment berjumpa pakar untuk hari Isnin.

Kita nikmati mentari pagi di luar hospital sementara menunggu.

Singgah rumah Nenek dulu sebelum balik Nilai semula.

Pada hari Isnin, seperti yang dijanjikan pepagi lagi saya dan hubby keluar ke Ampang Putri. Kebetulan hubby ada meeting di Bangi so kita bersarapan di Cafe hospital dahulu sambil menunggu cucu datang dari Nilai. Usai sarapan hubby meneruskan perjalanan untuk meeting di Bangi. Tinggallah saya sibuk nak menyibuk urusan anak-cucu. 😁

Urusan di klinik pakar agak laju walau jantung saya macam nak berhenti bila melangkah masuk ke bilik rawatan.😅

“Berat okay, najis okay, perut lembut, no hernia, no temperature… nothing to worry lah. Boleh balik happy happy je. And continue with what you’re doing”. Confident betul doktor ni buat rumusan. Tengokan rupa macam tak percaya beliau seorang pakar kanak-kanak. 

“This is what we call breastmilk jaundice. Don’t know the exact reason. May be ada enzime dalam the mother’s milk tak sesuai dengan baby. Takes up to 2 months to setel. So don’t worry if baby kuning until then… unless you ada good reason to be worried, boleh datang klinik semula.” panjang lebar doktor sambung explain.

Balik transit kat rumah nenek pulak.

Kakak (cousin) Lily excited nak jaga baby.

Alhamdulillah, nenek dan tok ayah pun terus lega bila dapat kata putus dari pakar. Sebelum ini asyik in the dark, guessing what action should be taken next. Semoga baby terus membesar dengan sihat menjadi penyejuk mata ayahbonda. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Friday, 30 May 2025

Opening Kilang Perabot Anak Saudara Hubby

Hujung minggu lepas kami menerima jemputan dari anak saudara hubby sempena perasmian dan pembukaan business kilang perabot mereka di Puchong. Business tu dah beroperasi selama setahun cuma baru berkesempatan untuk dirasmikan.

Kad jemputan.

Banyak menu yang disajikan. Ada nasi arab, pasta, kambing bakar dan lain-lain. Menu utama disajikan di perkarangan kilang, manakala desserts dihidang di showroom di tingkat atas bangunan. Bagus jugak begitu. Bila dah kenyang makan di bawah, kita panjat tangga naik ke atas. Sekurang-kurangnya dapat jugak membakar kalori.

Makcik ambik set kambing bakar sahaja.

Cantik depa susun desserts.


Dengan anak dan menantu no-3 dan tuan rumah, (Kakak hubby dan anaknya).

Hubby bersama kakak ipar saya dan cucunya.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Saya tumpang gembira dengan kejayaan business mereka dan kesungguhan anak saudara hubby menceburi bidang yang diminati. Semoga business mereka terus sukses. Semoga kita jugak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Monday, 26 May 2025

Cucu Baru Sempena Aidil Fitri 2025

Kami dapat berita kelahiran cucu ke-5 semasa hari terakhir di Jepun pada 23hb Mac 2025. Baby sepatutnya lahir selepas hari Raya Aidilfitri tapi dah keluar tiga minggu lebih awal. Kiranya dah masuk kategori baby pra-matang. Semua orang excited nak suruh baby keluar sempena tarikh yang cantik 23.3.25 ini.

It’s a girl.

Haneda Airport, Jepun… tak sabar nak balik sambut baby. Tok Ayah pulak sedih sebab baby dah lahir sebelum sempat tunggu nenek balik.

Tiba sahaja di KLIA2, anak sulong dah menunggu. Kami terus balik ke rumahnya di Cyberjaya, mandi dan bersiap untuk ke hospital di Bangi. Kami terus masuk ke wad walaupun diluar waktu melawat. Malangnya baby masih di nursery dan mengambil masa yang agak lama untuk menunggu nurse hantar semula ke wad.  By the time baby tiba hari dah lewat dan nenek dengan tok ayah pun dah penat, nak balik rumah home sweet home di Ampang pulak.

Welcome to the world baby Ayana.

Nenek rembat baju dan tudung mummy Iman sebab stok baju dah habis.

New Daddy.

With the cousins yang excited.

By petang depa dah discharge dari hospital dan balik rumah sendiri di Nilai. Doktor pesan untuk buat blood check selepas dua hari sebab baby nampak agak kuning which is quite normal for pre-mature infants. 

Mudah-mudahan baby membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk mata ayah bonda. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 22 May 2025

Selamat Hari Ibu 2025

Seperti biasa setiap kali tibanya hari ibu, anak-anak akan berkumpul menyambut hari yang bahagia itu. Tahun ini depa berkumpul di rumah bonda. Dah sebagai mak, haruslah saya akan sibuk memasak apa yang ada bila anak-anak nak balik rumah. Manalah tahu kiranya ini kali terakhir untuk semua ahli dapat berkumpul bersama.

“Nak kari nenas dengan ayam goreng…” mudah sahaja permintaan anak sulong saya.

Dan dalam kesibukan sempat jugak saya ke kedai runcit tepi rumah untuk membeli barang masakan. Dapatlah memenuhi meja dengan juadah air tangan bonda.

Siakap goreng berlada, kari udang nenas, kerabu mangga & ayam goreng.

Segar dari ladang.

Kek hari ibu by anak sulong.

Bunga kiriman anak bongsu.

Coklat sebagai penambah kolestrol.

Pemungkin saya untuk bergelar ibu.😍


Not full house.

Cucu-cucu yang sentiasa menceriakan.

The girls...

Alhamdulillah, semoga para ibu di luar sana turut berbahagia dengan gelaran yang dikurniakan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu.  ...