Tuesday, 21 October 2025

Anak-anak VS Cucu-cucu

Masa anak-anak kecik dulu saya akan bangun seawal pukul 5 pagi. Saya akan mandi dan bersiap, khidmat diri sebelum memulakan tugasan lain. Benda pertama yang akan saya buat ialah menjemur kain-baju yang saya dah basuh sebelum tidur malam tadi. Bila menggunakan mesin basuh, kita tak perlu risau apa-apa. Masukkan pakaian ke dalam mesin basuh dimalam hari, tahu-tahu esok pagi dah sedia untuk di jemur. Dengan 7 orang isi rumah, haruslah saya akan membasuh pakaian setiap hari.

Usai menjemur pakaian saya akan kejutkan anak-anak dan berperang untuk bersiap pergi sekolah. Pukul 6:30 pagi saya dah start enjin kereta dan tiba di sekolah dalam pukul 7:20 pagi. Kalau nasib tak baik saya akan tiba selepas pukul 7:25 pagi dan punch card saya akan berwarna merah. Hal ini akan membawa kepada keputusan prestasi saya yang sentiasa merudum. Walaupun saya sangat suka mengajar dan sentiasa bersemangat di dalam kelas bersama anak-anak murid namun warna merah itu sentiasa menjadi hakim terbesar. 

Selepas pencen, catatan merah itu dah hilang, anak-anak pun dah besar dan ada keluarga sendiri, maka kita nikmati kehidupan biasa, no string attached, kata orang kampung saya. Hari-hari saya ada rutin sendiri dalam menghabiskan sisa usia. 

Sesekali dikelilingi anak-cucu menyedarkan diri sudah berada dihujung usia. Maka kita ganti masa-masa yang terlepas bersama anak-anak dengan gelak tawa bersama cucu-cucu pula. Bila ada masa terluang kita teman cucu bermain sebagai ganti kepada saat-saat yang hilang semasa ibu-ayah mereka masih kecil dahulu. Walaupun masa tidak boleh diputar tetaplah kita gunakan sisa masa ada tinggal dengan sebaik mungkin.

Tok Ayah dan cucunya.

Nenek mengikut sahaja.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Jogging @Taman Tasik Titiwangsa

Pagi tadi bukan main bersemangat nak pergi jogging kat Taman Tasik Titiwangsa. Rupa-rupanya depa tutup untuk Festival Taman Kuala Lumpur 20...