Tuesday, 15 September 2026

Cubaan menurunkan berat badan

Malam 31 Julai 2023 tanpa disangka berat saya dah mencapai lebih 71kg. Maka kelam kabutlah saya mencari formula untuk menurunkan berat badan ini walau dah tahu cara paling mudah untuk turunkan berat badan adalah dengan mengurangkan makan. Tapi mana maunya makcik boleh kurangkan makan bila perut asyik lapar dan mulut asyik nak mengunyah. Lebih-lebih lagi bila dah masuk fasa menopos, makin payahlah nak buang lelemak yang terkumpul sekian lama.

Dah kepala 7 tu.😭

Saya mula kalut. Saya beli buku di Kinokuniya dan membuat carian di internet cara-cara menurunkan berat badan.

Ya… itulah cerita lebih tiga tahun yang lepas. Tapi saya tak pasti apa yang sebenarnya terjadi sepanjang tiga tahun itu hingga kini. Yang pasti keazaman untuk menurutkan berat badan itu hanyalah kisah hangat-hangat tahi ayam. Bila balik dari bermusafir di UK pada bulan September tahun lepas, semangat untuk menurunkan berat badan datang semula bila bacaan penimbang mencecah 74 kg. Tiada penurunan, malahan naik sebanyak 2kg dalam masa dua tahun. Nampak macam sedikit tapi sebenarnya telah membawa diri ini ke dalam zon obese. Bila bacaan glukos dalam darah pun mula naik maka haruslah makcik tingkatkan azam untuk betul-betul menjaga kesihatan. 

Baru-baru ini saya buat full blood count & urine test untuk check bacaan gula, kolestrol, tyroid, hati dan lain-lain. Alhamdulillah semua bacaan adalah normal kecuali bacaan glukos dah mula masuk dalam range prediabetes. Bacaan kolestrol saya normal sebab ambik ubat Lipitor 20 mg secara konsisten. Kalau tidak, maunya naik hingga 7. Nampaknya saya terpaksa kawal berat badan dan pengambilan gula juga. Ayuhlah kita sambung azam yang tergendala dan target ada penurunan selepas ini.

Paling penting adalah keazaman dan DISIPLIN yang tinggi. Semoga Allah merahmati setiap usaha kita. Aamiin.🌹

{Boleh baca cerita lama di sini }

Sekian. 😊

Jalan-jalan Briskwalk @KLCC

Sejak tahun lepas saya dan hubby tertunggu-tunggu tawaran/panggilan mengerjakan haji namun hampa. Setiap kali buka Apps THjari... yang tertera hanyalah, "Tiada rekod tawaran Haji". So musim haji 1447H/2026M kami biarkan berlalu dengan pasrah. Dan tahun ini kami tetap tidak berputus asa. Walaupun belum mendapat tawaran  (quota) haji, kami isi borang pakej haji di Tabung Haji Travel & Tours. Mudah-mudahan dengan usaha ini, Allah lorongkan rezeki untuk kami berdua menjadi tetamuNya ditahun hadapan.

Sebagai persediaan awal kami sentiasa menjaga kesihatan dan meningkatkan stamina diri. Kalau sebelum ini kami dapat berjogging saban minggu tapi dek jerebu yang melanda negara terpaksalah kami bekukan aktiviti outdoor buat sementara waktu. Sebagai ganti, kita berjalan kaki/ briskwalk dalam mall sahaja. Dan hari ini kami mencari alternatif baru dengan briskwalking dalam terowong KLCC pulak.

Sebelum mulakan perjalanan, kita pekena roti canai di Food Court KLCC dulu.

Seperti biasa, kami letak kereta di aras P2, Suria KLCC kemudian sarapan di Food Court Aras 2, kami ke aras C dan berjalan menuju ke terowong KLCC dan berjalan hingga ke KL Convention Centre. 

Lepak sekejap di luar KL Convention Centre.



Posing satu, tepi dinding terowong.

Seperti biasa, dah alang-alang di KLCC haruslah nak menjenguk kedai buku tersohor di sini. Kami selalu singgah di kedai buku Kinokuniya. Pelik pulak kedainya dah mengecil dan buku-buku genre kegemaran saya pun sudah tiada. So kita lepak teman hubby minum kopi di Atelier Cafe di tingkat atas kedai. 

Ngopi dulu.

Backgroud Tasik KLCC.

One for the memory.

Alhamdulillah, done briskwalk hari ini dengan hampir 5000 steps. Mudah-mudahan dapat ditambah lagi di masa akan datang dan terus kekal sihat hingga ke akhir usia. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Cubaan menurunkan berat badan

Malam 31 Julai 2023 tanpa disangka berat saya dah mencapai lebih 71kg. Maka kelam kabutlah saya mencari formula untuk menurunkan berat badan...