Sejak dua menjak ini tetiba sahaja tangan menggigil dan rasa craving nak makan benda manis. Saspen pulak takut-takut saya dah terkena penyakit kencing manis. Bila check bacaan tekanan darah tinggi sentiasa normal. Bila tanya Mr Google baru tahu jawapannya mungkin sebab darah dalam gula saya agak rendah. Hypo, kata bahasa mudahnya. Saya memang dah siap sedia test kit di rumah. Bila buat test, bacaan gula dalam darah saya asyik berubah-ubah. Sekejap tinggi sekejap rendah. Tapi selagi tidak melepasi tahap bahaya, saya masih lagi boleh bertenang dan sentiasa mengawal pengambilan makanan manis.
 |
| Tekanan darah saya sentiasa dalam range yang normal. |
 |
| Random, waktu petang… 5.4, macam agak rendah considering selepas dah makan macam-macam. |
 |
| Bacaan pada waktu pagi, 5.9, macam tinggi pulak sebab belum sarapan. |
 |
| Petang, dua jam lepas makan, dah mencanak naik pulak. |
 |
| Random, petang hari, 5.8 macam normal pulak. |
Baru-baru ini saya buat test kolestrol dalam darah. Tapi saya guna test yang instant kat famasi sahaja. Bayar RM10. Alhamdulillah bacaan kolestrol dah turun daripada 6.9 kepada 5.4. Mudah-mudahan betullah bacaannya sebab yang 6.9 tu saya buat proper test di hospital.
“Ummi kena buat test HBA1C.. barulah accurate. Dia guna average gula untuk 3 bulan.” Nantilah kita buat check gula kat klinik. Buat masa ini kita bertahan dengan usaha sendiri. Mudah-mudahan Allah perlihara diri ini sehingga akhirnya. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment