Wednesday, 16 September 2026

Cukur Rambut Cucu ke-6 Pada Hari ke-7 Kelahiran

Cucu ke-6 ini lahir pada Hari Guru tahun ini… bersamaan 16hb Mei 2026 dan berkongsi tarikh lahir dengan cucu ke-4 saya yang lahir 3 tahun lepas. Seperti biasa pada hari ke-7 kelahiran kami akan buat aktiviti cukur rambut baby. Tiada majlis dan tiada program khas. Hanya untuk mengambil keberkatan Sunnah Nabi sahaja. Saya hanya menemani dan memberi sokongan kepada menantu yang cuak mengendali anak sulong. 

Tok Ayah tak puas-puas merenung cucu terchenta.

Mulakan dengan Bismillah.

...slowly but surely.

Disudahi dengan Alhamdulillah.

Siap.

Rambut siap bungkus untuk disimpan.

Saya dah siap pesan supaya memberi sedekah dengan nilai emas pada anggaran berat rambut baby yang dicukur itu. Terserah pada Momi & Dedi bagaimana menguruskannya. Yang penting kita sudah memenuhi sunnah di fasa awal kehidupan cucu terchenta. Semoga cucunda membesar dengan baik dan berada dalam perliharaan Allah sentiasa. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Teman Hubby Buat Health Check (sepatutnya)

Pada hari Khamis, 8hb Oktober 2026 , yang lepas saya buat appoinment untuk follow-up health check hubby. Rupa-rupanya dah setahun hubby miss...