Jumaat-Ahad, 28-30hb Julai 2026
Kami menerima jemputan kenduri seorang sahabat di Kuantan. Depa buat kenduri pada hari Sabtu. So saya dan hubby plan nak gerak pada hari Jumaat lagi. Asalnya nak naik flight sebab hubby malas nak drive. Saya pulak lebih suka naik kereta sebab boleh susun masa sendiri. Akhirnya kita minta khidmat memana anak jantan nan 2 ketul tu untuk jadi drebar. Alhamdulillah anak no-3 berbesar hati nak tolong drive Accord (ayah). So dah alang-alang ada drebar, kita sambung stay hingga hari Ahad. Dah alang-alang ajak anak jantan jadi drebar kita ajak anak-anak yang lain juga. Dah alang-alang semua dapat luangkan masa kita plan untuk buat Family Day terus. Dan anak no-2 buat booking homestay, semua anak-anak pakat bayar kos sewa sorang sikit dan take turn untuk belanja makan sepanjang di sana. Begitulah… biasanya kalau impromtu macam ni, hasil kejadian bakal mencapai 99%. So, ayuhlah kita merapatkan hubungan keluarga yang semakin membesar ini.
Untuk Family Day ni kami hanya buat aktiviti santai, sekadar memenuhi masa sambil berehat. Namun, acara wajib haruslah mandi kolam, main pasir di pantai serta makan, makan dan makan lagi.
{Sebenarnya anak-anak dah siap pos semua cerita percutian ini ke dalam socmed mereka. Makcik cuma simpan cerita tertunda dan gambar-gambar kenangan di sini.}
 |
| Homestay yang luas dan selesa. |
 |
| …dengan kolam mandi. |
 |
| Ikan merah bakar petai. |
 |
| The Queens. |
 |
| Nenek Tok Ayah dengan 6 cucu…setakat ini. |
 |
| Pakat buat ‘Signature style’ cucu boy nan seketoi. |
 |
| Singgah Go’ Bang Maju, Patin Temerloh Tol otw balik KL. |
 |
| Udang galah for makcik. |
Semoga keluarga kecil ini terus berkembang dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment