Malam 31 Julai 2023 tanpa disangka berat saya dah mencapai lebih 71kg. Maka kelam kabutlah saya mencari formula untuk menurunkan berat badan ini walau dah tahu cara paling mudah untuk turunkan berat badan adalah dengan mengurangkan makan. Tapi mana maunya makcik boleh kurangkan makan bila perut asyik lapar dan mulut asyik nak mengunyah. Lebih-lebih lagi bila dah masuk fasa menopos, makin payahlah nak buang lelemak yang terkumpul sekian lama.
![]() |
| Dah kepala 7 tu.😠|
Saya mula kalut. Saya beli buku di Kinokuniya dan membuat carian di internet cara-cara menurunkan berat badan.
Ya… itulah cerita lebih tiga tahun yang lepas. Tapi saya tak pasti apa yang sebenarnya terjadi sepanjang tiga tahun itu hingga kini. Yang pasti keazaman untuk menurutkan berat badan itu hanyalah kisah hangat-hangat tahi ayam. Bila balik dari bermusafir di UK pada bulan September tahun lepas, semangat untuk menurunkan berat badan datang semula bila bacaan penimbang mencecah 74 kg. Tiada penurunan, malahan naik sebanyak 2kg dalam masa dua tahun. Nampak macam sedikit tapi sebenarnya telah membawa diri ini ke dalam zon obese. Bila bacaan glukos dalam darah pun mula naik maka haruslah makcik tingkatkan azam untuk betul-betul menjaga kesihatan.
Baru-baru ini saya buat full blood count & urine test untuk check bacaan gula, kolestrol, tyroid, hati dan lain-lain. Alhamdulillah semua bacaan adalah normal kecuali bacaan glukos dah mula masuk dalam range prediabetes. Bacaan kolestrol saya normal sebab ambik ubat Lipitor 20 mg secara konsisten. Kalau tidak, maunya naik hingga 7. Nampaknya saya terpaksa kawal berat badan dan pengambilan gula juga. Ayuhlah kita sambung azam yang tergendala dan target ada penurunan selepas ini.
Paling penting adalah keazaman dan DISIPLIN yang tinggi. Semoga Allah merahmati setiap usaha kita. Aamiin.🌹
{Boleh baca cerita lama di sini }
Sekian. 😊


No comments:
Post a Comment