Monday, 10 August 2026

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nasi berlauk malam rasa Ori Kelantan. Malangnya tidak ditemui, so kami lajak ke Kilang Kitchen di Setapak. Alhamdulillah dapat parking lot yang strategik.

Ada pelbagai stall yang menarik. Tapi menunya mungkin sesuai untuk orang muda. Lagipun tempatnya terletak bersebelahan dengan pusat gym, futsal dan badminton. Makcik-pakcik pencen ni nak cari menu makanan yang sesuai untuk perut senior citizen. So kami order char kuetiau. 

Sepatutnya ambik kuetiau kerang je. Tapi silap gi order kuetiau special. Jenuh pulak makcik nak kopek kulit udang.

Tambah sate (Gerobok Satay) for extra protein.


One for the memory.

Kilang Kitchen by Maghrib.

Alhamdulillah done lepak santai untuk dua orang makcik-pakcik pencen. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Saturday, 8 August 2026

Kenduri @Batu Caves

Pagi tadi saya berkira-kira samada hendak memenuhi undangan kenduri kahwin atau tidak. So pepagi lagi saya dah masak nasi lemak buat sarapan. Saya buat sambal tumis ikan bilis yang dibeli di KK, Sabah tempoh hari. Apa-apa pun kita isi perut dulu.

Sambal bilis in the house.

By pukul 11:00 pagi hubby ajak bersiap kerana undangan kenalan haruslah dipenuhi. Lagipun tuan rumah pernah menjadi guru anak-anak saya semasa di sekolah rendah dahulu. Dan anak bongsu saya pernah menjadi rakan karib anaknya semasa di tadika back days.

Posing satu sebelum turun dari rumah.

Kami keluar rumah dalam pukul 11:30 pagi dan tiba di tempat kenduri dalam pukul 12:15 tengahari. Depa buat kenduri di Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2. Semasa kami tiba, dewan kenduri masih tenang so kami dapat tempat duduk yang agak selesa. 

Dengan tuan rumah (di tengah) sebagai bukti hadir. Ambik gambar laju-laju sebab takut mengganggu tetamu yang datang.

Kami tidak berlama-lama kerana hubby dah plan untuk mengopi di Melawati Mall sambil jenjalan santai cari baju jogging dan beli buah sebelum pulang ke rumah.

Spanish latte & Pistachio Cake for makcik...hubby belanja dessert lepas makan nasi kenduri. Nampaknya selepas ini makin membulatlah diriku ini.

Doorgifts.... terimakasih tuan rumah.

Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan. Semoga pengantin berbahagia hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Friday, 7 August 2026

Jogging @Taman Tasik Ampang & Masak-memasak

Hari Rabu (dua hari lepas) saya dan hubby keluar untuk berjogging. Dah lama tak jogging during weekday. Plan sebelum ini memang nak jogging dua kali seminggu plus hari Ahad. Tapi biasa la, bila kita hanya merancang, ada sahaja hal yang mendatang walaupun dah pencen. So bila ada peluang, kita grab cepat-cepat. 

Kami ke Taman Tasik Ampang Hilir. Saya hanya buat satu pusingan jalan lenggang kangkung keliling tasik. Nak berlari memang tak mampu nak bawak body yang semakin membolat ini. Usai jogging kami singgah sarapan di Cafe tepi tasik.

Lontong for makcik dan nasi lemak telur mata for hubby.

One for the memory.

Balik dari jogging kita singgah kedai runcit untuk beli lauk-pauk basah. Kebetulan anak menantu nak balik so hubby request menu ala-Rembayung. Menu utama haruslah sambal tumis udang petai. Saya pilih udang besar sebab mudah nak siang dan buang urat belakangnya. Harga RM40/kg.

Petai dan udang ready to cook.

Sambal udang petai is done.

... ayam kicap & sambal udang all done.

Alhamdulillah done another day. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga keakhir hayat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 3 August 2026

Sarapan @PV Melati, Lunch @KL East

Pagi ini teman hubby buat kerja di KL East. On the way ke sana kita stop over di PV Melati Utama untuk sarapan dulu. Biasanya kami singgah di QBistro tapi kali ini kita tukar selera di Beriani & Salai pulak. Hubby ambik menu kacang pool dengan roti. Saya pilih soto ayam. Alhamdulillah menyelerakan. 

Soto ayam for makcik. 

One for the memory.

Usai sarapan kami terus ke KL East. Hubby suka buat kerja kat CBTL sambil hirup americano dan makan bagel. Sementara itu seperti biasa saya akan 'briskwalk' keliling mall dan singgah beli groceries di Jaya Grocers. Usai kerja-kerja hubby, kami akan cari lunch pulak. Kali ini kita masuk Restoran Chef Wan dan order rojak buah dan nasi ulam ayam percik. Portion dia agak mewah so kita sharing and caring sahaja.

Nasi ulam dan rojak buah.

One for the memory.

Alhamdulillah, setel urusan separuh hari untuk hari ini. Semoga dapat teruskan separuh hari lagi dalam kesegaran. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Sunday, 2 August 2026

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk dengan urusan keluarga (keluar makan, jalan-jalan, main dengan cucu-cucu etc, etc) dalam kepala saya sentiasa terselit senarai things-to-do yang semakin panjang tak pernah habis.

Hari ini (Ahad) seperti biasa saya keluar berjogging dengan hubby di Taman Tasik KLCC sambil menyedut udara segar. Segar ke?

Setiap kali datang Taman KLCC, mesti nak kena snap gambar. 😁

Fountain KLCC.

Balik sahaja ke rumah saya teruskan projek mengemas kabinet bawah dapur. Kabinet ini saya khaskan untuk stok barang keperluan masakan. (Stok beras, minyak, sos-sos, makanan dalam tin, etc,etc)

First thing first haruslah nak kena keluarkan semua barang dulu. Buang mana yang dah lupus tarikh dan rosak. Kemudian saya sembur disinfectent dan lap lantai dan dinding kabinet.

Kabinet dah siap dibersihkan.

Sebelum ini saya pakai papan kayu lebihan rak buku sebagai rak tambahan dalam kabinet dapur tu. Warna asal kayu apa entah, lupa pulak. Tiba-tiba terasa nak bagi nafas baru. Saya balut papan kayu tu dengan self adhesive film (beli kat Mr DIY) berwarna putih supaya nampak cerah. Saya beli saiz 60cmx2M.

Sebelum.

Kita balut satu-satu.

Siap. Lepas ni nak kena top-up stok baru.

Alhamdulillah siap satu 'tugasan'. Lepas ni nak sambung things-to-do yang lain pulak. 

"Kenapa Ummi tak ganti kabinet baru je?" Entahlah. Tiada pulak dalam to-do-list saya nak ganti kabinet baru. Selagi boleh digunakan, kita berpada sahaja dengan apa yang ada. 

Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Friday, 31 July 2026

Lunch Anak Beranak @Kajang

Pagi semalam kami melawat anak bongsu di Putrajaya. Tiba-tiba terasa nak keluar lunch dengan anak no-2 yang bekerja di hospital Kajang waktu lunch hour. Dah alang-alang, kita ajak sekali anak no-4 datang all the way dari Nilai. Bermula dengan cakap-cakap terjadilah pertemuan keluarga tanpa banyak perancangan. 

Kami makan tengahari di Kafe 303, Kajang. Alhamdulillah menu dia not bad. Saya memang reserve perut tak makan apa-apa sejak pagi. Depa ada menu masakan Johor dan Kelantan. Saya ambik set nasi ayam madu. 

Nasi ayam madu yang yummy.

Yang hadir.

Done makan-makan, sembang-sembang anak menantu. Semoga diberi kesihatan dan kesempatan untuk bersama lagi. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Pasang Kipas Dapur

Dah lama saya dok berangan nak pasang kipas di dapur ni. Awalnya nak pasang kipas dinding tapi dengan kudrat yang ada ni macam tak mampu nak panjat memanjat. Lagipun dinding dapur saya agak terhad dek kabinet dapur. Area yang ada pulak jauh dari sumber (socket/plug) elektrik. Malas pulak nak panggil orang datang buat wiring. So saya bertahan sahaja dengan kepanasan bila sibuk di dapur. 

Tiba-tiba muncul kipas simple dalam tiktok. So apa lagi, kita terus check-out. Harga pun murah tak sampai RM50. Order semalam, harini terus sampai. 

Kemain balutan pàrcel.

Elok dalam kotak. Tak paham pun apa dia tulis.

Terus saya pasang untuk merasa kesejukannya. Padahal dah bertahun-tahun saya hadap keadaan panas bila di dapur tiba-tiba bila dah masuk umur senja begini rasa panas lain macam pulak.😁

Kecik molek sahaja segala aksesorinya.

Untuk sementara, saya gantung (klip) di grail tingkap dulu. Cukup buat hilangkan panas bila membuat kerja di sinki dapur.

Alhamdulillah elok kejadiannya. 

Mudah-mudahan dapat bertahan seadanya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 28 July 2026

Diari Sabah: Teman Hubby Keluar Kawasan

Isnin, 20hb Julai 2026

Bila hubby ajak teman keluar kawasan, kita turutkan sahaja tanpa bantahan. Nak suruh saya berehat me-time di hotel katanya. Kalau tinggal di rumah banyak perancangan kerja rumah (yang tak pernah habis) untuk disiapkan. Saya cuma  packing luggage untuk 3 malam dan bersedia untuk berlepas. Hubby setelkan booking flight, setel booking hotel dan sebagainya. Tetiba terasa macam Queen.😘

Kami turun dari rumah awal pagi untuk sarapan di Restoran Chef Wan KLIA1 sebelum masuk ke balai pelepasan untuk flight MAS ke Kota Kinabalu pukul 12:55 tengahari.

Sandwic for makcik. Hubby ambik nasi lemak rendang ayam.

Kami selamat mendarat di Airport Kota Kinabalu dalam pukul 4 petang selepas terbang selama lebih 2 jam. Kami ambik teksi, bayar tambang RM30 dan terus ke hotel Hilton Kota Kinabalu untuk check-in. Kami dapat bilik di tingkat 7.

Bilik air yang simple dan kemas.

Katil king.

Pemandangan dari tingkap hotel setiap hari.

Selepas berehat sebentar kami keluar jalan-jalan cari dinner. Di sini waktu maghrib pada pukul 6:30 petang, semuanya awal satu jam daripada waktu KL. Kami keluar dari hotel pada pukul 5:30 petang cukup masa untuk makan dan beli kudapan di kedai serbaneka berdekatan sebelum gelap. 

Restoran Sharifah Nasi Ayam.

Menu ikan boulu goreng tanpa tulang RM20 satu set.

One for the memory.

Tomyam seafood, RM14 semangkuk. Kurang kena dengan tekak saya sebab kuahnya agak manis.

Usai makan kami berjalan kaki balik hotel untuk berehat selepas melalui hari yang panjang. Semoga kekal sihat untuk hari esok pulak. Aamiin. 🌹

Selasa, 21hb Julai 2026

Pagi ini saya menemani hubby bersarapan di kafe hotel, Urban Kitchen. Hubby dah belikan sarapan extra (3x) untuk saya. Dalam pukul 9 pagi hubby beredar untuk join program Muzakarah di tingkat 2. Saya stay melepak di kafe sambung makan sambil me-time. By pukul 10:30 pagi saya naik ke bilik dan duduk berehat hingga hubby habis program pada pukul 5 petang. 

Lepak di lobi hotel lepas sarapan sebelum naik ke bilik hotel.

Dalam pukul 5:30 petang kami keluar ambik angin petang di tepi pantai KK Waterfront. Dari hotel Hilton KK kami berjalan kaki hingga ke flyover (pedestarion overpass) menuju ke KK Waterfront. Mula-mula cuak jugak sebab eskalator tidak berfungsi. Saya terpaksa panjat tangga dalam keadaan gayat sambil memegang erat tangan hubby. Sepanjang berjalan (sejauh 300 meter) di atas flyover itu tak putus-putus saya berselawat dan berdoa agar penyakit vertigo tidak datang menyerang saya secara tiba-tiba. Alhamdulillah kami selamat turun untuk menunggu sunset di perkarangan Oceanus Waterfront Mall.

Capture separa sunset dalam cuaca mendung dan berangin. 


One for the memory.

Deretan kedai makan  The Waterfront Anjung Samudera.

Usai mengambil angin dan menikmati suasana sunset kami teruskan perjalanan ke kawasan kedai makan di Waterfront Anjung Samudera. Namun kami tidak selesa nak singgah makan di situ dek ramainya tourist dengan minuman keras atas meja. So kami teruskan perjalanan ke Centre Point Sabah mall. Alhamdulillah terjumpa restoran yang agak reasonable. Kami lupakan perancangan nak makan ikan bakar, kita order seafood butter instead.

Ikan+udang+sotong butter yang yummy.

Tambah ayam sweet sour.

Dinner is done.

Usai makan kami berjalan balik ke hotel semula dalam hujan gerimis. Kali ini kami menggunakan jalan bawah, tanpa naik flyover. All in all kami dah berjalan lebih 10 000 langkah. Puas hati dapat exercise sambil melihat keindahan alam. Kita sambung berehat untuk kesegaran hari esok pulak.🌹

Rabu, 22hb Julai 2026

Seperti semalam saya memulakan rutin pagi dan sambung berehat di bilik hotel hingga hubby habis program. Kemudian kami untuk keluar dinner. Kali ini kami berjalan ke  Restoran Grill Patio berdekatan hotel untuk makan malam.

Fish & Chips for makcik. Hubby makan salmon salad.

One for the memory.

Cantik pulak signboard kedai ni.

Tambah popia sebagai kudapan.

Alhamdulillah, done menemani hubby berprogram di Kota Kinabalu. Selama tiga hari saya memang betul-betul duduk saja, berehat me-time dalam bilik hotel. Lagipun selama berada di sini cuaca agak gloomy dan hujan gerimis sepanjang hari. So memang seronoklah makcik berme-time dalam bilik dan keluar untuk sarapan dan makan malam sahaja.

Apa-apa pun saya dah tak sabar nak menunggu hari esok… rindu nak balik rumah sendiri. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kita semua. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...