Bila terima notis tentang gangguan bekalan air haruslah makcik kalut nak simpan air. Walaupun hanya tinggal berdua dan tangki air agak besar dan sepatutnya cukup untuk kegunaan harian tetaplah kita buat-buat kalut. Masalah utama adalah dapur saya menggunakan air direct dari sumber utama. So kalau ada gangguan air memang sinki dapur akan kering. Terpaksa lah makcik tadah air dan simpan dalam baldi dan tong lepas tu cedok sikit-sikit buat kegunaan di dapur.
![]() |
| Notis untuk semua penduduk. |
![]() |
| Ready air minum (siap tapis, masak dan sejukkan) sebab makcik tak pakai Coway. |
![]() |
| Air untuk kegunaan di sinki dapur. Top up bila habis. |
![]() |
| Siap simpan air dalam tong, tak pasti berapa gelen/liter tapi cukuplah kalau nak buat memasak dan mandi-manda. |
Sebenarnya takde masalah besar pun kalau ada gangguan air dewasa ini sebab masa zaman kat kampung dulu-dulu saya dah biasa angkut air dari perigi di hujung kampung dan bimbit dalam baldi bawak balik rumah. Kadang-kadang saya cuba junjung baldi atas kepala seperti nenek saya. Tapi ayah saya melarang sebab nak jaga otak, katanya. Saya tak pasti apa kaitan junjung baldi atas kepala dengan penjagaan otak. Tengok nenek saya steady je junjung baldi air atas kepala dan tetaplah tergolong dalam kalangan bijak pandai. Tapi kita turutkan sahaja cakap orang tua-tua. Sekarang baru saya faham, rupa-rupanya leher/tengkuk budak kecik belum mampu menahan bebanan dari atas kepala, takut terkehel. Begitulah…
Berbalik kepada cerita gangguan air, walau dah tiba tarikh sepatutnya, pada hari kejadian air masih ada. Berkali-kali saya semak semula notis yang diterima, takut-takut tersilap tarikh. Memang tidak silap. Dan bekalan air masih ada hingga kini. Alhamdulillah.🌹
Sekian.😊




No comments:
Post a Comment