Monday, 11 May 2026

Cerita Raya Cikgu Pencen Yang Tertunda

Selasa, 21hb April 2026

Selepas beberapa kali tertunda akhirnya dapat juga berkumpul dengan cikgu-cikgu pencen. Walaupun dah dipenghujung Syawal tetaplah kita raikan bersama-sama. Tak ramai tapi ada. Terimakasih kepada sahabat kami yang sudi menjadi tuan rumah dan masak makanan yang sedap-sedap. Menu nasi kerabu Kelantan dan mihun bakso adalah air tangan tangan yang tak akan dilupakan.

Homemade by tuan rumah.

Potluck.

Nasi kerabu homemade.

Us.


Dengan tuan rumah yang maintain ayu dan baik hati.

Sebelum balik, kita melawat laman sambil menyedut udara selepas hujan. Tuan rumah memang seorang yang rajin di dapur dan bercucuk-tanam. So kita ceduk sedikit idea buat inspirasi di laman sendiri.


Laman inspirasi.


Alhamdulillah, done berjumpa-jumpaan walau jarang-jarang sekali. Setiap kali berjumpa tak pernah cukup masa. Namun kita tangguhkan sesi bercerita dengan janji untuk berjumpa lagi. Mudah-mudahan kita dikurniakan usia yang panjang dan kesihatan yang baik agar dapat berjumpa lagi di masa-masa akan datang. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Happy 4th Birthday Untuk Cucu ke-3 Saya

Sabtu 4th Julai 2016 Tahun ini dah masuk usia 4 tahun cucu boy nan seorang ini. Mentang-mentang the only boy, semua benda nak dimaskulinkan....