Monday, 11 May 2026

Hantar Anak Menantu Bercuti

Bila anak-menantu-cucu no-4 dapat visa untuk bercuti ke Melbourne, Nenek dan Tok Ayah yang paling bersemangat nak menghantar ke KLIA2. Kami belum pernah ke Australia so kita ambik berkat menghantar anak-menantu-cucu dulu. Mana tahu kot-kot ada rezeki untuk melancung ke sana juga walaupun the land down under belum termasuk dalam destinasi percutian saya.

Kemain nenek semangat tolak pushchair.

Pada hari yang sama kami ada jemputan kenduri sahabat hubby di Setapak, KL sempena perkahwinan anak mereka. Walau agak lewat tetaplah kita penuhi undangan sebelum bergegas ke KLIA2. Kami tiba KLIA2 dalam pukul 5:00 petang dan sempat duduk minum sebelum mereka di panggil masuk untuk boarding flight Air Asia pada pukul 6:00 petang.

Nak lawan garang nenek ke?

One for the memory.

Bersedia untuk masuk pintu pelepasan.

Bye... hati-hati di negara orang.

Depa terbang ke sana pada hari Sabtu 25hb April dan selamat tiba di tanah air semula pada hari Jumaat 1hb Mei. Selama seminggu mereka di sana tidaklah putus-putus Nenek dan Tok Ayah berdoa agar semuanya baik-baik saja. Sungguh, walaupun anak-anak dah besar panjang tetaplah mereka itu baby di mata kita. Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah hendaknya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Cerita Raya Cikgu Pencen Yang Tertunda

Selasa, 21hb April 2026 Selepas beberapa kali tertunda akhirnya dapat juga berkumpul dengan cikgu-cikgu pencen. Walaupun dah dipenghujung Sy...