Selepas mengambil ubat statin (Lipitor 20mg), secara konsisten selama dua tahun, bacaan kolestrol saya sangat baik. Tapi bacaan gula saya tiba-tiba pulak semakin naik. Maka bermulalah pembacaan (kajian) saya tentang hubungan statin dan kenaikan paras gula dalam darah. Kesimpulannya… benar, statin akan memberi kesan kenaikan gula dalam darah. Suatu yang harus kita terima bila mengambil ubat iaitu kesan (side effect) ubat/drug. Saya cuba stop pengambilan statin walau cuak bila mengingatkan pesan doktor. Dan, lagi banyak membaca lagi banyak info yang saya dapat. Kesimpulan terakhir adalah kebaikan statin melebihi keburukannya. So saya teruskan pengambilan statin demi kemaslahatan jantung disamping menjaga diet dan pengambilan gula harian.
Dah usia emas ini baru nak cuba konsisten monitor bacaan gula dalam darah memang agak payah. Tapi bak kata orang better late than never, so kita kuatkan semangat untuk kekal sihat. Sebelum ini saya memang tak pernah hirau pasal pengambilan gula dalam minuman dan makanan. Awalnya memang agak susah sebab makcik memang suka yang manis-manis. Tapi kita cuba demi kemaslahatan hidup. Kalau di rumah saya memang tak ambik gula langsung dan banyakkan minum air kosong sahaja.
![]() |
| Menu tanpa lemak. Ikan bakar dan ulam. |
![]() |
| Antara menu kegemaran saya bila sarapan di kedai, telur separuh masak dan honey lemon tea. Tapi lepas ni kena ambik teh O kosong sahaja. |
Disamping itu kita rajinkan diri untuk buat senaman regularly. Sebelum ini saya cuma sempat berjogging dengan hubby dua kali seminggu. Kadang-kadang bila masa tidak mengizinkan kita cuma sempat jogging sekali seminggu sahaja. Dan bila jerebu melanda negara baru-baru ini terus hilang segala aktiviti di luar rumah. Sejak berazam nak istqamah dengan jogging dan briskwalk ini maka makcik tingkatkan penggunaan treadmill yang dah lama terbiar di belakang rumah.
![]() |
| Treadmill untuk briskwalk setiap hari. Semoga tidak hangat-hangat taik ayam. |
"Ummi kena buat weight strength jugak... untuk lutut." Kata (Dr) anak no-2 saya. Baiklah.
Untuk weight strength training, saya guna dumbbell atau mendukung cucu. Sekali session ambik masa 30-45 minit. Lepas tu rehat dua hari (48jam). Sambil tu kita tambah aktiviti di laman mengangkat pasu bunga ubah sana-sini.
![]() |
| Saya guna dumbbell 1kg, 2kg dan 3kg sahaja. |
![]() |
| Antara bahan untuk weight strength nenek. |
Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit ini membuahkan hasil (badan yang sihat) untuk beribadah diusia senja ini. Semoga Allah memberkati. Aamiin.🌹
Cerita lelemak kolestrol sebelum ini.
Sekian. 😊





No comments:
Post a Comment