Tuesday, 27 October 2026

Memokokkan Halaman

Kata orang, gardening ni kena banyak sabar. Pokok-pokok yang ditanam pun melalui fasa kehidupan berdasarkan kesabaran tuannya. Belum lagi terpaksa berebut masa dengan aktiviti keluarga. Kadang-kadang aktiviti di laman jatuh nombor patbelas terutama bila terpaksa meninggalkan rumah beberapa lama. Kering kontang tiada siapa pun peduli.😔

Dulu: Mei 2024

Kini: Oktober 2026

Saya suka mencabut rumput liar sendiri. Kadang-kadang saya akan mesin rumput secara manual. Semua ini akan membuatkan rumput di halaman saya lebih subur. Boleh sahaja kalau saya nak upah orang potong rumput tapi perasaannya tidak sama dengan hasil kerja sendiri. Namun bila usia dan kudrat sudah berkurangan terpaksalah saya berdamai dengan keadaan. Sekali sekala saya akan panggil/upah orang potong rumput juga.

Dulu: Mei 2024

Kini: Oktober 2026

Alhamdulillah, selepas dua tahun seakan dipinggirkan, kini halaman rindu ini mula segar kembali. Semoga pokok-pokok ini terus mendoakan tuannya agar berada dalam rahmat Allah sentiasa. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Memokokkan Halaman

Kata orang, gardening ni kena banyak sabar. Pokok-pokok yang ditanam pun melalui fasa kehidupan berdasarkan kesabaran tuannya. Belum lagi te...