Wednesday 25 May 2022

Santai lepas raya @ MyViets Putrajaya.

Sejak PKP dilonggarkan kami dah mulakan aktiviti jalan-jalan cari makan semula. Hubby memang suka bawa saya keluar makan sambil lepak-lepak cara orang pencen. So bila ada peluang jalan-jalan kat rumah anak menantu di Putrajaya, kita cuba selera Vietnam di Restoran MyViets. Tapi saya silap order menu. Saya ambik menu nasi dengan ikan goreng. Rupa-rupanya setnya tanpa kuah so agak kering. Terpaksalah cedok kuah orang lain. Boleh lah sharing is caring.

Macam-macam menu lain.


Makcik always serius... katanya.

Ayuh lah kita sengih pulak...


Nicely presented. Nasi dengan ikan goreng. 

Lepas makan boleh lepak-lepak tepi tasik. Tapi itu semua cerita sebelum Ramadhan hari itu. Seminggu selepas Aidilfitri baru ni kami repeat lagi bila tekak dah mula muak dengan menu raya. Dah penat makan ketupat rendang dan yang sewaktu dengannya, rasa nak hirup sup pulak. 

Kue tiau sup for me. Alhamdulillah.

Dan seperti biasa, haruslah berposing dengan baju raya buat kenangan makcik dan pakcik pencen. Dah lama makcik simpan baju kurung biru ni nak buat pakai raya. Malangnya anak-anak semua tak suka warna biru. So setiap kali nak sedondon raya terpaksalah ikut warna tema majoriti. Akhirnya terperaplah baju kurung biru tu dalam lemari untuk beberapa lama. Dan hari ini kita keluarkan buat pakai lepas raya. Bak kata hubby, tak payah nak berdondonlah... itu semua gimik orang nak melariskan bisnes. 


Port biasa bila di Putrajaya.

Ayer@8... naper ntah nama dia camtu.

PS: Lepas ni nak makan di mana pulak? 

Unser bergerak semula

Februari, 2022

Seharian menguruskan Unser. Saya pun dah lupa bila kali terakhir kereta Unser ni digunakan. Yang pasti sejak tuannya menikah pada bulan Februari tahun lepas kereta Unser tu dah tersadai tepi rumah tanpa belas kasihan. Bermakna dah hampir setahun tidak bergerak. Insuran dan roadtax pun dah mati sejak 26 Januari 2021.

So first thing first saya call bengkel kereta yang berdekatan. Saya dah biasa berurusan dengan adik bengkel tu so tiada masalah untuk panggil depa datang rumah untuk tengokkan apa yang patut.

Saya mesej depa dalam pukul 9.30 pagi, pukul 10 pagi depa dah ada depan pagar sedia berkhidmat. Depa bawa bateri spare sebab sedia maklum bateri sedia ada dah kong. Depa tukar bateri terus start enjin dàn bawa kereta pergi bengkel untuk servis dan sebagainya.

Sementara tunggu depa periksa enjin kami lepak kat Restoran Vanggey, sebelah bengkel kereta tu.

Harini kita cuba nescafe tarik pulak.

Kena tukar timing belt, katanya sebab dah lama kereta tak bergerak. Nak kena order dulu sebab depa tak simpan stok kat bengkel. Lama pulak nak menunggu so kami balik dulu. Tunggu punya tunggu by pukul 5.30 petang baru siap servis semua. Lepas tu terus basuh. Kos servis RM650 plus basuh RM15.

Baru nampak seri selepas dibasuh.

Dah siap semua kami bawa pi isi minyak pulak. Alhamdulillah, mudah-mudahan ia dapat beraksi semula seperti zaman kegemilangannya dulu. Banyak sangat jasa kereta Unser ni. Penuh nostalgia dan kenangan pahit manis terutama pada zaman driving ulang-alik ke sekolah dulu. Tempat berborak dan bersembang dengan anak-anak tentang sepak terajang dunia. Dari anak lima hingga semua anak-anak dah habis sekolah. Kemudian saya pun pencen mengikut suami. Lepas tu ulang-alik Nilai sorang-sorang. Sungguh, Unser ini meninggalkan seribu kenangan.🥰

Seminggu selepas itu kami tukar cermin/windscreen sebab dah retak dan merekah. Asalnya hanya sebesar lubang jarum. Masa tu saya masih bertahan ulang alik Nilai- Ampang. Saya letak celotape dan ianya stay as it is. Bila bertukar tangan, lama kelamaan retaknya makin besar. Cuak pulak kalau tiba-tiba pecah semasa driving nanti maka saya ajak hubby pergi kedai Dr Cermin. Ingatkan depa boleh repair sahaja, sebaliknya terpaksa ganti the whole cermin pulak. Kos cermin RM900 plus tinted RM200. Sabo je lah

Yang dalam bulatan merah tu retak menanti belah.

Ganti cermin baru siap tinted.

"Kereta ni kena gerak at least sekali seminggu..." Alhamdulillah kereta keramat ini kembali berjasa semula. Setiap minggu hubby akan bawa pergi solat Jumaat dan sesekali kami akan keluar beli barang rumah di kedai runcit yang berdekatan. 

PS: Gamaknya kalaulah Unser ini ada 'black box', banyak rahsia yang boleh ia kongsikan.

Monday 23 May 2022

Aidilfitri 2022: Jom balik utara

"Dah update cerita raya ke?" Berkali-kali hubby dok tanya, sama je jawapan saya... belum datang idea.

"Takyah lah mengarang buat cerpen. Boh gambar saja..." Itulah masalahnya... saya suka mengarang tapi bila idea ke laut maka kita duduk diam-diam dulu. Bila datang idea barulah kita mulakan cerita. Nanti bila ada masa kita update semula.

Hari kedua Syawal.

Kami gerak ke Utara pada pukul 8.30 pagi. Stop over kat R&R Rawang beli sarapan dan lagi sekali kat R&R Dataran Sungai Perak cari toilet sebelum sampai ke Semanggol, Perak untuk makan tengahari. Alhamdulillah suasana trafik sangat memberi kerjasama.

Famili @Semanggol

The girls...😍

Us only 🥰

Done Perak, kita gerak ke Penang pulak dengan trafik jam yang menguji kesabaran. Target tiba pukul 3.00 petang tapi lajak hingga pukul 5.30 petang. Sempat berborak dan update kehidupan. Lepas dinner baru kami gerak untuk check in kat Hotel Sunway Seberang Jaya. As always, Allah jualah sebaik-sebaik Perancang.

Family @Alma Jaya

The girls...😍

For the memory.

Hari ketiga Syawal

Pepagi hari kami keluar cari breakfast sebab hotel tak sediakan sarapan. Rupanya ramai je macam kami, lepak mamak cari roti canai panas. Usai sarapan terus gerak ziarah raya ke Kedah pula.

Roti canai telur as always.

Family @ Kuala Ketil.


Guru pertama saya since darjah 1 (tahun1974)

For the memory.

Kenduri @ Sik

For the memory.

For the memory.
Visit sekolah lama, tempat menimba ilmu dari darjah 1-6 (tahun 1974-1979)

Kelas saya di tingkat atas bangunan belakang itu

Kawasan tempat perhimpunan pagi. Pernah menaikkan bendera sambil semua orang lain menyanyi lagu negaraKu. Menggigil tangan makcik sambil membebel dalam hati kenapa la Ketua Pelajar tak datang sekolah. Makcik ni Penolong Ketua Pelajar, so kena la ganti bila dia takde. Masa tu amenda tugasan pun tak tahu, main belasah je buat apa yang cikgu suruh. 

Nama baru sekolah kini, mengantikan nama Sekolah Kebangsaan Bongor dahulu.

Always there... waiting.

At Kg Haji Abbas, Baling.

Siti, Aza and myself.

Friends since Darjah 1.

For the memory.

Monument Pekan Baling

Masjid Baling... singgah solat jama' Zohor & 'Asar

Hari keempat Syawal.

Done Perak, Penang and Kedah. Jom balik KL. Insya Allah ada masa kita kembali lagi.

Hotel Sunway Seberang Jaya

Trafik lancar menghala ke Selatan.

Ambik view, stop over kat R&R Dataran Sg Perak lagi sekali. 

Abaikan filter melampau itu.

Love the design... 

Selepas hampir 5 jam perjalanan kami selamat sampai ke rumah. Home sweet home. Moga Allah bantu selamanya.

Sunday 22 May 2022

Aidilfitri 2022: Persediaan dan persiapan menyambut 1 Syawal 1443H

Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari Isnin 2hb Mei 2022, selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Disaat semua orang dah mula balik raya seawal hari Jumaat, saya hanya tumpang seronok mengikuti cerita mereka melalui maya sambil menghabiskan sisa-sisa Ramadhan 1443. Jujur, saya tidak bersedia untuk beraya pada hari Isnin kerana masih mengharap untuk berpuasa hingga 30 hari. Walaubagaimanapun seperti biasa, saya tetap membuat persediaan awal dari segi teknikal supaya tidak kalut dihujung hari. 

Jumaat, 29 April: 27 Ramadhan 

Awal pagi saya dah gerak ke Bangi untuk menjemput puteri bongsu dari UniKL sempena cuti raya dan cuti semester. Kakaknya yang tinggal di Putrajaya pun join sekali. Kebetulan tahun ini giliran balik rumah mertuanya maka apa sahaja peluang yang ada untuk berjumpa Ummi yang terchenta ini buat kali terakhir sebelum raya akan disambar dengan senang hati. So sempatlah borak-borak dalam kereta dan teman saya beli daging tepi jalan sebelum depa naik flight balik KB petang nanti. 

Budak manja ni tak sah kalau tak ada sesi peluk memeluk bila jumpa Ummi.

Bye... semoga selamat perjalanan balik kampung.

Biasanya saya beli daging sehari sebelum raya dan terus buat rendang. Tapi hari ni tetiba tergerak hati nak terus beli bila nampak orang jual daging bergantungan di kawasan Bangi ini. Walau harganya dah mencecah RM45/kg, kita pejam mata sahaja ambik 2kg. Usai beli daging saya terus balik ke Ampang sambil melayan jalan jam bersama-sama mereka yang nak balik kampung sambil berborak panjang dengan puteri bongsu nan seorang. Mother-daughter metime/ourtime gituh. Kami singgah Jusco AEON Setiawangsa cari day curtain (opkos beserta barang-barang yang tiada dalam list) dan beberapa balang kuih raya sebelum tiba di rumah dalam pukul 3:00 petang.

Jalan sekitar Ampang ni tak sah kalau tak jam

"Iftar ni tak payah masak lah... kita beli Samurai burger je. Malam ni keluar moreh..." kalau bab tak payah masak haruslah saya setuju 100% walau tak pasti samada ini arahan atau ajakan dari hubby.

Moreh @ Keramat AU5

Kuetiau kungfu as always.

Sabtu, 30 April: 28 Ramadhan

Seawal pagi saya dah upah orang potongkan rumput dan bersihkan laman. Alhamdulillah semuanya setel by pukul 11:45 pagi. Kemudian saya ke kedai Acheh beli groceries untuk persediaan berbuka petang nanti. Hubby teringinkan nasi kerabu homemade maka bersukarialah kami di dapur menyediakan juadah. Saya dah siapkan bahan-bahan asas (kelapa goreng dan kuah tumis) sejak awal pagi lagi. Nina potong ulam-ulaman sementara Amin gorengkan ayam KFC dan keropok.

Solok lada in the making.

Nasi kerabu is done.

Alhamdulillah semua orang (kecuali Dayah-dah balik kampung suaminya) balik berkumpul beramai-ramai buat kali terakhir untuk Ramadhan kali ini. Disebelah malamnya semua seronok melayan anak saudara depa belajar main bunga api hingga lewat malam.





Ahad 1 Mei: 29 Ramadhan

Tahun ini juga giliran puteri sulong saya beraya di kampung suaminya. Jadi seawal 4:45 pagi depa dah gerak balik Terengganu. Saya bye-bye kat luar pagar mengiringi perjalanan mereka balik beraya. Tiba-tiba terasa sayu melihat kereta mereka beransur hilang dari pandangan. Berdrama pulak sensorang dalam dingin dinihari. Begitu rupanya perasan ibu pabila melihat anak kesayangan mereka berlalu pergi. Bagi menghilangkan rasa yang tidak enak dalam hati saya re-arrange pasu-pasu pokok bunga di laman kemudian cabut rumput dan sapu sampah depan rumah... sengaja kita buang tebiat buat kerja dipagi-pagi buta begitu.

By tengahari saya kemas ruang tamu, vacuum karpet dan pasang sarung kerusi meja makan. Nina tolong mop lantai. Hubby tolong bentangkan karpet besar dan susun semula sofa yang ada untuk menjadikan ruang tamu lebih selesa dan luas. Amin pasangkan langsir. Alhamdulillah semua urusan mengemas rumah selesai dengan mudah berkat kerjasama semua ahli rumah.

By petang hubby ajak ke bazaar Ramadhan mencari apa yang patut. Malangnya banyak gerai dah tutup dan tidak beroperasi lagi. Kami ke bazaar Melawati seterusnya ke bazaar Wangsa Maju dan Setiawangsa. Oleh kerana tidak berjumpa apa yang dicari maka saya balik masak nasi dan buat ayam goreng pedas dan top up dengan nasi kerabu left over semalam sebagai juadah berbuka.

Petang itu juga merupakan sesi melihat anak bulan bagi menentukan tarikh 1 Syawal 1443H. Oleh kerana selama ini anak bulan jarang kelihatan maka saya buat tidak endah sahaja tentang pengumuman raya tahun ini. Saya bersiap-siap untuk bersolat terawih kononnya buat kali terakhir di Masjid UIA dengan harapan Aidilfitri akan jatuh pada hari Selasa. Dan bila tiba-tiba di umumkan ESOK adalah 1 Syawal maka kita pasrah sahaja... tidak terlalu melayan perasaan. 

Dengan semangat yang masih ada, saya keluarkan ayam dan daging dari peti sejuk untuk dinyah beku. Sementara menunggu ayam dan daging lembut saya rebus nasi impit dan sediakan bahan-bahan untuk buat rendang. Nina tolong kupas bawang untuk blend. Hubby tolong basuh porche depan yang sepatutnya di basuh esok pagi (kalau raya hari Selasa)

By pukul 10:00 malam saya dah mula menumis rendang daging. Saya guna dapur dalam rumah. Sementara itu Amin and Nina keluar cari lemang. Asalnya kami dah booking lemang untuk malam raya which is malam esok, tapi disebabkan tetiba raya maka terpaksalah kami cari lemang malam ini juga dan cancel order untuk esok. Sedang elok saya menumis tiba-tiba gas habis. Maka kalutlah saya nak mengganti tong gas baru. Biasanya saya cuma tukar tong gas dari dapur luar sahaja. Saya sediakan ruang extra di luar rumah dengan dapur satu mata sebagai tempat goreng-mengoreng supaya dalam rumah tidak berbau minyak. Tapi terlupa pulak macamana cara nak cabut kepala gas dari tong itu. Depa letak safety measure. Jenuh saya tilik, akhirnya saya angkat periuk keluar dan duduk merendang di luar sensorang... (another episode of sayu dan syahdu di malam raya)


Kepala gas keramat.

Dapur satu mata di luar rumah.

Sementara Amin dan Nina masih di luar maka saya suruh depa cari kedai yang masih buka di malam raya. Depa pusing satu Ukay Perdana tapi semua tong gas dah fully booked. Rupa-rupanya orang lain pun kehabisan gas dan kalut di malam raya. Bagi meredakan kegelisahan ummi depa yang terchenta ini depa bawa balik air Starbuck, cool and refreshing... Alhamdulillah. Kemudian Amin buka penutup kepala gas dan angkat tong gas masuk dalam. Maka bolehlah saya sambung masak dengan senang hati. Alhamdulillah.

By pukul 2:00 pagi, anak jantan sulong saya balik bawa lemang 4 batang. Depa suami isteri akan beraya dengan kami sebelum sambung beraya di kampung sebelah menantu saya pada hari raya kedua. Alhamdulillah bertambah kaki tangan dan peneman saya di dapur. Sambil menunggu rendang masak saya sediakan kelengkapan untuk menghidang dipagi raya. Urusan merendang ayam dan daging selesai pada pukul 4:00 pagi kemudian sambung buat kuah spageti bolognese sebagai side dish. By pukul 4:30 pagi siap urusan di dapur dengan pertolongan anak menantu. Seterusnya depa mengemas dan menyiapkan apa yang perlu untuk hari raya esok. By pukul 5:00 pagi saya dah terlelap dan bangun semula jam 6:00 pagi untuk memulakan hari baru.

Isnin, 2 Mei: 1 Syawal 1443H

Kami solat Aidilfitri di masjid Ukay Perdana. Sementara itu anak-menantu yang uzur menyiapkan juadah/hidangan hari raya di rumah. Pagi ini kami menjemput keluarga besan datang beraya. Oleh kerana ini merupakan kunjungan mereka kali pertama sejak kami berbesan jadi saya inginkan yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah semua anak menantu memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan majlis. (kemain... macam nak buat majlis formal) 

Sebelum depa sampai kita berposing dulu untuk memori raya. 

For the memory.


By pukul 11.30 pagi besan datang ziarah raya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sesi sembang dan borak berakhir dengan meriahSemoga hubungan kekeluargaan yang terbina berkekalan hingga keakhirnya.



Two families...

...now bonded.

PS: Lepas ni nak prepare packing barang untuk travel esok pulak. Moga Allah bantu selamanya.

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...