Friday, 20 May 2022

Misi mencari dewan kenduri majlis resepsi anak bujang.

Cerita nikah kawen anak bujang yang tertunda.

Sebaik sahaja komfem tarikh kenduri dipihak perempuan kami dari pihak lelaki pun mula mencari tarikh yang sesuai pulak. Oleh kerana mereka telah memilih tarikh 1hb Januari 2022 maka kami bercadang untuk cari tarikh 2-4 minggu selepas itu. Dari awal lagi suami saya nak buat style makan malam dengan bilangan tetamu yang terhad. Dek kerana masih dalam musim Covid-19 kami mencari kawasan terbuka bagi menjaga SOP.

"Tak payah fikir jauh... kita buat kat Kelab Darul Ehsan je..." Suami saya memang sempoi. Malas nak fikir banyak-banyak katanya. Padahal saya dah buat beberapa carian dari internet. Ada beberapa dewan kawen yang saya dah shortlist. Tinggal nak contact secara personal sahaja. Mungkin sudah ditakdirkan, hanya Kelab Darul Ehsan sahaja yang kosong pada tarikh tersebut.

Untuk dinner dome 200 orang open air, depa cadangkan kawasan poolside. Kawasannya sederhana luas, kalau nak letak kerusi meja untuk 200 tetamu memang agak pack/penuh. Tapi mungkin agak menarik pada malam hari dengan suasana yang dihiasi lampu-lampu.

Kawasan poolside dari pintu masuk utama.

Nampak sempit pulak kawasan berbumbung tu.

Management Office.

Kami berurusan dengan Puan Maya. Baik orangnya. Depa ada lagi satu dewan tertutup dengan air-cond di tingkat atas. Tapi kami tak berminat dek masalah penjarakan di musim covid.

Dewan tertutup dan berhawa dingin, di tingkat atas muat untuk 200 orang secara buffet. Kalau dome mungkin sesuai untuk up to 150 orang sahaja. 

Memandangkan hubby memang bertegas untuk buat dinner dome maka kami komfem booking dan lock date untuk hari Sabtu 29 Januari 2022, event by the poolside. Bajet tetamu dalam 150 sahaja. So kami buat invitation kepada keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja dengan RSVP. 

Tapi bila buat perbincangan keluarga semula nampaknya cadangan untuk konsep dinner dome terpaksa difikirkan kembali. Lagipun mengambil kira pengalaman beberapa sahabat yang buat kenduri sebelum ini menghadapi masalah kehadiran tetamu. Ada yang tak RSVP tiba-tiba nak datang pulak. Ada yang dah RSVP tapi menarik diri disaat akhir mengakibatkan banyak masalah yang timbul dalam mengagihkan tempat duduk kepada tetamu. Lebih malamg lagi ada yang dah RSVP tapi tidak muncul pada hari kejadian.

"Ramai juga tetamu nak datang ni...takut takde tempat la pulak nanti..."

Akhirnya kami decide untuk buat kenduri secara buffet, pada siang hari bermula jam 11:00 pagi hingga 4:00 petang dan buka jemputan untuk 400 orang. Kami cancel booking kawasan poolside. Sebaliknya kami ambik dewan kat Restoran Duyong, muat untuk 400 tetamu. Alhamdulillah pihak KDE memberi kerjasama penuh untuk buat adjustment dalam masa yang singkat.

Kawasan pelamin agak luas, so kena tambah kos untuk tutup bahagian yang terbuka tu.

Arch untuk laluan masuk.

Mak pengantin dah mula berangan.

Dua minggu sebelum majlis berlansung, kami berjumpa dengan Puan Maya untuk food testing dan finalise acara untuk majlis kenduri sebelum buat bayaran penuh. 

PS: Majlis selamat diadakan pada hari Sabtu 29hb Januari 2022 dan berjalan dengan lancar. Alhamdulilah.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...