Friday, 13 May 2022

Jalan-jalan Nilai, seketika.

"Jom teman gi Nilai... ada meeting kat USIM. Pukul 9:30 pagi hingga pukul 11:30 je. Kita keluar awal, boleh breakfast kat Serdang makan pulut ikan kering. Lepas habis meeting kita lunch kat restoran Melayu tu, lepas tu terus balik, sempat solat Jumaat kat Masjid Ukay..." cantik je perancangannya. Namun sentiasa ingat... kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah jualah sebaik-baik perancang.

Kami gerak dari rumah pukul 8:00 pagi. Cuaca sangat baik tapi as expected jalan jam kat Ampang dan TBS. So kami lalu ikut lebuh raya Sungai Besi. Jam jugak. Terpaksa skip breakfast kat Serdang. Kami cuma take away sandwic dan air kat RnR Nilai. Hubby makan dalam kereta dan terus pecut ke USIM dan tiba sana pukul 9.35 pagi. Sedikit lewat tapi ada good excuse sebab jalan jam.

Seperti biasa kita hai hai budak kecik kat UniKl dulu.

Lepas drop hubby kat USIM saya terus ke toilet di Giant Nilai sambil cari port untuk sarapan. Banyak je area melepak kat Nilai ni tapi saya lebih selesa area Giant sebab nak feeling down memory lane gitu. Giant dan Tesco (kini Lotus) adalah port lepak saya lepas hantar dan ambik anak bongsu dari sekolah dulu-dulu, sebelum depa bina AEON Mall Nilai. Banyak kenangan masa tinggal di Nilai. 

Nasi lemak, ayam goreng dan teh tarik.

Usai sarapan saya jalan-jalan tengok-tengok apa yang patut. Tiba-tiba teringatkan cucu takde selipar bila datang rumah nenek, so kita ambik selipar sorang sepasang. Tak perlu fikir panjang, kita swipe je kad atok depa.


Selipar harus sama fesyen dan sama kaler supaya tak bergaduh.

Dalam Giant ni banyak stall dan kedai pakaian, tudung, tupperware, mananan dan macam-macam tarikan untuk makcik-makcik. So kita terbeli juga sepasang baju, 3 helai tudung, dan kerepek untuk raya... walau 1 Syawal dah lama berlalu. Lepas tu lepak-lepak dalam SSF pulak sambil cuci mata dan berangan sementara menunggu hubby habis meeting pukul 11:30 pagi.





By pukul 11:30am saya gerak ke USIM semula. Rupa-rupanya depa extend meeting hingga pukul 12.30 tengahari. Maka duduklah makcik menunggu dalam kereta. Alhamdulillah, walau solo tapi dunia sentiasa terbuka luas. Masa inilah kita ambik peluang metime dan refleksi diri. 

Oleh kerana masa agak terhad untuk solat Jumaat, kami decide untuk makan dengan cepat dan ringkas sahaja. Tak banyak pilihan sebab semua tempat pun sibuk dan ramai orang. Akhirnya kami pilih restoran Wong Solo. Alhamdulillah servisnya sangat laju. Dalam masa 15 minit kami dah siap makan dan bergegas ke Masjid Nilai untuk solat Jumaat. (Hubby yang solat, makcik tunggu dalam kereta sahaja)

Set nasi ayam (kampung) bakar.

Masjid Nilai agak sesak tapi nampak meriah.

Alhamdulillah semua urusan selesai dengan baik dan kami selamat kembali ke rumah semula pada pukul 3.15 petang. Benarlah kata-kata... kita hanya merangcang, namun Allah jualah yang menentukan segalanya. Yang penting, kita tenang-tenang sahaja dan sentiasa bersangka baik. Moga Allah bantu selamanya. 

PS: Dah lama tak pi Nilai... rindu terubat seketika.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...