Sunday 30 April 2023

Aidil Fitri 2023

“Tahun ni Ummi pakai baju tema apa?” Berkali-kali puteri sulong tu inginkan confirmation saya untuk tema baju raya tahun ini. Saya pulak terpaksa dapatkan kata putus daripada hubby. Maka hingga last minute tema raya kami belum setel lagi. Bila anakanda puteri tu decide untuk pilih warna merah/ maroon maka kita follow sahaja bila hubby pun menurut sahaja tanpa banyak alasan. Maka menyerlah dan memerah-menyalalah kita di pagi hari raya yang mulia.

Saya tak sempat ambil gambar juadah raya (hp pun entah ke mana) sebab lebih seronok melayan anak cucu secara fizikal daripada sibuk bergambar. Alhamdulillah anak-anak semua kaki bergambar dengan kamera hp memasing. Dapatlah nenek share gambar-gambar kenangan Aidil Fitri kali ini sebagai memori terindah.🥰 

Usai solat raya dan menjamu selera kita berposing dulu sebelum matahari terpacak atas kepala.

Tema merah kita.❤



Video call dengan orang jauh... (tq to teknologi terkini)

Payah betul nak susun budak-budak ni.

Boleh lah...(bersama ahli yang ada).

Jenuh cucu nak melayan makcik-makcik ni.



Dah puas berposing sakan kita take a break di Starbuck Ukay Perdana pekena kopi secawan dua. Lepas tu sambung melayan besan datang berziarah raya.

Kita mengopi dulu.


Bersama famili besan dari Shah Alam.

By petang semua orang pun dah penat dan muak untuk menjamah juadah raya lagi. So kami decide untuk keluar makan ringkas-ringkas sahaja. Maka ke Pizzahut Wangsa Maju pulak kita bagi menghilangkan rasa muak.

Wrap up 1 Syawal 1444H...missing baby bongsu yang jauh di mata.

Ahamdulillah done sambutan Aidil Fitri tahun ini secara sederhana. Semoga Allah menerima amalan kita.🌹

Sekian.😊

Wednesday 26 April 2023

Persiapan Aidil Fitri 2023

Aidil Fitri tahun ini saya tidak bercadang untuk ke mana-mana. Dari awal lagi saya hanya membuat persiapan raya di rumah sendiri. Balik kampung atau pulang beraya tiada dalam perkiraan saya kali ini. Selain daripada menyiapkan menu raya saya cuma buat penambahbaikan kepada bahagian rumah yang rosak sahaja. Dengan pertolongan anakanda yang tinggal berdekatan saya cuma beri arahan (baca: tunjuk ajar) dimana perlu. Semua keperluan peralatan saya dah beli dan sediakan dari awal.

Ganti kepala paip dengan hose baru. 

Ganti mentol lampu.

Dah lama area ni bertahan dengan dua mentol sahaja. So raya kali ini kita beri nafas baru.😁

Panggil tukang repair aircond takut anak-cucu panas bila balik rumah nenek.

Untuk menu raya, hubby dah buat list untuk dua hari. Untuk hari raya pertama kami sediakan nasi dagang Kelantan dengan gulai udang dan ikan tongkol ditambah dengan nasi impit, lemang dan rendang daging. Sementara untuk hari raya kedua pula ada soto ayam (sup dan nasi impit), lemang dan rendang ayam

Insya Allah tahun ini saya lebih bersedia bagi mengelakkan keadaan huru-hara seperti tahun lepas. Bahan masakan saya dah beli sejak hari Selasa lagi. Saya beli daging segar, udang dan ikan tongkol. Saya dah siap potong daging kecil-kecil sebelum disimpan dalam peti ais. Tak perlu basuh dulu. Untuk udang saya cuma buang bahagian janggut dan muncung yang tajam sahaja sebelum disimpan dalam peti ais juga. Ikan tongkol pula saya siang, cuci dan terus rebus dengan asam keping dan garam. Gulai ikan ni akan lebih enak bila ikan rebus ini disediakan lebih awal.

Shopping barang/ bahan masakan untuk menu raya.

Tabah beratur untuk beli daging tempatan... harga RM45/kg.

Daging lembu segar depa sembelih malam sebelumnya.

Saya suka tanam bahan-bahan asas untuk masakan. Cukuplah untuk makan sekeluarga di laman sekangkang kera tepi rumah.

Lengkuas segar, korek dari laman tepi rumah.


Ayam dan aksesori untuk soto pada hari raya kedua.

Pada hari Jumaat (hari terakhir Ramadhan 1444H), semua anak-anak pulang untuk berbuka puasa sama-sama. Saya buat menu simple sahaja untuk berbuka sebab nak simpan tenaga untuk masak menu raya pulak. Alhamdulillah tahun ini semua menu masakan (kecuali nasi dagang yang harus dikukus diawal pagi esoknya) siap sebelum pukul 12 malam berbanding tahun lepas dimana saya terpaksa bersengkang mata hingga pukul 4 pagi… kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan sepanjang hayat. Moga Allah redha.🌷

Program merendang pun bermula.

Mesin kelapa untuk santan nasi dagang.

Sambil masak sempat lagi bersuka-ria bersama anak-cucu bermain bunga api depan rumah. Alhamdulillah tiada apa-apa komplen dari jiran tetangga, mungkin sebab depa semua pun dah pulang beraya. 

Fire work... bising macam raya cina pulak.


Meriahnya di malam raya membawa ke pagi 1 Syawal 2023. Semoga Aidil Fitri kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita.🌹

Sekian. 😊

Tuesday 25 April 2023

Sinki tersumbat lagi, menjelang Aidil Fitri

Cerita bermula pada hari Selasa, empat hari sebelum Aidil Fitri 2023. Tengah kalut membasuh segala ikan, udang dan daging bagai tiba-tiba aliran air sinki seakan tersumbat. Saya pam tapi air pergi dengan sangat perlahan. By malam sinki dah makin tersumbat. Beberapa kali saya pam baru menjadi. Itupun terpaksa menunggu lama. 

Esoknya, hari Rabu air terus bertakung, langsung tak nak keluar. Beberapa kali saya pam, keadaan masih sama hingga saya terpaksa keluarkan air sinki tu secara manual. Saya letak baldi dan bukak perangkap bawah sinki dan tadah air kotoran lepas tu curah terus ke longkang. Jenuh jugak nak bertahan dengan kudrat yang ada… puasa pulak tu.

Berkali-kali saya pam hingga nak abes kudrat. 

Keluarkan air secara manual.

Akhirnya saya ke kedai hardware yang berdekatan untuk mencari serbuk soda bagi mencairkan clogging saluran sinki tu. 

“Kakak buang itu air dulu. Tuang separuh botol. Biar 3 jam. Lama lagi baik. Lepas itu tuang air dan pam… nanti itu clogging semua akan pergi…” macam mudah je cara adik Ah Moi tu explain.

Clog remover.. RM19.90 sebotol. Saya beli dua botol.

Tuang serbuk selepas keluarkan semua air yang bertakung.

Keluar bubble.

Nampak macam berkesan.

Selepas tiga jam kemudian saya meneruskan usaha murni membaiki keadaan sinki seorang diri namun belum menampakkan tanda-tanda positif. Dek kerana tekanan pam yang kuat tetiba pulak bahagian bawah bekas tadahan sinki pecah dan sinki pulak bocor. Terjadilah apa yang diperibahasakan oleh orang tua-tua sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas segala usaha yang seakan tiada penghujung maka terpaksalah saya akur kepada kehendak alam…serahkan kepada yang pakar. Saya call plumber tapi depa tak dapat segera memandangkan dah hampir waktu berbuka. Maka terpaksalah saya bertahan dengan sinki bertuah ini hingga esok hari.


Esoknya, hari Khamis, seperti yang dijanjikan adik plumber datang membawa segala peralatan. Selepas saya ceritakan segala duduk perkara maka terjawablah segala persoalan. 

“Kalau dah tersumbat tak boleh letak soda kak… dah tak jalan dah. Soda tu menjadi untuk maintenance je. Akak kena letak selalu… Sebulan atau dua bulan sekali pun okay… untuk nak elak sinki tersumbat. Kalau dah sumbat memang kena panggil kami untuk pam…” begitulah adanya.


Depa bukak dan cabut semua batang paip bawah sinki dan masukkan hose untuk cari bahagian yang tersumbat.

Lepas tu depa pam untuk clearkan clog terus ke lubang kumbahan.

Selepas hampir setengah jam sinki dapurku kembali pulih seperti sedia kala. Depa caj RM220 untuk full servis dan kos beli barang/spare parts. Yang penting, pengumuman raya pada petang hari Khamis itu mengatakan 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu. Alhamdulillah masih berbaki sehari lagi untuk menyiapkan keperluan hari raya. Mudah-mudahan dapatlah sinki dapur ini bertahan lebih lama lagi.🌹

Siap.

Sebenarnya dah beberapa kali jugak sinki dapur ni tersumbat tapi saya dapat selesaikan sendiri dengan penuh kesabaran. Yang peliknya dah macam sumpahan pulak sinki dapur ini akan tersumbat bila dekat-dekat nak raya.

Cerita 2016

Cerita 2018

Cerita 2021

Sekian.😊

Monday 24 April 2023

Ganti roda ampaian baju

Saya tak pasti bila saya beli ampaian ni. Yang pasti ampaian ni wujud sejak saya tinggal di sini. Mungkin dah hampir 15 tahun usianya, jenis heavy duty dan sangat berjasa menggeringkan pakaian tuan rumah. 

Saya pakai yang beroda supaya senang nak gerakkan ke sana, sini, sinun. Dek lamanya berjasa habis haus kesemua roda yang ada. Lama juga saya mencari roda yang sesuai sebagai ganti. Try cari online tapi payah pulak nak sesuaikan spesifikasinya. 

Ada 4 roda.

Ada yang tinggal tapak roda sahaja.


Yang masih beroda pun dah haus melampau.

Puas jugak saya mencari spare parts roda tu di merata kedai hardware. Setelah mencari di beberapa tempat akhirnya bertemu apa yg dicari di Mr Diy, AEON Keramat. Harga RM2.70 satu set. Saya beli empat set.

Empat dara...eh roda untuk membaik pulih.

Maka bermulalah proses mengganti roda lama kepada yang baru. Jenuh pulak nak bukak tapak lama yang dah berkarat tu. Berkat kesabaran yang tinggi kita teruskan usaha hingga berjaya. 

Kena proses buang tapak lama dulu..


Pelbagai pilihan spanar.. dah macam workshop pulak. 😁

Found the match.😊

Dah tanggal.

Siap.

Mudah-mudahan dapat bertahan 10 tahun lagi walaupun baju yang nak dijemur makin menyusut.😌

Sekian. 😊

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...