Saturday, 30 July 2016

Rezeki Malam Raya....

"Cepat, semua orang nak makan apa? Iman nak belanja buka posa."

"Umi ikut je."

Semangat Iman dapat gaji pertama nak belanja kami makan satu famili. Dah alang-alang orang nak belanja makan jelah kat mana depa nak bawak. Maka berjanji lah kami untuk berjumpa di Wangsa Walk selepas Iman habis kerja kol 6 petang. Semangat sungguh company tu buat kerja. Sehari sebelum raya pun masih kerja. Cuti 2 hari je. Raya ke 3 masuk kerja semula. Sabor jelah kalau dah kerja ngan company macam tu. Saya je yang selalu bernasib baik dapat cuti raya dengan mewah.
Lepas solat Maghrib pi shopping raya finale. Sibuk cari baju tema raya. Mengada je nak sedondon bagai. Sambil-sambil pusing kedai buang masa di malam raya....hmm


Abe perasan hamsem sibuk blok orang nah bergambar

Sampai rumah dalam pukul 10 malam terus masuk dapur semula sambung masak untuk juadah pagi raya. Tinggal rebus ketupat dan buat kuah soto sahaja. Rendang daging dan ayam saya dah buat sejak pagi lagi. Tiba-tiba pulak sinki dapur buat hal. Tersumbut bagai disuruh-suruh pulak. Selama beberapa hari sebelum tu pun dah mula tersumbat juga tapi okay semula selepas saya guna pam. Malam raya juga dia nak buat hal tersumbat sampai membuak-buak. Bila saya pam air tu melimpah ke bilik air pulak Gamaknya sebab depa guna saluran yang sama.
Maka dengan penuh kesabaran dan keterpaksaan saya godek-godek lubang yang menghala ke tangki kumbahan tu. Memalam buta buat kerja-kerja plumbing sensorang. Alhamdulillah saya dah ada sedikit pengalaman menghadapi salur air tersumbat macam ni. Lubang air tu memang agak dalam. Sedalam 4 kaki. Saya memang dah sediakan kayu panjang 6 kaki. So saya jolok je ke dalam lubang tu untuk hancurkan semua lelemak dan najis yang terperangkap dan tersumbat dalam tu. Busuknya jangan cakap lah. Alhamdulillah tak sampai pun 10 minit semua kerja dah siap. Tak sempat pun habis takbir raya satu round. Tapi menitik jugak la air mata ini bersama perginya air kumbahan yang busuk itu.


PS: Teringat pesan arwah nenek saya. Buat kerja malam-malam sorang-sorang lebih terasa kesannya. Sungguh.


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...