Saturday, 2 July 2016

Autogate oh autogate.....

Hari ni kononnya nak pi finalise shopping raya. Kebetulan Dayah balik semalam boleh lah teman umi ngan Nina pi shopping hari ni. Kemain konon us girls only. Hubby jadi driver je.

"Kol 10 semua ready masuk kereta ye..."

Elok je semua dah ready masuk kereta, start engine, autogate tak boleh buka. Mulanya ingatkan bateri remote dah kong. Cuba buka guna suiz pun  tak jalan. Nasib baik kejadian berlaku masa kami sekeluarga ada di rumah. Boleh saling sabar-menyabar. Cuba juga cara manual tapi tempat letak skrew tu dah berkarat. Nak pulas skrew pun ketat. Sabar je lah. 

Sebenarnya ini dah masuk kali kedua autogate kami tak boleh nak buka. Hari tu boleh buka sebelah je. Panggil orang repair. Depa buat bypass wayar ke pintu sebelah lagi.  Kos RM240. Boleh tahan dalam 2 bulan je kot. Kali ni kedua-dua belah pintu pulak tak boleh buka. Guna suiz tak jalan. Guna remote pun tak jalan. Cuak juga. Buatnya autogate tu buat hal di pagi raya, alamatnya berdendang perantau lah kami kesyahduan di pagi yang mulia.

So saya call balik budak yang repair autogate hari tu. Alhamdulillah depa boleh datang hari ini juga tapi tak tahu jam berapa. Tunggu punya tunggu hampir 2 jam tak kunjung tiba. Cancel planning nak bershopping. Sementara tu saya call beberapa nombor autogate lain. Depa siap bagi quotation. Kalau kena ganti motherboard kos RM380 tambah upah lagi RM80. Belum masuk kalau kena buat wiring.


Akhirnya dalam pukul 1.30 tengahari budak repair tu muncul depan pintu. Terus depa pi check motherboard tu. Mula tu kata receiver rosak. Lepas ganti receiver masih tak boleh jalan. Rupa-rupanya wiring pulak rosak. Tak paham saya macamana wiring boleh rosak. Baru je buat semua wiring tu lima tahun lepas. Tapi mungkin betul la kot. Dah lepas lima tahun macam-macam benda boleh rosak. So terpaksa lah buat wiring baru. Cuak juga mulanya sebab nak kena tebuk dan hack dinding bagai. Rosak la dinding rumahku. 

"Kita pakai manual je lah....." Cadangan luar biasa dari hubby.

Saya kurang terkesan dengan masalah autogate ni.  Hari-hari pun memang saya buka tutup pintu pagar sendiri sebab parking kereta kat luar. Keluar awal pagi ngan anak-anak. Tapi kesian pulak nanti hubby tinggal sensorang nak setel buka tutup pagar tu masa nak gi kerja pepagi.  Masa hubby balik kerja tak de masalah. Saya dah sedia menanti depan pintu....

"Ala, ganti je lah yang baru." Suka hati saya je. Mentang-mentang la bukan saya yang keluar duit.

Akhirnya kami decide buat wiring baru. Tak payah hack dinding sebab dah ada power point yang boleh tebuk terus keluar. Cuma akan nampak batang wayar berlengkar-lengkar sepanjang perjalanannya ke motheboard tu.

Power point ni sahaja yang bagi impak minima kepada masalah tebuk menebuk dinding tu. 

Asalnya power point ni untuk kegunaan TV dan Astro sahaja. Tapi dah sambung dengan wayar air-cond untuk ruang tamu pulak. Sekarang nak tambah untuk autogate lagi. Mudah-mudahan tak de masalah overflow nanti. 

Dah siap sambung wayar semula.

Depa tebuk dinding sikit untuk keluarkan wayar terus sambung berlengkar-lengkar sepanjang padang rumput kesayangan saya tu. 

Serabutnya tengok.... Tah apa benda wayar depa pasang. Depa tukar receiver baru. 

Alhamdulillah setelah lebih 4 jam depa berhempas pulas akhirnya siap. Mudah-mudahan tak ada masalah untuk waktu terdekat ini. Kos semua RM960. 

"Kakak mau resit ka? Kalau mau resit kena tambah GST 6%." 

Boleh pulak macam tu. Harga resit pakai duit GST ke apa. Sabo je lah. :)

No comments:

Kenduri @Glasshall, Putra Height

Setiap kali menerima jemputan kenduri dari sahabat Gojezes haruslah tidak dilepaskan peluang. Alhamdulillah hubby sangat memahami betapa era...