Monday, 4 July 2016

Projek Sebelum Raya: Makeover Kusyen Kerusi Makan

Setiap kali nak raya ada saja benda yang kurang berkenan di mata saya. Tahun ini mata saya asyik tertumpu kepada alas kerusi makan yang dah kepam tu. Walaupun baru berusia 5 tahun tapi alas kerusi dah nampak sangat uzur menunjukkan aktifnya tuan rumah beramah mesra merapatkan ukhuwah sesama ahli keluarga. Al-maklum lah aktiviti keluarga banyak tertumpu di meja makan. Anak-anak pulak kalau makan punya lah kusyuk sampai tak perasan makanan tumpah. Saya pulak sukakan warna-warna yang lembut maka bertompok-tompok lah kesan tumpahan makanan tu boleh nampak dengan jelas.
Saya dah buatkan alas tambahan yang senang nak tanggal untuk dicuci. Lekat dengan valcro. Tapi lama-kelamaan nampak pelik pulak sebab asyik bergerak-gerak bila duduk. Asyik nak kena betulkan tiap kali lepas duduk.
Semalam saya tanggalkan alas tambahan tu untuk dibasuh. Bila tengokkan alas yang asal tu nampak kesian pulak. Akhirnya saya nekad untuk make over kusyen kerusi tu. Ganti semua alas yang ada. So semalam juga saya ke Nagoya, Wangsa Maju ditemani anak dara saya yang berdua tu. Sebenarnya dah lama saya tak sana, sejak dah pencen menjahit. Hajatnya nak cari warna yang gelap supaya tak nampak kotor. Puas saya pusing bahagian kain tu nak cari warna yang sesuai tapi pandangan mata ni masih juga berkenan dengan warna yang cerah. So akhirnya saya pilih warna krim (kuning air). Tambah dengan alas plastik supaya tahan lama.
Peralatan lain yang diperlukan....cuma skrew driver. 
Mula-mula tanggalkan skrew kat bawah tempat duduk tu. Ada 3 skrew yang perlu ditanggalkan. Kemudian letak kusyen tu atas kain yang akan digunakan. Lepas tu ukur dan gunting kain dan plastik yang sesuai dengan saiz kusyen tu. Seterusnya balut je kusyen tu macam balut hadiah. Untuk kemaskan balutan boleh lekatkan alas tu guna gam gajah. Guna stapler gun pun boleh. Saya guna masking tape je. Nak guna celotape biasa pun boleh. 
Pandangan bawah kerusi yang dah siap dilekatkan celotape. 
Bila dah siap pasang balik skrew yang ditanggal tadi..

Berkat kerjasama anak beranak semua proses make over hanya mengambil masa tak sampai satu jam. Sambil-sambil masak juadah berbuka sambil-sambil Umi mengarah apa yang perlu dibuat. Suasana raya sudah mula terasa...
Sebelum...:( 
Selepas...:)

Bahan yang diperlukan bergantung kepada bajet dan jenis kain. Saya beli kain langsir jenis blackout yang agak tebal sebanyak 4 meter. Tambah alas plastik juga 4 meter. Guna plastik yang macam alas meja tu je. Kos semua dalam RM50. Tapi kain dan alas plastik ada banyak lebih. Sebenarnya 3 meter pun dah cukup untuk 8 buah kerusi. Lagi jimat kos.....

"Umi....kain lebih ni kita buat table runner lah.."

Dayah selalu je datang dengan idea yang bernas. Umi je yang dah  malas nak menjahit. Esok nak fikir tentang juadah raya pulak....


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...