Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Thursday, 29 May 2025

Pesta Buku Antarabangsa KL 2025

Sejak lama memang hubby sentiasa terapkan amalan membaca untuk saya dan anak-anak. Masa zaman anak-anak masih bersekolah kami selalu ke kedai buku dan hubby tidak lokek untuk berbelanja. Paling best bila ada Pesta buku (PBAKL), yang menjadi acara tahunan. Pilih sahaja mana-mana buku dan hubby akan bayar tanpa soal.

Hari ini saya dan hubby ke Pesta buka berdua sahaja. Tiada apa yang dikalutkan, kami keluar rumah awal pagi supaya dapat parking yang strategik dan lepak sarapan di kantin sementara menunggu kedai buku dibuka.

Kita sarapan dulu.


Pembukaan di pentas utama.

Kami sekadar melihat-lihat ambik aura. Tidak banyak pilihan buku yang menarik minat saya bila banyak bahan bacaan boleh diakses secara online.

Antara catatan hubby.

Antara hasil buku hubby di reruai Ilham Book.

Hasil tangkapan hari ini.

Saya jarang menetapkan bilangan buku yang harus dibaca untuk satu-satu masa. Namun setiap kali mengikut hubby ke kedai buku saya akan sambar sebiji dua buat bekalan. Hubby memang suka singgah kedai buku mencari bahan bacaan ilmiah. Saya pulak akan mencari bacaan ringan sahaja. Tujuan bacaan pun hanya untuk kill the time sementara mengikut, menemani dan menunggu hubby buat kerja di mana-mana. Daripada dok melangut atau mengadap handphone baik la makcik sambung membaca amalan mulia buku.

Yang sedang di baca.

So bila-bila ke kedai buku, kita beli sahaja mana-mana buku yang berkenan di hati. Bila nak baca? Itu cerita lain. Yang penting sentiasa ada buku buat peneman sepanjang jalan.

Yang masih berbalut, menunggu giliran untuk dibaca.

Sekali sekala saya jengok jugak bahan bacaan hubby. Sekadar jengok saja la, buat exercise mata. Nak sampai ke otak tu memang jauh bak bumi dari langit. Sekarang ni saya hanya inginkan bahan bacaan yang ringan-ringan sahaja menggantikan berat badan yang dah tak ringan lagi. Apa-apa pun semoga kita sentiasa dilapangkan Allah dengan aktiviti yang berfaedah. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Tuesday, 27 May 2025

Cashless Parking (exceed limit) @KLIA2

Bila nak ambik flight ke mana-mana biasanya kami akan bawa kereta dari rumah dan letak kereta di parkir yang disediakan. Dan bila durasinya bakal lama maka kami akan gunakan kad bank untuk masuk ke kawasan parkir. Kalau setakat sehari dua kami akan gunakan kad Touch and Go sahaja dan top-up banyak-banyak sebelum berurusan.

Baru-baru ini bila nak keluar dari parking, tiba-tiba pulak mesin palang tu tidak menerima transaksi kad bank. Katanya kad dah melebihi limit penggunaan harian. Mungkin banyak sangat bershoping sebelum balik. Maka terpaksalah kami undur kereta dan masuk parking semula. Sambil itu kita cari solution macamana nak atasi masalah melalui Pakcik Google.

Make sure snap gambar tempat parking agar tidak lupa.

Menurut Pakcik Google, sekiranya kad bank atau T&G tidak boleh digunakan, kita boleh bayar di kaunter bayaran yang disediakan. So kami parking kereta semula dan mencari letak duduk tempat kaunter bayaran itu. Penat jugak berjalan dalam kawasan KLIA2 yang agak luas ini. Alhamdulillah ramai yang boleh membantu di kaunter pertanyaan. Kaunter bayaran tu agak tersorok. Kita perlu keluar ke Carpark pintu A dan terus belok kanan. 

Kadar bayaran parking.

Kita cuma perlu nyatakan nombor plat kereta dan depa/mesin akan kira jumlah bayaran secara automatik. Lepas tu boleh buat bayaran secara tunai atau kad. Depa akan isu resit/kad untuk dimasukkan ke dalam mesin di palang exit nanti.

Kaunter urusan.

Kaunter urusan di luar pintu Carpark A, sebelah kanan.

Saya pun dah lupa berapa lama kami parking di KLIA2, tapi kos bayaran parking hampir mencecah RM200. Sebenarnya boleh je kalau nak menggunakan Grab Car tapi makcik pakcik pencen lebih selesa naik kereta sendiri, door to door dan boleh ikut pace sendiri. Begitulah. Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Sunday, 20 April 2025

Jogging & Bacaan Gula dalam Darah

Hari ini baru kali ke-2 saya dapat berjogging sejak masuk bulan Syawal. Itupun saya paksakan diri sebab mula concern dengan bacaan gula yang semakin membimbangkan. Alhamdulillah cuaca hari ini sangat memberi kerjasama. Saya dapat buat dua pusingan di Taman KLCC walaupun ada cilok sikit-sikit. Cukuplah dapat keluarkan peluh purely dari jogging, bukan dari panas mentari.

Keadaan alam yang mendung dan nyaman.

Singgah Restroom yang baru siap dibina. Cantik kejadiannya.

Sakura in KLCC katanya, tapi menggunakan bunga-bunga tiruan. Makcik tak mau tertipu.

Seperti biasa selepas jogging kami singgah sarapan roti canai di Restoran Hameed di Foodcourt KLCC. Rupa-rupanya mereka hanya terima tunai dan kad bank sahaja sebagai bayaran. Depa tiada servis untuk bayaran menggunakan QR code.  Biasanya kami bayar cash. Malangnya hari ini kami tiada duit cash dan kad bank pulak tertinggal dalam kereta. Alhamdulillah Pakcik cashier tu bermurah hati bagi kami ambik makanan dulu sebelum hubby patah balik ke kereta ambik kad bank. Semoga mereka semua dimurahkan rezeki selalu.

Lepas makan saya tunggu 2 jam untuk buat blood test. Alhamdulillah bacaan hari ini cuma 5.2 dan dalam julat yang sangat memberansangkan berbanding semalam dengan bacaan 6.5 selepas sarapan. Maksimum bacaan normal adalah kurang dari 7.8 selepas makan. Kiranya, bacaan gula dalam darah saya masih terkawal.

Bacaan semalam 19/4 selepas sarapan. (6.5)

Bacaan hari ini 20/4 sebelum makan tengahari dan 2 jam selepas sarapan roti canai @ Mamak KLCC. (5.2)

Bacaan pada 15/4, sebelum subuh. (6.5)

Semoga lepas ini bertambah rajin menjaga kesihatan. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Tuesday, 15 April 2025

Biryani Gam @Wangsa Walk

Sejak dua menjak ni hubby rajin mengajak saya ke Wangsa Walk. Port baru katanya. Dulu-dulu memang kami selalu bawa anak-anak ke sini tapi terhenti sejak adanya Melawati Mall dan KL East. Lagipun anak-anak semua dah besar dan terbang, maka keperluan untuk family outing mula berkurang. Sekarang ini kami hanya keluar berdua ke mana-mana kedai kopi sambil lepak buat kerja.

Baru-baru ini kita singgah makan di JM Biryani. Sedap masakannya, masih seperti dahulu.

Makcik Pakcik duduk berehat lepas penat berjalan.

Selamat hari raya... 

Kita booking meja untuk dua orang.

Biryani ayam merah for makcik.


Dessert... penambah gula.

One for the memory.

Alhamdulillah... done aktiviti makan-makan yang sentiasa on schedule. Lepas ni nak kena gandakan aktiviti memecahkan lelemak yang dah menepu dalam badan pulak. Moga Allah mudahkan.🌹

Sekian. 😊 

Sunday, 6 April 2025

Syawal Day 7

Hari ini dah masuk hari ke-7 Syawal. Sebulan berpuasa kita tumpukan pada ibadat khusus dengan mengharap pahala berganda dari Allah. Dan pagi tadi saya meneruskan kerja-kerja yang dah lama tergendala dek kekangan masa dan kudrat sambil meneruskan kerja-kerja harian seorang makcik pencen.  Pepagi lagi saya dah turun ke laman menyapu sampah. Sebelum itu saya siapkan house chores membasuh dan menyidai kain. Kemudian saya goreng mee buat sarapan. Usai sarapan saya basuh bilik air dan sental mana yang patut.

By tengahari hubby ajak keluar jenjalan. Kita mengikut sahaja bila semua kerja rumah dah selesai buat sementara waktu. Yang pasti kerja rumah takkan pernah habis....

Kami ke Wangsa Walk dan singgah makan di A&W bagi menghilangkan rasa muak makanan raya nasi dagang semalam.

Usai makan kita jalan-jalan cuci mata sambil singgah beli buah di MGB sebelum duduk lepak mengopi di Roti Boy Cafe.

"Ada lagi satu port buat kerja ni..." Sejak dah berhenti kerja, memana sahaja tempat yang kami singgah, hubby akan scan dan masukkan kedalam senarai tempat lepak sambil buat kerja.

Lama tak pekena roti boy.

Cantik cuaca hari ini.


Kacang rebus RM7.90 sebekas.

Dapat lah semangkuk.

Alhamdulillah, done another day of Syawal. Walau kata orang raya sebulan tapi tetaplah kita berpada-pada sahaja. Begitulah... semoga kita sentiasa berada dibawah perliharaan Allah hendaknya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Wednesday, 2 April 2025

Jalan-jalan Malam Raya

"Jom keluar jenjalan KL..." Usai sahaja pengumuman raya, terus kami bersiap untuk keluar jenjalan dimalam raya. Dah macam buang tebiat tapi takpe kita layankan saja sebab raya kali ini tidak seperti tahun-tahun lepas. Lagipun semua urusan masak memasak dah selesai sejak petang lagi.

Saloma Bridge... sepatutnya bermacam warna, tapi sempat snap masa lampu merah je. 

KLCC dengan lampu-lampu... kita berpada sahaja dengan kualiti kamera yang tak seberapa ini buat kenangan.

Belok cari parking di Sogo.

Rezeki dapat parking selepas memusing beberapa kali.

Punya la ramai manusia... tetiba teringat keadaan di Mekah dan Madinah.

Makcik pakcik buang tebiat berposing tengah jalan masa lampu merah. Kita playing tourist.😁

Thank you hubby. Done wish list nak tengok KL by night di malam raya.

"Okay, dah tahu suasana malam raya di kota raya KL sekarang..." Sebelum ini saya selalu dengar KL lengang bila tiba hari raya. Sekarang baru tahu suasana sebenar. Begitulah.

Sekian.😊

Tuesday, 1 April 2025

Kuih Raya di Aidilfitri

Tahun ini tiada homemade kuih raya. Kebetulan anak menantu offer untuk belikan kuih raya di GM Kelang, so kita kirim beberapa jenis kuih yang biasa di makan. Total belian dalam RM100++ sahaja. Selebihnya dari rezeki pemberian hamper dari tempat kerja hubby. 

Hasil belian dari GM Kelang. Dua balang dah selamat sebelum Syawal lagi.😁

Hamper daripada tempat kerja hubby.

Cukuplah buat hidangan di meja makan bila-bila ada tetamu datang bertandang. Semoga raya tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 9 January 2025

Dentist & Saman Parking

Dah beberapa hari saya rasa tidak selesa pada gusi dan geraham atas sebelah kanan terutama bila mengunyah makanan keras. Terasa macam ngilu (sharp pain). So pagi tadi saya keluar sorang-sorang (sambil me-time) ke Klinik Gigi Sharifah Aminah, Greenwood

Alhamdulillah pesakit tidak ramai dan saya dapat berjumpa doktor gigi dalam masa yang singkat.

"Bahagian geraham bongsu puan ni macam ada decay sikit. Biasanya kami akan refer kepada pakar gigi sebab proses pembaikan gigi bongsu agak sulit..."

Oleh kerana saya malas nak lengahkan urusan maka saya minta doktor buat apa yang patut untuk sementara waktu.

"Okay, kita cuba buang tampalan lama sebab macam ada retak/bocor. Kemudian kita buat tampalan baru. Kalau masih rasa tidak selesa nanti kita refer kepada pakar..." Saya pun dah tak ingat bila tampalan pada gigi bongsu itu dibuat. Yang pasti ianya berlaku semasa saya masih single, lebih 35 tahun yang lepas.

Alhamdulillah prosesnya hanya mengambil masa dalam 30 minit. Total cost RM150 (RM30 untuk consultation dan RM120 untuk procedure). Mudah-mudahan akan ada kebaikan selepas ini.

 

Usai urusan saya dihadiahi dengan surat saman parking, elok je depa selit celah wiper seminit sebelum saya keluar dari klinik. Padahal saya dah bayar parking menggunakan apps TNG eWallet. 

"Akak ada kereta lain ke? Dalam rekod ni nombor plat lain..." Alahai apa nak di kata. Rupa-rupanya saya tersilap tekan nombor plat kereta lain.

"Kalau ada dua tiga kereta kena hati-hati... Takpe... akak boleh buat bayaran di Dewan Beringin, Gombak atau guna Apps Flexi Parking dalam masa 3 hari." 

Apa-apa pun kita tarik nafas dulu. Singgah beli rojak Sameem yang sedap sejak sekian lama. Bawak balik rumah, hidang dan makan dengan hubby yang ditinggalkan.

Yummy.

"Ummi kena saman parking ke? Nak Dayah bayarkan? Okay done." Alhamdulillah ada anak yang rajin bertanya khabar. Macamana entah dia dapat notification. 😅

Paid.

Selesai urusan untuk hari ini. Semoga kita semua ditemukan dengan hari-hari mendatang yang lebih baik. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 26 November 2024

Jogging @KLCC

Setelah dua minggu bercuti tanpa jogging dan briskwalking, hari Ahad baru-baru ini kami meneruskan semula aktiviti maintain sihat cara orang pencen. Tempat jogging paling selesa haruslah di Taman Tasik KLCC. Tak sangka pulak pengunjung sangat ramai dan meriah dengan aktiviti senamrobik dan senaman dalam kumpulan di beberapa 'port' yang strategik. Dan makcik pun ambik peluang berjogging santai sambil menikmati cuaca damai diwaktu pagi sambil merakam kenangan sepanjang jalan.

Tasik yang tenang.

Kolam mandi kanak-kanak.

Mercu tanda Negara tercinta.

Sambil itu kita abadikan keindahan hiasan dalaman Suria KLCC sempena kedatangan (sambutan) Hari Krismas. Kita tidak meraikan hari perayaan agama lain, sekadar mengagumi kreativiti hiasan yang ada sahaja. 

... mengimbau kenangan zaman single-mingle dahulu.

Mudah-mudahan kita dijauhkan dari terjebak dengan perkara yang merosakan Iman dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu.  ...