Friday, 2 October 2026

Me-time Sekali Sekala

Semalam hubby ada program di Putrajaya dari pagi hingga lewat petang. Awalnya saya memang berhajat untuk ikut ke sana. Sementara menunggu hubby habis program bolehlah saya duduk melepak di rumah anak-menantu sambil bermain dengan anak-cucu. Tapi bila memikirkan banyak kerja rumah yang tergendala maka saya decide untuk duduk rumah buat kerja sambil me-time. 

So bila hubby start enjin kereta seawal pukul 7:00 pagi, ayuhlah kita bersinsing lengan memulakan kerja-kerja rumah. Sebaik sahaja kereta keluar dari porch, saya terus ambik peluang membasuh porch depan dan keliling rumah. 

Usai membasuh porch saya sambung kerja-kerja di halaman rindu. Banyak pulak rumput-rampai yang perlu di cabut. So kita buat yang mana perlu dahulu. Sambil itu saya tanam semula anak-anak pokok di perdu batang pokok kemboja. Kawasan perdu kemboja ni dah beberapa kali bertukar wajah. Saya tanam pokok-pokok kecil kelilingnya bagi menyembuh luka pangkal pokok yang luka dek hentaman mesin rumput sipemotong rumput. Dah banyak kali saya pesan suruh berhati-hati jangan lukakan pangkal pokok di laman saya. Namun setiap kali saya pesan setiap kali juga dia macam tak paham dan kadang-kadang lupa. Dah naik menyampah pulak. Last-last kita cabut sendiri sahaja rumput-rumput liar yang ada. Dah malas nak panggil dia datang potong rumput. Akhirnya makcik mesin rumput sendiri menggunakan mesin rumput manual yang ada.

Pokok-pokok (tak tau apa nama nama) sudah di susun dan di tanam semula bagi melindungi pangkal pokok kemboja.

Dengan masa yang berbaki kita sambung mesin rumput pulak. Alhamdulillah selesai semua perancangan kerja-kerja di halaman rumah merangkap exercise bagi mengeluarkan peluh kali ini.

Done mesin rumput menggunakan kudrat yang ada.

Sebagai sesi warm-down, kita duduk menikmati bunga-bunga yang sedang mekar di laman. Banyak pokok yang belum berbunga so kita nikmati apa yang ada sahaja.

Pokok bunga tak tahu nama.

Palma.

Pokok-pokok (berdaun) herba yang ada.

Sementara menunggu hubby balik kita sambung kerja-kerja dalam rumah pulak. By pukul 5 petang hubby balik dengan cenderahati bakul buah-buahan berbunga daripada pihak penganjur program. So kita snap beberapa keping gambar buat rujukan, kot-kot tetiba nak kena buat bakul buah-buahan nanti.

Side bunga.

Separuh bakul lagi depa letak buah-buahan.

Sisi atas.

Tamatlah sudah sesi me-time kali ini. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan, tenaga dan peluang me-time dengan kerja-kerja yang lain pulak. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Me-time Sekali Sekala

Semalam hubby ada program di Putrajaya dari pagi hingga lewat petang. Awalnya saya memang berhajat untuk ikut ke sana. Sementara menunggu hu...