Wednesday, 4 November 2026

Beli Barang Keperluan Haji (walaupun belum mendapat tawaran)

Rabu, 7hb Oktober 2026

Cuaca hari ini masih kelam dengan jerebu. Walaupun sepatutnya mentari cerah tapi tersembunyi di sebalik asap jerebu yang tebal. Dan aktiviti outdoor saya kekal tergendala.

Matahari @8:00 am di halaman rinduku.

"Jom shopping barang haji kat Sunway Putra". Pelawaan hubby haruslah saya sambut dengan senang hati. Dah alang-alang tak ada apa boleh dibuat di luar rumah, kita jalan-jalan dalam mall sahaja. Kami mengetahui tentang kewujudan kedai barangan haji ini melalui Channel Youtuber seorang Mutawif Umrah & Haji. 

Pepagi hari lagi kami dah keluar rumah dan singgah sarapan di Craven Cafe, Bukit Antarabangsa sebelum terus ke Shopping Mall Sunway Putra. Suasana kawasan perumahan saya memang agak kelam dan perjalanan kami macam meredah jalan musim dingin di UK… maka marilah kita berangan duduk kat obersi bagi mengurangkan rasa sakit hati akibat jerebu yang melanda.

Keadaan jerebu di jalan berdekatan taman perumahan saya. Macam suasana di tahun 1998, kata anak no-3 saya.

KL semakin kelam dek jerebu.

Kami dapat parking dengan mudah sebab tiba sebelum pukul 10 pagi. Pengunjung masih belum ramai. Sementara menunggu kedai dibuka, kita mengopi di Coffee Bean (CBTL) dahulu. Kami tidak berlama-lama. Buka sahaja kedai, kami terus masuk dan pilih barang yang memang dah tersenarai untuk dibeli. Semua urusan siap tak sampai 30 minit.

Done shopping.

Kenangan depan kedai Fitrah al Hajj.

Jerebu masih tebal… on the way balik rumah.

Alhamdulillah siap sebahagian keperluan haji nanti. Walaupun panggilan haji kami masih dalam peringkat rayuan tidak salah untuk kita bersedia lebih awal. Semoga Allah mudahkan urusan rayuan bakal haji dan hajah semua. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Monitor Bacaan Kolestrol & Gula Dalam Darah

Sejak memasuki usia 40an lagi saya telah monitor kesihatan diri dengan membuat ujian darah (full blood count) dan ujian air kencing secara ...