Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Monday, 23 March 2026

3 Syawal 1447H: Jom jogging

Lepas lebih sebulan bercuti, hari ke-3 Syawal kita back on track. Destinasi biasa di Taman Tasik KLCC. Hajat makcik nak berlari tapi badan rasa tak cukup stamina maka cukuplah sekadar berlenggang kangkung dua pusingan keliling taman.

Follow...

Port healing as always.

One for the memory.

Roti canai after jogging as always.

Raya ke tak raya... everytime berjogging di KLCC, begitulah rutin saya. Round pertama kita jogging/berjalan macam biasa. Second round makcik stop untuk ambik gambar depan padang membelakangkan Twin Tower. Lepas snap another gambar for the memory depan tasik (utama) kita pekena roti canai di Food Court Suria KLCC.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Friday, 20 March 2026

Ramadhan 30th, 1447H

Semalam saya dan hubby berbuka di Wangsa Walk. Hubby nak bagi treat (tak perlu masak) khas untuk isteri terchenta sebab dah seharian siapkan kerja-kerja mengemas rumah. Lagipun saja nak hilangkan nervous takut-takut esok raya terkejut. Balik sahaja dari Wangsa Walk terus dapat pengumuman raya, bukan esok. Ye, esok belum raya. Haruslah saya bersujud syukur. Pertama, sebab Ramadhan masih sudi stay sehari lagi. Dapatlah makcik top-up apa-apa ibadah yang masih terkurang. Tapi yang paling penting adalah lebihan sedikit masa untuk bernafas. Kalau tidak, malam tadi dah full mode bersilat kat dapur hingga kepagi. Tiba-tiba teringat kenangan drama raya terkejut ditahun 2022.

1 Syawal 1447H = 21 Mac 2026M

Untuk sahur terakhir Ramadhan tahun ini, saya hanya goreng ikan kod (frozen), burger ayam dan buat telur separuh masak. Alhamdulillah cukup buat bekalan hingga berbuka nanti. Usai bersahur kita kemas dapur sebagai persediaan untuk merendang nanti. Sebelum itu kita sediakan pakaian untuk pagi raya.

Rezeki sahur 30th Ramadhan 1447H.

Tema biru, siap.

Sekejap lagi nak korek lengkuas, cabut serai dan petik daun kunyit di laman herba tepi rumah buat persediaan merendang hari ini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk hari-hari mendatang. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Thursday, 19 March 2026

Ramadhan 29th, 1447H

Semalam dah masuk hari ke-28 rakyat Malaysia yang beragama Islam berpuasa Ramadhan. Alhamdulilah tahun ini saya dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang berbanding sepanjang dua tahun lepas. Kalau tahun lepas separuh Ramadhan saya di negeri matahari terbit manakala tahun sebelum itu saya mengikut hubby ke UK. Tahun ini saya dapat berpuasa dalam suasana tenang dan santai sesuai dengan usia yang dah menjelang senja ini. Sekali-sekala hubby ajak saya berbuka(dating) di luar. Adakala kami berbuka dengan anak-menantu. Tapi most of the time saya hanya masak dan berbuka dengan hubby di rumah sahaja. Masak pun ala-kadar mengikut tekak sendiri.

Menu berbuka malam tadi: nasi putih, ikan goreng pedas, sayur bayam tumis air dan tembikai.

Malam tadi kami berbuka di rumah dan solat Terawih di masjid berdekatan sebelum keluar mengopi (moreh) di kedai Mamak.

Teh tarik kurang manis.

Set cucur udang for makcik dan roti canai kawin for hubby.

Biasanya bila dah masuk hujung Ramadhan saya akan mula sibuk dengan persiapan menyambut Syawal pulak. Tahun ini semua anak menantu balik beraya di rumah kami... haruslah bonda terchenta nak masak memasak menu kegemaran. Lepas subuh, pepagi lagi hubby dah ajak keluar cari daging nak buat rendang. Alhamdulillah banyak tempat menjual daging segar di kawasan rumah saya, namun semua tempat pun beratur panjang. Kali ini saya pilih barisan pendek di Taman Permata. Alhamdulillah dapat beli daging sebanyak 2 kg dengan harga RM45/kg. Balik rumah terus potong daging kecik-kecik dan simpan dalam peti ais dulu sementara menunggu pengumuman raya malam nanti.

Oleh  kerana badan masih segar saya teruskan aktiviti hari ini dengan mengemas rumah dan mengemop lantai dan tangga. 

Done mop lantai dan tangga.

Walaupun malam tadi tidur agak lewat, bangun bersahur tetap terasa segar. Saya dapat tidur selama 3 jam. Lepas dah selesai mengemas rumah bolehlah sambung berehat/tidur semula. Mudah-mudahan Allah bagi kekuatan untuk meneruskan puasa (cukup 30 hari) esok sekiranya anak bulan tidak kelihatan malam ini. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Thursday, 3 April 2025

Aidilfitri 2025: Syawal Day 2 & Day 3

Selasa: 2 Syawal 1446H/ 1hb April 2025

Hari ini dah macam back to normal routine. Pagi, kami keluar sarapan di Q-Bistro Ampang kemudian teman hubby ke Datum Jelatek buat kerja hingga lunch hour. Sementara hubby buat kerja saya cuci mata di Mr DIY. Banyak kedai lain yang masih tutup dek cuti raya. Sebelah petang kita berehat di rumah sahaja.

Tosei garing & teh tarik as always.

Sarapan @Q-Bistro, Ampang.

Banana loaf & long black. 

Teman hubby buat kerja @Jamaica Blue, Datum Jelatek.

Lunch @Hadramawt Kitchen, Datum Jelatek.


Nasi Arab & Kebab.

Rabu: 3 Syawal 1446H/ 2hb April 2025

Sebelah pagi saya cuma mengemas rumah dan masak apa yang patut. Lepas Zohor kami keluar melawat cucu di Nilai. Kebetulan anak no-3 ingin turut serta so kita tunggu dia tiba dari rumah mertua di Kuantan. Seronok tengok cucu excited jumpa sepupu baru.

Tok ayah's girls.

Dengan dua menantu dan anak memasing.

Sebelum balik saya dan hubby singgah jenjalan di Messa Mall sambil mengimbau kenangan semasa tinggal di Nilai dulu. Dah banyak improvement. Kedai pun dah bertambah. Sambil itu kita singgah early dinner. Lupa pulak apa nama kedai makan itu.

Comel je hiasan kedai makan ni.

Kopi for hubby dan hazelnut latte for makcik.

Kuetiaw goreng, nasi lemak dan satay... sharing is caring.

Selesai dinner... ayuhlah kita pulang.

Alhamdulillah... done Syawal hari kedua dan ketiga dengan rasa yang aman dan tenteram. Semoga Allah mudahkan urusan untuk hari-hari seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Tuesday, 1 April 2025

Kuih Raya di Aidilfitri

Tahun ini tiada homemade kuih raya. Kebetulan anak menantu offer untuk belikan kuih raya di GM Kelang, so kita kirim beberapa jenis kuih yang biasa di makan. Total belian dalam RM100++ sahaja. Selebihnya dari rezeki pemberian hamper dari tempat kerja hubby. 

Hasil belian dari GM Kelang. Dua balang dah selamat sebelum Syawal lagi.😁

Hamper daripada tempat kerja hubby.

Cukuplah buat hidangan di meja makan bila-bila ada tetamu datang bertandang. Semoga raya tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Aidil Fitri 2025

Tahun ini Aidilfitri kami sangat tenang dan sederhana. Kami hanya beraya berdua sahaja. Anak no-1, 2 dan 3 beraya di rumah mertua. Anak no-4 sedang menjaga isteri dalam pantang dan anak no-5 nun jauh di perantauan. Memandangkan kami sangat pasti 1 Syawal akan jatuh pada hari Isnin (31 Mac 2025), maka dua hari sebelum raya saya dah beli lauk-pauk dan bahan-bahan untuk masak rendang. Dan awal pagi hari Ahad lagi saya dah mulakan operasi merendang. Saya blend bahan-bahan tumis dan siapkan basuh ayam dan daging. By Asar semua dah siap. Untuk berbuka hari terakhir Ramadhan saya cuma goreng mihun sahaja.

Rendang ayam in the making.

Tambah rendang daging pulak.

Sekuali mihun goreng untuk berbuka.

Pepagi hari raya saya reheat apa yang patut dan sediakan hidangan atas meja sebelum bersiap untuk solat hari raya di Masjid tepi rumah.

Usai solat kita jamah apa yang ada sebelum ambik gambar self-timer syok sendiri sekitar rumah. Kemudian kami bergegas ke Nilai untuk projek cukur jambul cucu ke-5 yang baru masuk usia seminggu.

Nasi impit + rendang ayam dan daging buat sarapan dipagi raya.

Selpi self-timer dalam rumah...

...luar rumah.

...tepi rumah.

Sepanjang perjalanan ke Nilai kita ambik masa untuk video call dengan anak menantu yang tidak dapat pulang beraya. Terimakasih kepada teknologi terkini yang mendekatkan yang jauh, boleh la Ummi ayah melepaskan rindu pada anak-cucu yang sentiasa dekat di hati.

Full house.🥰

Kami tiba di Nilai dalam pukul 11.30 bagi. Baby baru lepas menyusu so kita teruskan dengan projek cukur rambut dan belah mulut oleh daddy, mummy, nenek dan tok ayah, (very close and intimate). 😍

Dengan cucu yang baru berusia seminggu.

Sebelum cukur... rambut kemain lebat.

Daddy mencukur dengan komfidennya.

Dah butakkk…

Alhamdulillah, walau tidak ramai, Aidilfitri kali ini tetap meriah dengan penambahan ahli keluarga baru. Semoga cucunda membesar dalam perliharaan Allah dan sentiasa menjadi penyejuk mata ayah bonda. Aamiin.🌹

1 Syawal 1446H

Sekian.😊

Friday, 21 June 2024

Kenduri @A-Park, Puchong & Open House jiran setaman

Walau dah masuk bulan Haji (Zulhijah), masih ada lagi cerita hujung-hujung Syawal yang tertunggak. Saya suka catatkan sebagai memori untuk rujukan dimasa hadapan.

11hb Mei 2024

“Mas, jemput mai kenuri tau... saya jemput geng A-level Newark sekali..." Begitulah intipati jemputan personal seorang sahabat dari MRSM Kulim. Depa buat kenduri sempena pernikahan anak mereka di A-Park, Puchong. Walau berbeza mrsm, persahabatan rentas mrsm sentiasa terjalin.

Geng MRSM KB, semua berpasangan inter-mrsm kecuali makcik.

Geng A-Level Newark, juga berpasangan dengan inter-mrsm.

Terimakasih kepada tuan rumah walaupun tiada gambar bersama. Banyak gambar yang diambil tanpa mengetahui siapa tuan punya camera. Cukuplah beberapa keping gambar bersama sahabat yang dikongsi sebagai kenangan. 

Balik dari kenduri di Puchong, kami singgah di rumah jiran setaman pula. Walau dah melepasi tempoh jemputan (2-6pm) tetaplah kita hormati hak dan adab berjiran.😊

Jiran setaman.

Alhamdulillah, kita tutup Syawal 1445H dengan doa agar Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Amiin.🌹

Sekian.😊

Sunday, 12 May 2024

Jogging @ KLCC & Open House selagi Syawal (Part 3)

"Kita kena buat rutin jogging at least seminggu sekali..." Tapi itulah, nak cari masa seminggu sekali pun susah. Tambahan pulak dengan jemputan open house dan jamuan raya yang bersusun memang susah nak slot masa.

“Takpe… nanti dah habis Syawal, dah takde open house, boleh la buat rutin jogging semula.” 

Namun bila dah banyak sangat beraya dan asyik makan je, terpaksalah kita curi masa untuk bersenam dicelah masa senggang. Alhamdulillah pada hari Ahad lepas kami dapat buat dua pusingan ‘larian’ di Taman KLCC. Walaupun badan dah penat kita gagahi jua walau hanya dengan berjalan lenggang-kangkung. 

Favourite spot in Taman KLCC.

First time tengok spot ni kosong tanpa aktiviti.

Lepas jogging kami singgah sarapan roti canai di Food court, KLCC sebelum balik rumah dan sambung lagi open house jiran belakang rumah pulak.

Nasi dagang & laksam yang sedap.

Tuan rumah yang ohsem.

"Kita ganti balik kalori yang terbakar pagi tadi... malah bertambah-tambah lagi..." Apa nak di kata. Apa-apa pun, terima kasih kepada tuan rumah for having us. Moga rezeki bertambah barokah. Mudah-mudahan kita kekal sihat. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Thursday, 9 May 2024

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka. Tambahan pulak hubby dah bagi full visa so kita gunakan peluang dengan sebaik mungkin.

Sabtu, 4hb Mei 2024 

1) Destinasi pertama adalah ke Bayswater at KLCC memenuhi undangan dari ex-student. Suasana agak meriah dengan kehadiran tetamu (mostly ex-students) yang rata-rata sudah dewasa dan berkeluarga. Alhamdulillah dah tua-tua begini masih ada bekas pelajar yang sudi menyantuni. 

Oleh kerana tak sempat bergambar dengan tuan rumah, kita bergambar dengan nenek (Datuk Sarimah) dan ibu (Puan Farah) kepada tuan tumah.

Adik tuan rumah yang sentiasa cantik.

Kawan (juga ex-student) kepada tuan rumah.

Sahabat baik kepada keluarga tuan rumah.

2) Destinasi kedua kami ke Kampung Indah Permai, Ampang yang mengambil masa 20 minit dari KLCC melalui hiway SUKE.

Laksa Penang dan mee kari

Laksam home made.

Pemandangan (jauh) SUKE hiway dari balkoni tuan rumah.

Keluarga tuan rumah yang peramah.

Sempat terserempak dengan sahabat guru yang lain.

Alhamdulillah, selesai seharian beraya sambil update kehidupan dengan sahabat seperjuangan. Terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan pelbagai juadah yang enak dan layanan mesra. Semoga ukhuwwah berpanjangan dan diredhai Allah. Amiin.🌹

Cerita sebelum ini  (Part 1), boleh baca di sini.

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...