Sunday, 2 August 2026

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk dengan urusan keluarga (keluar makan, jalan-jalan, main dengan cucu-cucu etc, etc) dalam kepala saya sentiasa terselit senarai things-to-do yang semakin panjang tak pernah habis.

Hari ini (Ahad) seperti biasa saya keluar berjogging dengan hubby di Taman Tasik KLCC sambil menyedut udara segar. Segar ke?

Setiap kali datang Taman KLCC, mesti nak kena snap gambar. 😁

Fountain KLCC.

Balik sahaja ke rumah saya teruskan projek mengemas kabinet bawah dapur. Kabinet ini saya khaskan untuk stok barang keperluan masakan. (Stok beras, minyak, sos-sos, makanan dalam tin, etc,etc)

First thing first haruslah nak kena keluarkan semua barang dulu. Buang mana yang dah lupus tarikh dan rosak. Kemudian saya sembur disinfectent dan lap lantai dan dinding kabinet.

Kabinet dah siap dibersihkan.

Sebelum ini saya pakai papan kayu lebihan rak buku sebagai rak tambahan dalam kabinet dapur tu. Warna asal kayu apa entah, lupa pulak. Tiba-tiba terasa nak bagi nafas baru. Saya balut papan kayu tu dengan self adhesive film (beli kat Mr DIY) berwarna putih supaya nampak cerah. Saya beli saiz 60cmx2M.

Sebelum.

Kita balut satu-satu.

Siap. Lepas ni nak kena top-up stok baru.

Alhamdulillah siap satu 'tugasan'. Lepas ni nak sambung things-to-do yang lain pulak. 

"Kenapa Ummi tak ganti kabinet baru je?" Entahlah. Tiada pulak dalam to-do-list saya nak ganti kabinet baru. Selagi boleh digunakan, kita berpada sahaja dengan apa yang ada. 

Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...