Thursday, 19 March 2026

Ramadhan 29th, 1447H

Semalam dah masuk hari ke-28 rakyat Malaysia yang beragama Islam berpuasa Ramadhan. Alhamdulilah tahun ini saya dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang berbanding sepanjang dua tahun lepas. Kalau tahun lepas separuh Ramadhan saya di negeri matahari terbit manakala tahun sebelum itu saya mengikut hubby ke UK. Tahun ini saya dapat berpuasa dalam suasana tenang dan santai sesuai dengan usia yang dah menjelang senja ini. Sekali-sekala hubby ajak saya berbuka(dating) di luar. Adakala kami berbuka dengan anak-menantu. Tapi most of the time saya hanya masak dan berbuka dengan hubby di rumah sahaja. Masak pun ala-kadar mengikut tekak sendiri.

Menu berbuka malam tadi: nasi putih, ikan goreng pedas, sayur bayam tumis air dan tembikai.

Malam tadi kami berbuka di rumah dan solat Terawih di masjid berdekatan sebelum keluar mengopi (moreh) di kedai Mamak.

Teh tarik kurang manis.

Set cucur udang for makcik dan roti canai kawin for hubby.

Biasanya bila dah masuk hujung Ramadhan saya akan mula sibuk dengan persiapan menyambut Syawal pulak. Tahun ini semua anak menantu balik beraya di rumah kami... haruslah bonda terchenta nak masak memasak menu kegemaran. Lepas subuh, pepagi lagi hubby dah ajak keluar cari daging nak buat rendang. Alhamdulillah banyak tempat menjual daging segar di kawasan rumah saya, namun semua tempat pun beratur panjang. Kali ini saya pilih barisan pendek di Taman Permata. Alhamdulillah dapat beli daging sebanyak 2 kg dengan harga RM45/kg. Balik rumah terus potong daging kecik-kecik dan simpan dalam peti ais dulu sementara menunggu pengumuman raya malam nanti.

Oleh  kerana badan masih segar saya teruskan aktiviti hari ini dengan mengemas rumah dan mengemop lantai dan tangga. 

Done mop lantai dan tangga.

Walaupun malam tadi tidur agak lewat, bangun bersahur tetap terasa segar. Saya dapat tidur selama 3 jam. Lepas dah selesai mengemas rumah bolehlah sambung berehat/tidur semula. Mudah-mudahan Allah bagi kekuatan untuk meneruskan puasa (cukup 30 hari) esok sekiranya anak bulan tidak kelihatan malam ini. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Menyambut 1 Syawal 1447H

Sehari sebelum 1 Syawal, pepagi lagi saya dah bukak silat di dapur. Mula-mula saya rebus daging (guna pressure cooker). Sementara menunggu d...