Rabu, 4hb Februari 2026
Balik KB kali ini kami hanya nak santai-santai jalan-jalan cari makan sambil berziarah saudara-mara terdekat. Hubby booking Hotel Grand Renai. Walau kos bilik dah termasuk sarapan pagi tapi hari ini kami cari sarapan di luar. Hubby nak cari Nasi Berlauk Linda Songkok. Banyak tempat depa letak nasi yang dah siap dibungkus. Kami ke Ayang Kafe. Di sini ada banyak pilihan menu nasi bungkus. Hubby pilih nasi berlauk Linda Songkok Kelantan style. Saya pilih laksa, juga Kelantan style. Mudah dan laju sebab semua dah siap bungkus. Kita cuma ambik dan duduk.
Saya order air kopi susu. Sebenarnya kopi susu bukanlah minuman biasa saya. Tapi sesekali mencuba apa salahnya sambil bersedia dengan apa sahaja risiko yang mendatang.
![]() |
| Laksa + kopi susu. |
![]() |
| Kopi (kampung) susu... sedap dooh. |
![]() |
| One for the memory. |
Usai sarapan kami terus ke Pasir Puteh melawat kakak ipar (no-8) dan suaminya. Mereka sudah mencecah usia 70an dan tinggal berdua di asrama (pondok) pengajian warga emas. Asramanya berbentuk rumah satu bilik tidur lengkap dengan bilik air, ruang dapur dan ruang tamu.
Hubby ada 10 orang adik-beradik dan merupakan anak bongsu. Tujuh orang kakak dan abang sudah pergi mengadap Ilahi. Yang tinggal hanya kakak no-8 dan no-9.
![]() |
| Hubby bersama kakak no-8 dan suaminya di hadapan rumah. |
Tanpa diduga tiba-tiba saya sakit perut semasa dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Puteh. Alhamdulillah sempat tiba di rumah kakak ipar saya untuk menumpang toilet. Gambarannya macam baru lepas tertelan julap. Mungkin penangan makan laksa lemak + kopi susu masa sarapan tadi. Itulah risiko yang terpaksa saya hadapi. Sehingga balik ke hotel semula pada tengahari itu, perut saya masih tidak selesa dan beberapa kali lagi terpaksa melawat bilik air.
Alhamdulillah, by lewat tengahari perut dah mula stabil dan kami keluar makan di Restoran Sotong Buncit. Dek agak lewat, makanan pun banyak yang dah habis. Namun kita berpada sahaja dengan rezeki yang tinggal.
Usai makan kami singgah beli baju kemeja batik hubby di kedai Nadia Batik. Dapatlah sehelai yang berkenan dihati. Kemudian kami lajak ke pasar Buluh Kubu sambung mencari baju batik lagi. Dan dapat lagi dua helai kemeja batik. Cukuplah tiga dulu, kata hubby. Balik KB lain kali kita beli lagi.
Kami balik ke hotel semula hampir malam. Hubby order roti tempayan dan pizza via Grab Food buat makan malam sebelum berehat untuk kesegaran badan. Esoknya kami masih di sini lagi. Moga Allah mudahkan urusan. Aamiin. 🌹
Sekian.😊





No comments:
Post a Comment