Saturday, 28 March 2026

Melaksa & Geng Cg Pencen al-Amin @Ampang

Jumaat 23hb Januari 2026

Sekian lama tersimpan dalam drafts, baru ada peluang nak sambung mencatat cerita makan-makan bersama cikgu pencen lebih dua bulan lepas. Acara makan-makan bersama ini dah jadi macam rutin setiap kali kawan yang tinggal di Oman pulang bercuti ke Malaysia. Biasanya kami keluar makan di kedai/restoran. Tapi kali ini kita berkumpul di rumah saya sahaja memandangkan ramai yang kebih selesa duduk berborak dengan suasana dalam rumah. Masing-masing bawa potluck. Sebagai host kita masaklah apa yang patut sesuai dengan kesihatan warga pencen. Bagi mengurangkan makanan lemak dan manis saya bawakan menu Laksa Utara. Saya tak pasti bila kali terakhir saya masak menu laksa ni, tapi kita cuba polish skill memasak yang hampir berkarat ini.

Saya rendam laksa kering semalaman. Esoknya saya rebus air hingga menggelegak dan masukkan laksa yang dah kembang dan biarkan hingga laksa menjadi lembut. Kemudian angkat dan toskan air dan basuh semula dengan air paip.

Laksa is done.

Untuk kuah, saya rebus 12 ekor ikan kembung saiz besar dan biarkan sejuk. Saya perisi isi ikan dan blend. Tulang-tulang dan kepala ikan pun saya blend berasingan dan tapis airnya. Saya blend bawang merah, bawang putih dan tambah cili boh. Saya campur semua bahan ke dalam periuk besar, tambah air dan masukkan asam keping, serai. Biar mendidih baru masukkan daun kesum, bunga kantan dan garam. Biarkan mendidih lagi dan tambahkan apa yang patut sehingga kita puas hati (syok sendiri) dengan kesedapan kuahnya. 

Kuah laksa is done.

Alhamdulillah penuh meja dengan pelbagai potluck.

Us.

Sambil-sambil itu kita raikan birthday rakan seperjuangan. Terima kasih untuk sahabat yang bawakkan birthday cake yang mewah. Lepas tu boleh sambung berborak dan update kehidupan sambil berselpi-wefi.

January baby. 🥰

Happy birthday untuk makcik jugak.😁


Seronok walaupun hanya dapat berjumpa sekali-sekala. Semoga ukhuwwah berpanjangan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Birthday Cucu @ Pavilion Bukit Jalil

Sabtu 7hb Februari 2026 Tahun ini cucu sulong saya dah masuk 9 tahun, manakala adiknya masuk umur 6 tahun. Oleh kerana birthday mereka selan...