Khamis, 5hb Februari 2026
Oleh kerana seharian semalam kami laki-bini diuji dengan perut yang meragam maka pagi ini kami hanya bersarapan di kafe hotel sahaja. Alang-alang dah termasuk dalam kos bayaran bilik hotel, kita makan sahaja apa yang berkenan. Tapi seperti biasa sahaja saya hanya ambik bubur nasi dan salad.
 |
| Salad as starter. |
Planning hari ini adalah untuk menziarahi kubur arwah mertua di Banggol dan melawat saudara mara terdekat di kampung sekitarnya. Usai sarapan di hotel kami terus keluar melawat kubur seterusnya ke Kg China melawat sepupu hubby, anak-anak kepada kakak arwah ibu mertua saya. Seterusnya kami ke Kampung Banggol melawat sepupu hubby yang lain pulak. Mereka ini adalah anak-anak kepada abang ibu mertua saya. Bila ibu-bapa semua telah meninggal tinggallah generasi anak-anak meneruskan hubungan silaturrahim bersama sepupu sepapat.
 |
| @Kubur Banggol. |
 |
| Menu nasi dagang by Cik Yah, sepupu hubby. |
 |
| Cantik pulak pokok orkid yang bergantungan ini. |
 |
| Dengan sepupu hubby, Cik Yah dan Kak Dah. |
 |
| @Kg China, KB. |
 |
| Tenang.❤ |
 |
| Sepupu-sepupu hubby sebelah ibu @ di Kampung Banggol. |
 |
Generasi daripada tiga adik beradik kepada arwah ibu mertua saya. (Dari kiri adalah anak kepada abangnya, duduk di tengah adalah anak kepada kakaknya dan hubby). |
Selesai urusan di rumah sepupu hubby, kami teruskan perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan. Walau dalam panas terik mentari tidak menghalang makcik menikmati ketenangan tepi pantai bersama deruan ombak sebelum balik berehat di bilik hotel.
 |
| Panaih lit-lit. |
Sebelah petang kami keluar lagi. Kali ini kami menghala ke Pantai di Bachok. On the way ke sana, kita singgah makan tengahari di Nasi Lemak Kopi O, Kubang Kerian. Nasi lemaknya sangat sedap.
 |
| On for the memory. |
Usai makan kami meneruskan perjalanan ke Pantai Impian @Kemasin, Bachok. Suasana agak tenang dan damai. Kami hanya duduk-duduk (healing) menikmati angin pantai. Tapi tiba-tiba ada sekumpulan orang berkaroke siap berjoget-joget di kawasan berdekatan. Hilang ketenangan yang kami impikan. Akhirnya kami berpindah tempat sebelum bergerak balik ke hotel semula. Perjalanan dari pantai Bachok balik hotel di Kota Bharu terasa agak lama, lebih satu jam.
 |
| Cantik pulak cengkerang ni. Hajat nak kumpul buat souvenir tapi cancelled. |
 |
| Ada yang berkaraoke kat belakang tu. Sabar jelah. |
 |
| Muara sungai? |
 |
| Entrance depan lif bilik hotel tingkat 18. |
Kami tiba di hotel semula by Maghrib. Hubby order burger via Grab food for dinner. Saya hanya makan separuh sahaja sebab mata dah mengantuk. Makan boleh tunggu tapi tidur wajib cukup untuk kesegaran hari esok. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin. 🌹
Esok dah nak balik KL.
{Boleh baca cerita 4 tahun lepas di sini, Kb with love}.
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment