Thursday, 26 March 2026

5 Syawal 1447H: Family Dinner Lagi

Tanpa di rancang, tiba-tiba semua anak-anak (kecuali anak no-3) ajak berkumpul untuk family dinner malam tadi. Of courselah ayah yang bayar. Pandai depa paw ayah depa secara haluih. 

Awalnya nak ke Restoran Cili Kampung di KLCC tapi fully booked pulak, so kita ke Cili Kampung Alamanda. Gigih Nenek dan Tok Ayah drive dari Ampang ke Putrajaya.  Alhamdulillah perjalanan ke Putrajaya tidak sesak dan kami tiba di Alamanda dalam masa kurang 1 jam.

Malangnya dek musim raya menu yang disediakan agak terhad. Saya suka ayam masak kicapnya tapi menu ayam semua out of stock. So kita order menu ikan, daging dan udang. Sedang asyik berborak tetiba pulak air teh-O-ais tertumpah, membasahi pakaian saya. Tanpa rasa gusar anak sulong dan anak no-2 carikan (beli) baju baru satu persalinan untuk bonda terchenta.

Sebelum kejadian.

Selepas...

Usai salin baju kita sambung makan dengan tenang. Bak kata ayah saya... "depan rezeki kena duduk elok-elok..." Sungguh, setiap kejadian ada hikmahnya.

Dinner is done.

Lepas makan kami solat Maghrib di surau Mall. Besar dan selesa suraunya. Terletak betul-betul di sebelah atas Restoran Cili Kampung. Keluar sahaja restoran boleh naik eskalator. 

Sambung mengopi di Kedai Oriental Kopi.

Done mengopi.

Girls only... as always.

Alhamdulillah, another moment created. Benarlah kata orang... moment itu tentang kebersamaan, tak kisah apa jua keadaan. Semoga Allah kurniaan rasa kebersamaan ini hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

PS: Oleh kerana tak dapat makan menu ayam masak kicap di kedai malam tadi, kita bawakan Ayam Kicap Ukay homemade dari air tangan bonda untuk juadah makan malam makcik dan pakcik pencen hari ini.🥰

Ayam masak kicap homemade is done.

Sekian.😊

No comments:

Balik KB 2026: Day 1

Selasa, 3hb Februari 2026 "Tiket dah beli.. jom packing balik KB".  Setelah beberapa ketika tertunda akhirnya hubby beli tiket (su...