Sehari sebelum 1 Syawal, pepagi lagi saya dah bukak silat di dapur. Mula-mula saya rebus daging (guna pressure cooker). Sementara menunggu daging empuk saya sediakan bahan untuk dikisar/blend. Kemudian saya korek lengkuas, kutip daun kunyit dan daun limau purut di halaman rindu. Alhamdulillah by pukul 3 petang rendang daging siap untuk hidangan di pagi raya.
 |
| Peneman setia. |
By Asar semua anak menantu dan cucu pulang untuk berbuka dan berkumpul di malam raya. Saya tambah rendang ayam buat berbuka pada hari terakhir Ramadhan 1447H. Anak menantu no-4 bawak balik nasi impit dan daging dendeng. Sebenarnya setiap anak-menantu akan bawa juadah setiap kali balik. Dek sibuk di dapur saya tak pasti siapa yang bawa apa. Yang penting penuh meja dengan lauk-pauk, buah-buahan dan kuih-muih untuk berbuka.
 |
| Cucu-cucu all in berkumpul di malam hari raya. Pyjama matchy-matchy by Mummy Iman. |
Usai berbuka dan kami keluar mengopi di Zuz Coffee berdekatan rumah. Semuanya tanpa dirancang, tetiba sahaja cukup quorum penuh meja bersuka-ria gelak-ketawa di malam raya. Saya sudah membayangkan malam dan hari raya tanpa drama, rupa-rupanya ada drama yang lebih mendebarkan. Tapi kita simpan sahaja cerita drama itu.
 |
| Full house...❤️ |
 |
| Nenek & Tok ayah siap bergambar berdua takut-takut tak sempat nak posing berdua dipagi hari raya. |
Kami bersolat Aidilfitri di Masjid sebelah rumah sebelum menjamah juadah hari raya yang siap dihidang oleh menantu no-4. Dah kenyang perut barulah boleh bergambar kenangan hari raya. Sungguh bagai dijangka, nenek dan tok ayah tak sempat bergambar raya berdua. Maka kita berpada sahaja dengan apa yang ada.
 |
| Dalam masjid selepas solat sunat Aidilfitri. |
 |
| Di perkarangan Masjid pulak. |
 |
| Girls only. |
 |
| Juadah ringkas dipagi raya. |
 |
| Close up sikit. |
Usai urasan di rumah, kami ke Hospital Ampang Putri melawat cucu. Drama malam tadi kita biarkan berlalu. Yang penting 1 Syawal tetap diraikan dalam apa jua keadaan. Seronok tengok para staf hospital berhari raya. Kita pun tumpang posing di photobooth mereka.
 |
| Makcik pantang nampak photobooth. |
 |
| Full house di pagi raya 1 Syawal 1447H. |
 |
| Girls only... missing Cisa & Lily. |
 |
| Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H. |
Alhamdulillah done suatu hari yang panjang. Sebagai penutup Aidilfitri 2026, kami keluar pergi dinner di Dolly Dim Sum KL East. Semoga masih sempat berjumpa lagi di Ramadhan dan Aidilfitri akan datang. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment