Tuesday, 22 February 2022

KB with love: Day 3, Ziarah menziarahi

Seperti biasa kalau balik Kelantan tidak sah kalau tidak berziarah ke makam ayahanda dan bonda. Kedua-dua ibu-bapa hubby telah tiada... hanya pusara tempat kami berhubung kasih.  Biasanya kami akan keluar pepagi hari Jumaat. Mula-mula kami akan ke pusara bonda kemudiaan ke pusara ayahanda. Kedua-duanya terletak di Kampung Banggol, Kota Bharu. Seperti biasa juga apabila di pusara saya akan menikmati keindahan pohon kemboja. Tak tahu apa sebabnya, tapi pohon kemboja di pusara seakan memberi rasa tenang dalam jiwa saya. 

Pusara ayahanda.

Walau tanpa daun, pohon kemboja ini masih indah tersergam.


Usai urusan di kuburan kami singgah di warung Cik Yah, sepupu hubby yang berniaga nasi berlauk dan nasi dagang serta kuih-muih untuk sarapan. Nasi dagang Cik Yah, the best in town, sangat menepati citarasa saya. Saya tambah lagi dengan pulut pagi yang manis leting.

Pulut+kelapa manis.

Lepas sarapan kami berziarah ke rumah Kak Dah di Sungai Keladi, another sepupu hubby. Kak Dah dah pencen jadi masanya dipenuhi dengan menanam bunga-bungaan keliling rumah. Saya hanya mampu melihat sahaja sambil berangan diri ini rajin membelai pokok bunga sepertinya. Macam-macam jenis pokok bunga yang ada hingga tak sempat nak ambil gambar semuanya. So kita pilih apa yang sempat sahaja.

Orked.

Orked lagi

Balong ayam.

Keladi viral



Disebabkan asyik dengan bunga-bungaan hingga tak sedar kami harus tiba ke hotel semula sebelum pukul 12 tengahri untuk check-out. Alhamdulillah depa izinkan kami untuk check-out hingga pukul 1:00 tengahari. So sempat lah kami berkemas dan mandi sebelum keluar hotel. Oleh kerana masih ada masa sebelum pulangkan kereta sewa pada pukul 4:00 petang, kami lepak-lepak di Pantai Cahaya Bulan pula sambil makan colek untuk minum petang. 

Ikan celup tepung dan seafood.

Mihun sup siam.

Depa buat benteng di sepanjang pantai bagi menghalang hakisan, mematikan hajat saya untuk bermain di gigi air. Dah alang-alang sampai ke pantai kita ambik je gambar walaupun dari jauh.

Kemain makcik posing tengah panas.

Kami tiba di airport Kota Bharu dalam pukul 4.00 petang, pulangkan kereta sewa dan singgah mengeteh di balai pelepasan sementara menunggu waktu berlepas pada pukul 6.30 petang. 

Keadaan airport KB yang agak lengang.

Seperti biasa beg akan beranak bila balik dari Kelantan .

Alhamdulillah flight on schedule dan kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 7.30 malam. Anakanda supir tiba untuk pick-up pada pukul 8.30 setelah bertarung dengan traffic jam dalam perjalanan di petang Jumaat. Alhamdulillah kami sampai di rumahku syurgaku dalam pukul 10 malam  dengan selamatnya.

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...