Wednesday, 23 February 2022

Wedding anak Kak Aini, Cyberjaya

Sejak banyak kelonggaran yang diberikan kerajaan, musim kahwin kembali meriah dan banyak undangan dapat dipenuhi. Terkini pada 18hb Februari 2022 baru-baru ini, kami menerima undangan daripada kakak hubby. Depa buat style makan malam di Royale Palace Skyview, Cyberjaya sempena pernikahan anak perempuan bongsunya. Kami diminta tiba dimajlis dalam pukul 8:00 malam bagi mengiringi pengantin untuk acara perarakan masuk.

"Umi nak gerak pukul berapa? Petang Jumaat ni... jalan jam." Bila dapat jemputan kenduri pada sebelah malam, memang kena buat planing betul-betul kerana perjalanan dari Ampang ke Cyberjaya mengambil masa hampir sejam.

 "Umi transit kat rumah Dayah dululah. Solat Maghrib lepas tu terus gerak ke tempat kenduri"

So kami turun dari rumah selepas Asar dalam  pukul 5.30 petang dan tiba di rumah Dayah di Putrajaya pada pukul 6.30 petang. Rumah mereka di tingkat 16. Sempatlah berborak dengan anak-menantu sebelum gerak ke Cyberjaya usai solat Maghrib. 

Langit senja dari tingkat 16.

Seperti yang dirancang kami tiba di destinasi kenduri dalam pukul 8:00 malam. Walaupun tempatnya agak tersorok (kurang jelas dek suasana gelap malam) kami selamat tiba dengan berpandukan google map. Kak Aini minta kami jadi wakil keluarga perempuan memandangkan hanya hubby lelaki yang paling tua dalam keluarga yang hadir. So kami di bawa ke meja VIP depan pelamin. Sebelum itu kami kena bersedia untuk acara mengiringi pengantin masuk ke dewan.

Apa-apa pun kita bergambar dulu.

Pelamin nan indah.


Menunggu ketibaan pengantin.

Pengantin sama cantik sama padan.

Setelah pengantin selamat duduk di pelamin depa buat acara salam restu bermula dengan ibu-bapa serta wakil pihak pengantin lelaki diikuti wakil dari pihak perempuan pula. Selepas kak Aini(ibu pengantin), saya dan hubby pula dijemput untuk naik ke pelamin bagi salam restu pengantin. Rasa awkward pun ada sebab saya tidak berapa rapat dengan anak saudara tu, jumpa pun jarang-jarang sekali tapi sebagai memenuhi adat dan hajat kakak ipar, kami teruskan jua.

Cenderahati usai salam restu pengantin.

Acara salam restu selesai dalam pukul 9.00 malam. Lepas tu baru kami kembali semula ke meja makan. Lauk-pauk semua dah tersedia di atas meja, tinggal hidang nasi sahaja.

Daging kerutub, ayam masak merah, acar buah dan dalca.

Sedap menunya.

Kuih buah tanjung dan kuih bentuk buah resepi Siam buat pencuci mulut.

Centre.. Kak Sah (kakak ipar Hubby) dengan anak-anaknya.

With Kak Aini, mother of the bride.

Doorgifts.., ferero rocher dalam bekas kaca.

By pukul 10 malam, kami mula minta diri untuk beredar tanpa sempat bergambar dengan pengantin. Kami terpaksa gerak awal memandangkan jarak perjalanan dari Cyberjaya ke Ampang yang bakal mengambil masa hampir sejam. Kesian pulak hubby nak drive malam-malam. Bila masuk je lebuh raya MEX, tiba-tiba pulak lampu minyak kereta berkelip-kelip menandakan minyak nak habis. So terpaksalah kami cari pertol-pump terdekat. Kita google sahaja dan waze menunjukkan petrol-pump terdekat adalah 9km melalui exit Serdang/Puchong. Maka berusahalah dua orang pencen mengisi minyak kereta dimalam buta. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami tiba di rumah Ukay dalam pukul 11:30 malam. Saya terus tukar pakaian dan mandi sebagai langkah berjaga-jaga menghindari Covid-19. Tiba-tiba kepala terasa sakit dan tekak terasa kering. Saya ambil sebiji redoxon dengan segelas air sebelum tidur. Alhamdulillah by the time saya bangun keesokannya, tiada lagi kesan tidak enak dan badan pun kembali segar. 

PS: Tak sabar nak tunggu jemputan seterusnya.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...