Wednesday, 9 February 2022

Doorgifts kenduri kawen, mission accomplished

 "Ummi nak isi apa untuk doorgifts"

Sepanjang minggu saya dok berkira-kira apa yang patut diberi kepada tetamu sebagai buah tangan dan berapa jumlah yang patut disediakan. 

"Buat 200 pax je. Pastikan dalam bekas senang orang nak bawak" Ringkas dan padat arahannya. Awalnya memang kami hadkan tetamu seramai 200 orang sahaja sebagai mematuhi SOP covid-19. Memandangkan ramai juga kawan-kawan pengantin yang hendak dijemput maka kami naikkan jemputan hingga 300 tetamu plus 50 untuk VIP. Alhamdulillah kapasiti dewan juga mencukupi. 

Apa nak isi dalam paper bag:

  • Kerepek/biskut gula
  • Sweets/coklat
  • Potongan kek

Untuk VIP, kita tambah bunga telur dan biskut Danish (order via Shopee). 

So bermulalah misi menyiapkan 300 pax doorgifts untuk para tetamu. Mula-mula kita cari tempat shopping dulu. Kemudian ajak anak bujang jadi supir ke GM Kelang. Saja cari alasan sebab belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Banyak jugak kedai peralatan perkahwinan dan seperti biasa saya akan rambang mata nak buat pilihan. Tapi kita stick to the plan.

  • Paperbag putih (300+50)
  • Bekas/zip lock (350)
  • Uncang putih(350)
  • Bunga telur (50)
  • Kerepek
  • Sweets/coklat
Haruslah ada bahan bukti kat GM Klang.

Pilih zip-lock

Hitam ke putih?

Pasrah je bujang ni mengekor Ummi.

Dah penat memilih kami rehat dulu sambil pekena lunch kat Secret Recipe. Lepas tu solat zohor sebelum bertolak balik Ampang sementara jalan belum jam.

Favourite ever.

Sampai je rumah terus isi kerepek ke dalam bekas. Kemain semangat nak tengok hasilnya.

Buat sample dulu...

Sambil tampal sticker


Siap

Oleh kerana bahan doorgifts belum mencukupi maka kami cari masa untuk ke Chow Kit pulak. Alhamdulillah everything complete dan harga pun berpatutan. Cuma parking parking agak payah... tapi dah namanya rezeki, dapat juga parking dekat dengan kedai. Alhamdulillah.

Lengkap dengan bunga telur, paper bag dan uncang.

Tambah biskut gula untuk budak-budak.


Untuk sweets dan coklat, saya pilih beberapa jenis buat campur-campur, kemudian sumbat je dalam uncang dan ikat sambil lepak-lepak me-time depan TV. 





Siap.

Ready untuk diangkut ke dewan kenduri.

Slice cake from KDE

Depa siap pack dalam kotak

Nak isi dalam paper bag.

Tenaga kerja pada petang sebelum hari kejadian.

Siap

Siap susun pada pagi hari kenduri.

Untuk VIP kita letak bunga telur satu sorang.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga tetamu berpuas hati.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...