Monday, 21 February 2022

KB with love: Day 2, kenduri besan

Kami menginap di hotel Perdana untuk 3 hari 2 malam. Sejak tiba di Kota Bharu semalam kami dah habiskan masa dengan misi sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam yang dah dirancang dari rumah lagi. So untuk hari ini kami cuma bersarapan di hotel sahaja. Saya suka hidangan buffet sarapan di sini yang memenuhi citarasa saya.

"Asyik ambik benda sama je..." 

Benar... bubur nasi dan telur separuh masak dah jadi makanan ruji saya bila menginap di mana-mana hotel. Dia macam ala-ala starter. Kalau takde dua menu tu seakan tidak sah sarapan di hotel. Makanan lain adalah bonus.

Favourite menu, ever.

Fruits and potato salad+puding roti+laksam

Saya tak makan banyak sebab nak simpan ruang perut untuk kenduri tengahari nanti. Sebenarnya tujuan asal kami balik Kelantan ini adalah untuk memenuhi undangan pernikahan anak besan. Depa buat majlis di AAM Hotel, Bandar Kubang Kerian. Sambil-sambil tu haruslah jalan-jalan cari makan dan ziarah menziarahi saudara mara.  

Memandangkan Kelantan masih dalam fasa 3 Covid-19, semua aktiviti keramaian dan jamuan masih tidak dibenarkan. Tetamu hanya boleh datang secara berperingkat dalam masa yang ditetapkan dengan bilangan tetamu tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. Kami diberi slot masa 12-1 tengahari. So by pukul 11:45 pagi kami dah bersiap untuk keluar.

Kemain makcik... kengkonon mirror selpi.

Bukan sahaja bilangan tetamu yang terhad, kami juga tidak dibenarkan makan minum secara berjamuan. Semua makanan dah siap dibungkus untuk tetamu bawa balik. Kami hanya datang sembang sepatah dua dan bergambar sahaja. Alhamdulillah masih terasa suasana meraikan pengantin baru walaupun dalam masa yang singkat. Sesungguhnya rakyat Kelantan yang saya kenal adalah sangat mematuhi undang-undang. Jadi moh ler kita memenuhi masa dengan bergambar sahaja... dan sentiasa pakai mask.

Selamat pengantin baru, Nabilah dan Hanif.



Dengan besan



Doorgifts

Selesai urusan kenduri kami ambik masa untuk berjumpa kenalan lama pulak. Kami bawa arah masing-masing. Hubby dengan geng sekolahnya dan saya pula dengan geng Gojezes (KB 84). Dah lama saya tidak bertemu mata dengan sahabat-sahabat ini. Kalau ada pun hanya hai-hai bye-bye dalam wassap group sahaja. Jadi bila ada peluang begini haruslah kita gunakan dengan sebaik mungkin. 

With Lia and Kam yang sentiasa ceria.

Hidangan penuh meja

Alhamdulillah pertemuan singkat tapi penuh bermakna. Lepas ni entah bila dapat bersua lagi. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam peliharaan Allah. Aamiin.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...