Friday, 31 May 2024

Cerita lelemak kolestrol (1) & Result Blood Test

Saya buat blood test pada hari Rabu. Keesokan harinya (Khamis) terus dapat panggilan telefon dari pihak klinik mengatakan result blood test saya dah ready. Oleh kerana saya agak sibuk maka saya tunda pengambilan keputusan hasil ujian darah ke hari Jumaat. So, usai menyediakan sarapan untuk hubby yang akan meeting online, saya terus ke klinik dan tiba di sana dalam pukul 9 pagi.

Dan sebagaimana agakan saya, bacaan lipid profile saya sangat tidak cantik. Semuanya failed. Kalau ikut keputusan peperiksaan tu dah macam budak yang tak ada masa depan.😌

“Kena start makan ubat dah ni. Takut lemak dah mendap kat jantung, takut tiba-tiba ada heart attack... bla...bla." Saya dengar je semua penerangan doktor. Oleh kerana saya dah buat pembacaan sendiri dari internet sebelum ini saya setuju sahaja dengan semua point yang doktor berikan.

Lipid profile.😭

Bila doktor cadangkan ambik vastatin, saya terus minta yang paling berkesan dan paling rendah side effect. Dari rumah lagi, hubby dah pesan, kalau kena ambik ubat, pilih yang paling elok dan semua kos ditanggung beres untuk isteri terchenta. Doktor bagi dua cadangan ubat, dan saya pilih yang original.

Pilihan 1.

Pilihan 2.

“Ubat ni kena ambik satu biji setiap malam sampai bila-bila. Bila ambik ubat ni tak boleh stop sesuka hati walaupun bacaan kolestrol dah normal… Lepas tu kena buat regular check-up dan follow up untuk tengok keberkesanan dan side effect kepada liver jika ada. Hanya boleh stop ubat bila bacaan kolestrol dibawah 2.” Panjang lebar doktor menerangkan.

So, pada hari Jumaat yang mulia ini kita mulakan pengambilan dos pertama dengan sebiji ubat Lipitor 20mg sebagai ikhtiar. Moga Allah mudahkan. Amiin.🌹

Cerita sebelum ini boleh baca di sini.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...