Wednesday, 15 May 2024

Repair awning (bocor) belakang rumah

Sekian lama saya dok perati kebocoran atap/awning belakang rumah ini. Saya baru sahaja ganti awning lebih setahun yang lepas. Dah dua kali saya upah orang datang repair kebocoran terutama di bahagian penyambung pada dinding. Tapi depa cuma letak silicon. Tahan sebulan dua, lepas tu bocor lagi. Lama-lama saya terpaksa tadah air bocor dengan baldi agar tidak membasahi lantai. 

“Ummi ni macam orang kampung duduk rumah bocor…” Memandai je anak-anak mengata saya. Takpe, kita sahut sebagai cabaran walau ada kebenarannya.

Masa open house jiran belakang rumah baru-baru ini ternampak pulak keadaan belakang rumah sendiri dari sudut pandang jiran belakang dapur. Baru perasan yang kawasan dinding belakang rumah ini memerlukan penambahbaikan.

Kita tumpang ngintai dari tingkap dapur jiran belakang.😅

Berbalik kepada atap bocor, bila kebocoran dah melampaui batas hingga terkena laluan wayar mesin basuh maka saya terpaksa buat major repair. Saya panggil orang untuk datang tengok dan buat sebutharga. Tak main la letak silikon, saya nak suruh depa letak roof flashing di sepanjang penyambung awning ke dinding. Penat pulak asyik nak kena panggil orang datang repair. Kalau tidak disebabkan rasa gayat boleh saja saya panjat dan repair sendiri. Bila harganya tidak lari jauh dari yang sepatutnya maka saya terus ambik slot. Dan kebetulan saya dah upah depa untuk betulkan masalah awning yang bocor tu, saya minta depa kikis dan cat semula kawasan dinding yang berkulat itu sekali.

Saya bayar deposit separuh harga dan depa datang seperti yang dijanjikan. Bila depa mula panjat bumbung, sibuk pulak makcik membebel supaya hati-hati takut bumbung tu retak, pecah dan runtuh.

"Tak da apa Kakak… ini bawah bumbung ada bisi... kuat.." Beriya-iya orang itu meyakinkan saya.

"Awak ada insuran ke... takut nanti accident, jatuh." Saya pulak yang susah hati. 

"Ada,ada,... Kakak jangan riso..."

Rupa asal kawasan sambungan awning ke dinding… dengan silikon pecah dan dinding berkulat.

Kemain bergaya berdiri atas bumbung, kita pulak yang risau takut jatuh. 

Depa mula kerja dalam pukul 10:00 pagi. Mula-mula depa gerudi sepanjang dinding penyambung awning setinggi 2 inci. Lepas tu depa letak sekeping aluminium flashing dan ketuk/paku ke dinding. 

Sapu debu simen.

Elok je siap letak flashing, hujan pun mula turun dan semakin lebat seakan nak test kejituan kerja-kerja baik pulih yang telah dibuat. Alhamdulillah tiada kebocoran dikesan. 

Siap pasang flashing, depa  kikis kulat-kulat pada dinding kemudian letak undercoat sebelum sambung mengecat esoknya. 

Esoknya depa datang sambung cat semula. Depa cat selapis dulu. Lepas tu biarkan kering selama dua jam kemudian cat lagi sekali. Nampak agak teliti. Depa guna cat jenis KCC untuk outdoor.

Base 1, KM30510009

“Saya cat tiga lapis, Kakak… satu undercoat, satu kali cat. Kasi kiring… lagi satu kali cat.” Beriya-iya dia bercerita supaya saya faham kenapa dia asyik naik turun naik turun, panjat bumbung.

Depa cat layer by layer.

Alhamdulillah semua kerja siap dalam masa dua hari. Kita tengoklah selama mana ianya boleh bertahan. Moga Allah mudahkan. Amiin.

Jumlah kos RM550.

{Cerita kebocoran awning lama boleh baca baca di sini}.

{Cerita ganti/tukar awning baru sebelum ini boleh baca di sini.}

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...