Friday, 16 November 2018

Atap bocor pulak.

Dah berkali-kali kau buat lagi, tolong tolong....

Dah kenapa asyik keluar lirik lagu tu kat dalam kepala saya. Semenjak musim hujan ni dah berkali-kali saya dok talipon cari orang nak betulkan bumbung bocor kat rumah ni. Satu kat kawasan sinki dapur, satu lagi kat bahagian porch kereta. Dan juga nak pasang gutter kat bumbung depan porch tu. Sejak musim hujan ni pagar kayu saya tu dah macam nak reput dek air hujan yang turun mencurah-curah. 

Minggu lepas saya ada call sorang contractor ni, tapi dia asyik postpone appointment je. Selepas seminggu baru dia datang untuk tengok-tengok apa yang perlu dibuat. Depa boleh betulkan atap bocor cuma tak boleh buat gutter sebab katanya susah nak pasang pada awning yang sedia ada tu. Cadang nak pasang gutter untuk semua bumbung tu pun katanya tak possible sebab saya dah letak awning keliling rumah, jadi susah depa nak pijak takut runtuh pulak. Tapi depa janji boleh cuba buat yang terbaik. Depa akan balik ke office dahulu untuk buat kiraan, lepas tu baru bagi quotation. Kita ni pun tunggu aje lah sambil redha je melihat air hujan yang meleleh masuk melalui atap bocor tu. Tunggu punya tunggu lepas seminggu tak ada khabar berita. Dan hujan pula sangatlah lebat dari hari ke hari.

Maka semalam saya call orang lain pulak. Alhamdulillah terus depa datang pagi tadi dan terus betulkan atap bocor tu. Nampak mudah sahaja kerjanya. Depa hanya letak silicon (macam gam warna hitam) pada setiap kepingan bumbung yang retak dan pada bahagian zink penyambung ke dinding. Lepas tu sapu cecair water proof, ala-ala cat warna kelabu.

Depa tambahkan silikon baru pada penyambung awning ke dinding tu.

Water proof katanya...

Sebenarnya kat bahagian dapur ni dah masuk kali ketiga saya panggil orang untuk baiki kebocoran. Tahan dalam setahun dua nanti dia bocor lagi, di kawasan yang sama juga. Saya pun dah lupa berapa harga yang saya bayar sebelum ini. Mungkin nak  kena buang semua bumbung yang ada dan ganti semua dengan yang baru. Paling best kalau dapat renovate buat dapur baru....😁

Tompok hitam kesan bocor

Biar apapun keadaannya, dapur ini adalah bilik kecik saya. Tempat saya memendam rasa jiwa dan raga serta apa jua yang bakal masuk ke dalam jasad ahli rumah ini. Maka bilik kecik ini adalah teritori saya dan hanya saya....


Untuk bumbung bahagian porch hadapan pun depa buat perkara yang sama. Tambah silikon dan sapu  bahan water proof. 


Saspen je tengok depa senang-senang je panjat bumbung.

Alhamdulillah semua proses selesai dalam masa dua jam. Kos RM300 termasuk upah dan beli barang. Untuk gutter nanti depa akan datang buat kemudian. Mudah-mudahan dengan adanya gutter nanti bolehlah mengurangkan kesan reputan pada pagar kayu saya. 


PS: Mudah-mudahan penahan kebocoran ini akan dapat bertahan untuk setahun dua lagi...

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...