Monday, 13 May 2024

Cuci hood dapur

Hood dapur ni dah lama menabur bakti dan sepatutnya dicuci regularly. Tapi regular saya berkadar terus dengan tahap kerajinan. Kalau rajin akan lebih kerap. Kalau datang penyakit M maka berbulan lah hood itu terbiar. Lepas subuh semalam, tiba-tiba datang kerajinan luar biasa. Maka makcik pun ambik tangga, panjat dan mula mengelap bahagian atas hood yang berminyak. Mungkin dah dapat balik kekuatan supaya tidak gayat selepas proses memasang langsir dua hari lepas. Dah alang-alang hendak mencuci, kita tanggalkan penapis enjin hood dan bekas minyak, tuang sabun dan sental segala minyak dan kerak kekat yang ada. 

Lepas dah tanggalkan penapis, nampak togel pulak enjin hood itu.

Kita cuci dulu dan sejat penapis biar kering.

Kita pasang semula. Siap.

Testing power suction dengan tisu. 

Alhamdulillah, sekejap sahaja nak selesaikan tugasan mudah ini. Yang penting, harus ada kudrat dan kerajinan. Dapatlah membakar beberapa peratus lelemak tepu sebelum kita teruskan dengan memasak nasi goreng untuk sarapan. Semoga hood itu kekal bersih dan setia berbakti kepada tuan yang telah menghampiri hujung usia ini. Amiin.

{Boleh baca cerita hood sebelum ini di sini.}

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...