Monday, 13 May 2024

Bilik kecik @Nilai

Selepas mengemaskini kawasan belakang dapur saya duduk berehat sambil scroll ipad dan terasa hendak mengemaskini blog. Terjumpa pulak catatan yang tergendala sejak tahun 2018. 

Cerita ini saya mula tulis pada 27 Februari 2018. Lepas tu tersimpan dalam draft hingga kini. Bermakna dah lebih 6 tahun menjadi rahsia hati. Bagi mengekalkan keaslian rasa hati pada masa itu maka saya sambung sahaja dengan catatan yang sedia ada.

*************

Sejak duduk Nilai terasa seakan memulakan fasa baru dalam kehidupan.

"Kita ni macam baru nak start up life je. Duduk berdua. Beli barang-barang rumah..... "

Sungguh, saya sendiri rasa macam baru mula-mula kawen dulu. Sama-sama mula kerja, sama-sama kumpul duit beli barang dan peralatan rumah. Rumah pertama kami sewa RM250 sebulan. Rumah kecik je. Dua bilik. Kosong. Duit simpanan cukup untuk bayar sewa dua bulan dan deposit api dan air, beli dapur gas dua mata cap butterfly, balang gas, peti sejuk, tilam dan bantal serta beberapa barang-barang kecil yang lain. Tiada set bilik tidur. Tiada kerusi sofa. Kami tidur atas tilam dan duduk atas tikar sahaja. Kami tak pernah minta duit ibu-bapa. Kami bermula dari bawah dan sangat berjimat cermat.


Ruang dapur… my main teritory

Peralatan untuk pemasangan rak ikea.

Done… siap susun barang-barang dapur.

Cadangan nak buat kitchen cabinet oleh anak no-3 yang bekerja sebagai arkitek.

Bilik jahit dan utility room.

*************

Semua gambar di atas saya ambik semasa awal-awal pindah ke Nilai enam tahun lepas. Konon nak simpan sebagai kenangan meniti fasa baru dalam kehidupan. Saya cuma sempat melalui fasa baru itu selama dua bulan sahaja sebelum melalui fasa yang lain pulak. Awal perancangan untuk menetap di Nilai tergendala bila anak bongsu saya berpindah masuk asrama. Akhirnya saya balik menetap di Ampang dan balik ke Nilai sekali-sekala sehingga kedatangan Covid-19. Akibat tidak boleh rentas sempadan, rumah di Nilai terbiar sepanjang fasa Covid. Bila masalah covid berakhir kami angkut semua barang (perabut dan lain-lain) ke rumah sewa anak ke-3 yang baru mendirikan rumah tangga dan tinggal di KL. Selepas beberapa ketika kami angkut semula barang-barang (perabut) kembali ke rumah Nilai bilamana anak ke-4 yang juga baru bernikah dan bekerja di Nilai akan tinggal di sana. Gamaknya kalau barang-barang (perabut) tersebut ada perasaan, mesti depa pening asyik berpindah ke sana ke mari. 

{Cerita tentang pindah barang rumah Nilai boleh baca di sini}.

Entah kenapa, sejak balik ke Ampang, setiap kali saya melalui jalan ke Nilai seakan ada perasan halus yang terpendam dalam hati, (kind of unfinished business) lebih-lebih lagi bila melalui jalan/laluan saya menghantar dan mengambil anak no-5 ke Sekolah Menengah Desa Chempaka sebelum ini. 

Kini rumah Nilai didiami dan dijaga oleh anak no-4. Mudah-mudahan mereka membawa aspirasi Ummi dan menjaga rumah kesayangan saya seperti harta sendiri. Moga Allah mudahkan. Amiin.🌹

Sekian. 😊

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...