Monday, 3 May 2021

Pindah barang rumah : Nilai-Ampang

Beberapa kali hubby dok sebut nak balik Kelantan, nak buat rumah pencen kat kampung katanya. Dan beberapa kali juga saya sokong, tak sokong, sokong, tak sokong cadangan or rather hajat nan satu itu. Banyak perkiraan pro and con yang bermain dalam kotak fikiran saya. Yang pasti kalau kami bermastautin di Kelantan bermakna akan berjauhan dengan anak-anak yang kebanyakanya akan settle down di KL. Dan saya lebih memerlukan kehadiran anak-anak untuk mengisi saat-saat akhir di usia emas ini. Of course sebagai isteri mithali saya akan sentiasa berada di sisi hubby walau di mana sahaja. Namun biarlah di sisi itu turut serta bersama anak-anak. Dan saya percaya last wish every mother di hujung usia adalah untuk sentiasa dekat dengan anak-cucu.

"Kita keep rumah Ampang as rumah famili... kita jual rumah Nilai dan beli rumah kat Kelantan." Nampak mudah benar perancangannya.

"Seminggu atau dua minggu sekali kita datang KL jenguk rumah..." Hmm... tiba-tiba datang covid, habis semua plan kena hold dulu. Tak boleh rentas negeri waima rentas daerah pun kena restrict. Dan sejak masalah Covid yang dah masuk tahun kedua ni baru sekali saya travel dari Ampang ke Nilai. Bila masalah covid semakin meningkat, travelling rentas negeri tidak lagi dibenarkan. Maka rumah Nilai pun seakan terbiar tanpa penghuni.

Awal tahun baru ni,  hubby dah putuskan niat untuk bersara awal. Dah siap hantar surat untuk bersara pada pertengahan tahun ini. Bermaka tiada lagi keperluan untuk kami tinggal di Nilai. Lagipun sekarang ini hubby banyak work from home di Ampang. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membawa balik semua perabot ke Ampang. Kebetulan pulak anak bujang yang dah tak bujang lagi tu dah plan untuk duduk rumah sendiri di Wangsa Maju, maka bolehlah kita hadiahkan sahaja mana-mana perabot yang ada. Jimat belanja depa laki-bini.

Oleh kerana masih dalam musim Covid, kami cari lori yang boleh angkat barang dan pindah rumah rentas negeri. Sebelum itu kami dah siap dapatkan surat kebenaran untuk rentas negeri dari balai polis terdekat. Alhamdulillah pihak polis memberi kerjasama yang sangat baik. Maka pada hari yang telah ditetapkan kami pun bergerak ke rumah Nilai setelah beberapa bulan tidak diziarahi dek sekatan PKP. Alhamdulillah rumah masih dalam keadaan baik walaupun agak berhabuk di sana sini.

Ruang tamu yang simple.

Katil ni sentiasa diselimutkan setiap kali saya balik ke Ampang.

Meja makan simple.

Midi fridge.

Katil anak dara yang kosong sejak tuan badan masuk asrama.


Peralatan dapur yang simple

Kawasan laundry

Sebelum mengemas saya dah siapkan semua master plan... bilik mana yang nak kena kosongkan dulu, barang mana nak kena balut, apa yang nak kena masukkan dalam kotak dan label, apa yang nak kena naik lori dan apa yang nak akan masuk dalam kereta saya... bla, bla, bla. Yang penting saya akan pastikan semua orang  mengikut arahan big boss. Sebabnya big boss inilah yang akan setelkan semua benda hingga ke small details. Orang lain hanya angkat dan campak sahaja. Kitalah yang nak kena hadap segala benda hingga ke titisan yang terakhir. Alhamdulillah semuanya berjalan according to plan.

Bilik anak dara..done.

Ruang tamu... done.

Master bedroom... done.

Dapur... siap.

Routenya adalah, lori akan bergerak dari Nilai terus ke Wangsa Maju, lepas tu baru ke Ampang. Oleh kerana barang-barang dan perabot agak banyak maka saya perlu agihkan yang mana perlu letak di Wangsa Maju dan yang mana nak bawa balik Ampang. Depa akan wrap/balut semua barang yang perlukan lebih sentuhan sebelum load masuk dalam lori bermula dengan barang-barang yang nak di bawa ke Ampang dahulu.


Sofa... siap.

Extra cautious dengan meja makan kaca.

Bila dah siap balut, depa pun mula loading dalam lori. Mulanya anak bujang tu order lori satu tan sahaja. Rupa-rupanya penuh mencecah sampai 4 ton. Alhamdulillah depa terbawa lori besar so saya cuma perlu adjust resit order yang asal. Depa buat kira-kira yang baru. Mak aih... kos mencecah RM1500 instead of harga asal RM300. Pada saya, boleh tahan jugak harganya tapi fikirkan kos pengangkutan pindah rumah dari Nilai ke Ampang enroute ke Wangsa Maju, rasa macam berbaloilah jugak. Lagipun masa tu musim PKP, semua orang dalam kesempitan, kalau depa overcharge pun saya anggap sedekah sahaja. Depa tambah extra kos plastik balut sebanyak RM100 dan saya tambah lagi duit kopi sebanyak RM50 tiap seorang. Mudah-mudahan ada doa-doa yang baik untuk kami sekeluarga.

Penuh.

Kosong.

Perjalanan dari Nilai ke Wangsa Maju mengambil masa lebih sejam (plus trafik jam). Lepas dah punggah semua barang yang perlu naik ke rumah Wangsa Maju, kami bergegas ke Ampang pula.


Nearly there.

Separuh perabot saya pindahkan/hadiahkan kepada pengantin baru hingga penuh rumah. Selebihnya saya bawa balik ke Ampang. Maka penuh bertambun-tambunlah segenap penjuru rumah. Saya ambik masa beberapa hari untuk clearkan segala apa yang ada. Sambil-sambil tu saya buat spring clean rumah Ampang. Clear dan buang apa yang patut. Nampaknya terpaksalah saya korbankan sedikit sifat pengasih dan penyayang selama ini.


Alhamdulillah segala proses kemas mengemas selesai dalam masa seminggu. Saya gunakan konsep 5S... Sisih > susun > sapu > seragam > sentiasa amal. Rupa-rupanya banyak barang-barang yang dah layak untuk disisihkan dan buang.

PS: Lepas ni nak kena buat lawatan ke dalam setor pulak.  

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...