Saturday, 1 May 2021

Menantu baru

Selepas beberapa kali majlis tertunda akhirnya kami nekad meneruskan majlis apabila suasana Covid-19 sudah mula terkawal. Maka pada 28hb Februari 2021 secara rasminya anak bujangku bergelar suami kepada surihati setelah bercintan-cintun sejak dari tingkatan dua katanya. 

Bagi menjayakan majlis, first thing first haruslah nak kena sediakan hantaran berupa wang tunai, duit mas kahwin dan hadiah barang-barang yang sesuai. Untuk wang hantaran kami terus bank-in sahaja dengan jumlah yang telah dipersetujui. Manakala duit mas kahwin saya cuma susun dalam bingkai gambar yang sesuai. Sebelum itu saya dah siap belikan gelang emas sebagai hadiah untuk menantu.

Duit mas kahwin dan bekas gelang... siap

Set dulang mas kahwin dan gelang.

Tambah lima dulang/bekas hantaran misteri. 

Awalnya saya berangan untuk menjadikan tema Melayu dengan batik dan songket sebagai tema nikah. Tapi disebabkan musim covid yang membataskan pergerakan untuk membuat persiapan maka kami terpaksa berpada dengan apa yang ada sahaja. Buat yang ringkas-ringkas sahaja. Akhirnya kami memilih tema hantaran warna gold sementara pihak pengantin perempuan memilih tema warna silver. Untuk baju keluarga kami pilih songket. 


Majlis nikah di rumah pihak perempuan akan bermula pada pukul 10.00 pagi. Oleh kerana jaraknya hanya sepelaung sahaja maka sempatlah kami berfoto-foto dahulu sebelum memulakan perjalanan. 

Saat-saat terakhir sebelum menjadi suami orang.

Lepas ni tinggal bujang sorang

One with all the heroes in the house.

Full house.

Usai bergambar kenang-kenangan kami memulakan perjalanan ke rumah pengantin perempuan dengan lafaz Bismillah. Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Walaupun dengan SOP yang ketat kemeriahan sambutan tetap terasa. Akad nikah dijalankan oleh bapa pengantin perempuan dengan Imam masjid yang hadir secara online sahaja. Seperti biasa kalau dah buat online akan ada hick-up di sana sini. Walaubagaimanapun semua masalah teknikal dapat diselesaikan dalam kadar segera. Sempat la bagi masa untuk pengantin lelaki menghafal perkara-perkara yang perlu sebelum tangannya digenggam. Antara soalan yang ditanya oleh Imam
  • Nyatakan nilai wang hantaran
  • Tunjukkan duit mas kahwin berserta hadiah
  • Sebutkan rukun Iman dan Islam
  • Lafaz Syahadah
  • Lafaz Selawat ke atas Nabi
Rasanya ada lagi soalan-soalan lain, tapi saya dah lupa.

Live online... dengan Tok Imam masjid.

Alhamdulillah, selamat bergelar suami dengan sekali lafaz.

Selesai akad nikah sesi berfoto-foto pun bersambung semula.

Welcoming the new member of  Umi's girls.










PS: Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...