Wednesday, 28 April 2021

Happy Birthday to me...

Menginjak usia emas ini, setiap kali tiba tarikh 6hb Januari saya sentiasa rasa bersyukur kerana masih dipanjangkan usia.  Yang paling penting kehadiran anak-anak yang sentiasa menceriakan. Tahun ini 6hb Januari jatuh pada hari Rabu. Tiba-tiba sahaja semua orang pakat balik rumah. Rupa-rupanya depa pakat buat surprise nak sambut birthday Ummi. Oleh kerana hubby masih kat tempat kerja maka kita hold dulu acara potong kek.

Dah tua sangat dah ni.

Sementara tunggu hubby balik kita teruskan dengan program surprise mereka. Elok pulak puteri sulong tu buat tempahan kat spa nak suruh Ummi buat massage. Kesian Ummi penat sakit urat katanya. Maka kita layankan sahaja.

Awal-awal tu cuak jugak sebab masih dalam musim covid. Hubby pulak pantang kalau ada apa-apa yang melibatkan sentuhan dengan orang luar. Tapi kita tawakkal sahaja. Lagipun masa tu masalah covid masih dalam kawalan. Melangkah masuk dalam spa tu macam-macam doa tolak bala yang saya baca. Mudah-mudahan tiada apa serius akan terjadi. Depa follow SOP yang ketat so lega sikit perasaan saya. Sambil diurut sambil bersembang. Saya pulak yang terlebih peramah tanya itu ini. Urutan satu badan katanya, tapi ringan je sebab tukang urutnya pun sangat berlemah lembut. Usia baru awal 20an dan baru graduate dari Kolej Geomatika bahagian kecantikan/massage.

Minyak aromaterapi berasaskan minyak kelapa.

Dapat la rilekskan badan selama sejam.

Tetiba rasa muda balik.

Dah siap berurut, teruskan aktiviti jenjalan cuci mata kat kedai emas pulak. Saja buang tebiat tengok apa-apa yang berkenan. Sejak muda saya memang tak pernah membiasakan diri pergi kedai emas. Tapi sejak anak-anak saya dah berumahtangga pandai pulak depa bawa diri ke kedai emas. Dan seperti biasa saya tidak perlu menambah koleksi... hubby patut rasa beruntung dapat isteri mithali.

Memang belum ada yang berkenan.

Banyak pilihan... lain kali kita datang pilih lagi.

Budak-budak kenit ni yang paling seronok bila ramai-ramai ada kat rumah.

Semoga mereka juga membesar bagai juara.

Happy birthday to me.

Surprise from anak ke2, all the way from Temerloh.

My all time favourite...

Kata orang, semakin bertambah usia semakin pendek jalan ke sana... semoga saya sempat mempersiapkan diri dan dapat meningkatkan bekalan ke sana dalam usia yang berbaki ini. Moga Allah mudahkan.

PS: Event bulan Januari, dah nak habis bulan April baru boleh buat posting. Sibuk amenda pun tak tahulah...

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...