Showing posts with label Feelings. Show all posts
Showing posts with label Feelings. Show all posts

Monday, 13 May 2024

Bilik kecik @Nilai

Selepas mengemaskini kawasan belakang dapur saya duduk berehat sambil scroll ipad dan terasa hendak mengemaskini blog. Terjumpa pulak catatan yang tergendala sejak tahun 2018. 

Cerita ini saya mula tulis pada 27 Februari 2018. Lepas tu tersimpan dalam draft hingga kini. Bermakna dah lebih 6 tahun menjadi rahsia hati. Bagi mengekalkan keaslian rasa hati pada masa itu maka saya sambung sahaja dengan catatan yang sedia ada.

*************

Sejak duduk Nilai terasa seakan memulakan fasa baru dalam kehidupan.

"Kita ni macam baru nak start up life je. Duduk berdua. Beli barang-barang rumah..... "

Sungguh, saya sendiri rasa macam baru mula-mula kawen dulu. Sama-sama mula kerja, sama-sama kumpul duit beli barang dan peralatan rumah. Rumah pertama kami sewa RM250 sebulan. Rumah kecik je. Dua bilik. Kosong. Duit simpanan cukup untuk bayar sewa dua bulan dan deposit api dan air, beli dapur gas dua mata cap butterfly, balang gas, peti sejuk, tilam dan bantal serta beberapa barang-barang kecil yang lain. Tiada set bilik tidur. Tiada kerusi sofa. Kami tidur atas tilam dan duduk atas tikar sahaja. Kami tak pernah minta duit ibu-bapa. Kami bermula dari bawah dan sangat berjimat cermat.


Ruang dapur… my main teritory

Peralatan untuk pemasangan rak ikea.

Done… siap susun barang-barang dapur.

Cadangan nak buat kitchen cabinet oleh anak no-3 yang bekerja sebagai arkitek.

Bilik jahit dan utility room.

*************

Semua gambar di atas saya ambik semasa awal-awal pindah ke Nilai enam tahun lepas. Konon nak simpan sebagai kenangan meniti fasa baru dalam kehidupan. Saya cuma sempat melalui fasa baru itu selama dua bulan sahaja sebelum melalui fasa yang lain pulak. Awal perancangan untuk menetap di Nilai tergendala bila anak bongsu saya berpindah masuk asrama. Akhirnya saya balik menetap di Ampang dan balik ke Nilai sekali-sekala sehingga kedatangan Covid-19. Akibat tidak boleh rentas sempadan, rumah di Nilai terbiar sepanjang fasa Covid. Bila masalah covid berakhir kami angkut semua barang (perabut dan lain-lain) ke rumah sewa anak ke-3 yang baru mendirikan rumah tangga dan tinggal di KL. Selepas beberapa ketika kami angkut semula barang-barang (perabut) kembali ke rumah Nilai bilamana anak ke-4 yang juga baru bernikah dan bekerja di Nilai akan tinggal di sana. Gamaknya kalau barang-barang (perabut) tersebut ada perasaan, mesti depa pening asyik berpindah ke sana ke mari. 

{Cerita tentang pindah barang rumah Nilai boleh baca di sini}.

Entah kenapa, sejak balik ke Ampang, setiap kali saya melalui jalan ke Nilai seakan ada perasan halus yang terpendam dalam hati, (kind of unfinished business) lebih-lebih lagi bila melalui jalan/laluan saya menghantar dan mengambil anak no-5 ke Sekolah Menengah Desa Chempaka sebelum ini. 

Kini rumah Nilai didiami dan dijaga oleh anak no-4. Mudah-mudahan mereka membawa aspirasi Ummi dan menjaga rumah kesayangan saya seperti harta sendiri. Moga Allah mudahkan. Amiin.🌹

Sekian. 😊

Wednesday, 18 May 2022

Mother's Day 2022: Bunga untuk Ummi dan santai @Chef Wan

 Ahad, 8 Mei 2022

"Surprise.... selamat hari ibu Ummi…” pandai budak-budak ni buat surprise untuk Ummi depa yang terchenta ini. Patut la Nina beriya ajak saya keluar jenjalan, rupa-rupanya ada orang nak deliver jambangan bunga sempena hari ibu masa saya tak ada kat rumah. 

Alhamdulillah, it was a surprise. Tanjat mak... Thank you everybody.🤩





The girls... missing puteri sulong and the princesses.💝

Selasa, 10 Mei 2022

"Jom beli barang rumah.." semangat pulak hubby ajak keluar, siap buat plan perjalanan... sarapan kat Starbuck, shopping barang dapur kat Jaya Grocer, lepas tu lunch kat restoran Chef Wan, KL East.

"Saja nak belanja makan sempena hari ibu..." Bab makan saya tak pernah tolak. Orang nak belanja kita layankan sahaja. Padahal sentiasa je hubby belanja makan tanpa mengira apa-apa occasion.


Nice menu.

Lepak naik buai jap sementara hubby buat bayaran.

Dah lama hubby berhajat nak makan-makan kat restoran Chef Wan ni tapi kalau datang masa weekend asyik fully booked. Lagipun saya tak minat sangat nak bersesak-sesak dengan ramai orang. Masih lagi cuak dengan cik kobid. So kami cuba during weekdays. Alhamdulillah, suasananya agak meyakinkan.

Pineapple asam boi, RM18... 6/10

Laksa Johor, RM32...6/10

Suasana tenang dan cantik 9/10

Alhamdulillah dah masuk 30 tahun saya dianugerahi title seorang ibu kepada lima orang anak sebagai ladang pahala untuk akhirat nanti. 

"Ummi garang..." Sungguh, saya akui komen jujur dari anak-anak ini. Saya memang garang terutama bila dalam keadaan stress mengurus rumah tangga ditambah dengan kekangan masa dan tenaga. Sentiasa sahaja saya menjalankan tanggungjawab dalam keadaan terpaksa dek kepenatan melampau. 

Saya tak pasti samada saya sudah memenuhi tanggungjawab sebagai ibu yang sebenarnya. Yang pasti bila anak-anak dah besar dan mula meninggalkan rumah saya punyai banyak masa untuk refleksi diri... banyak perkara yang saya terlepas pandang semasa menjadi ibu muda dulu-dulu. Andai bisa diputarkan masa, sungguh saya ingin kembali menjadi ibu yang lebih baik. Semoga anak-anak memaafkan kekhilafan saya. 

Tq google.

Semoga anak-anak saya dapat menyambung legasi menjadi ibu-bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka pula. Moga Allah bantu selamanya.

Tuesday, 30 November 2021

Being free

Kata orang, bila dah mencapai umur senja dengan sendirinya kita hanya nak duduk tenang-tenang dan menghindari suasana tegang. Maka dengan itu moleklah kita banyakkan berfikir dalam diam dan maafkan semua orang.

Thank you google.

Moga Allah bantu selamanya.🌹

Friday, 10 September 2021

Courage

Sesekali kita perlukan kekuatan dalaman. 

Thank you google.💖

Moga kita sentiasa kuat...🌹

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu.  ...