Showing posts with label Makcik Pencen. Show all posts
Showing posts with label Makcik Pencen. Show all posts

Monday, 8 September 2025

Lunch Ike Bekok @ Jeliro Sengoti

Sepatutnya hari Sabtu baru-baru ini hubby nak surprise anak sulong yang ada event di The Campus, Ampang. Konon-konon nak datang terjah tanpa perancangan. Tapi bila kami sampai sana tempat parking semua penuh. Jenuh pusing satu tapak parking pun tak ada. So kami decide untuk singgah makan tengahari di warung Jeligho Sengoti. Dah lama mengidam nak makan nasi panas dengan ike bekok (ikan gelama yang tak berapa kering). Alhamdulillah ada parking tepi hiway MRR2.  So kita makan dengan senang hati kerana orang pun tak ramai sebab dah melepasi waktu puncak makan tengahari.

Hubby ambik set hidangan dengan ikan singgang dan set ulam budu.


Alhamdulillah setel makan tengahari untuk dua orang makcik pakcik pencen. Menu sihat tanpa lemak. Mudah-mudahan kekal sihat hingga ke akhirnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Saturday, 9 August 2025

Jalan-jalan @ Kraftangan Malaysia.

Semalam kami ke Pusat Kraftangan (Karyaneka) KL. Kami gerak lepas solat Jumaat, dalam pukul 3 petang dan tiba di sana dalam pukul 3:30 petang. Kebetulan Karyaneka itu terletak di sebelah hotel Royal Chulan, so kami parking kereta di basement hotel dan berjalan kaki ke pusat jualan Karyaneka. Cantik kawasannya. Makcik pun tetiba nak berlagak macam tourist. Bukan selalu dapat menikmati keindahan di tempat sendiri.

Pusat jualan batik.

Kita cuba mana yang berkenan.

Alat tenunan songket.



Bakul dan raga hiasan... makcik pejam mata bila tengok harga.


Clutch songket... kita mampu tengok sahaja.

The best scene... rasa macam nak duduk lama-lama sambil memutar kenangan budak kampung.



Sebelum balik kita tumpang duduk di lobi hotel. Dah alang-alang bayar parking RM12 sejam kita optimumkan masa sambil menikmati ketenangan dalam hotel.

Kawasan lobi hotel yang luas.

By pukul 5 petang kami dah tiba di rumah semula bersama tiga helai baju batik hubby.  Short and sweet, kata orang kampung saya. Semoga Allah mudahkan urusan kita seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Wednesday, 16 April 2025

Tadarus Ramadhan 1446H

Setelah sekian lama baru kali ini saya berpeluang untuk menghadirkan diri dalam kumpulan tadarus di Masjid berdekatan. Katanya program tadarus ini telah berlangsung sejak tiga tahun lepas, bermakna pada tahun ketiga beroperasi baru Allah lapangkan masa dan ruang untuk saya turut serta. Alhamdulillah kebanyakan ahli adalah orang-orang pencen. So bolehlah makcik luaskan capaian sahabat dengan geng setaman.

Kumpulan Tadarus no-7.

Kami mulakan bacaan sebelum Ramadhan lagi dan meneruskan bacaan dalam bulan Ramadhan setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Alhamdulillah semua bersetuju untuk habiskan bacaan sebelum saya bertolak ke Tokyo pada hari Ahad, 16hb Mac 2025. So pada hari Jumaat yang mulia, kami semua memakai baju sedondon sambil mengabdikan kenangan atas kejayaan khatam al-Quran bagi Ramadhan tahun ini.


Special post.

Jiran setaman.


Bersama ketua kumpulan.

Sebenarnya pihak Masjid mengadakan majlis khatam perdana pada minggu terakhir Ramadhan. Tapi memandangkan saya berada nun jauh di negeri matahari terbit maka tidak dapatlah saya turut serta dalam majlis yang penuh barokah itu. Namun tetaplah ahli kumpulan tolong simpankan segala cenderahati pemberian ahli kumpulan hingga saya balik ke tanah air. 

Cenderahati pemberian ahli kumpulan.

Untuk majlis Khatam Perdana, depa buat majlis khatam untuk muslimat sahaja pada sebelah pagi manakala untuk lelaki depa buat pada sebelah petang dan disambung dengan majlis berbuka. Walaupun jauh tetaplah kita berpeluang mengikuti majlis melalui video dan gambar-gambar yang dikongsi dalam group wassap. 

Majlis Khatam Muslimat disebelah pagi.

Majlis Khatam Perdana disebelah petang.

Terima kasih semua. Semoga kita sempat bertemu dengan Ramadhan lagi dan mudah-mudahan semua bacaan kita menjadi penerang di dalam kubur nanti. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 15 April 2025

Biryani Gam @Wangsa Walk

Sejak dua menjak ni hubby rajin mengajak saya ke Wangsa Walk. Port baru katanya. Dulu-dulu memang kami selalu bawa anak-anak ke sini tapi terhenti sejak adanya Melawati Mall dan KL East. Lagipun anak-anak semua dah besar dan terbang, maka keperluan untuk family outing mula berkurang. Sekarang ini kami hanya keluar berdua ke mana-mana kedai kopi sambil lepak buat kerja.

Baru-baru ini kita singgah makan di JM Biryani. Sedap masakannya, masih seperti dahulu.

Makcik Pakcik duduk berehat lepas penat berjalan.

Selamat hari raya... 

Kita booking meja untuk dua orang.

Biryani ayam merah for makcik.


Dessert... penambah gula.

One for the memory.

Alhamdulillah... done aktiviti makan-makan yang sentiasa on schedule. Lepas ni nak kena gandakan aktiviti memecahkan lelemak yang dah menepu dalam badan pulak. Moga Allah mudahkan.🌹

Sekian. 😊 

Sunday, 6 October 2024

Menu simple sepanjang hari (hujan)

Semalam seharian hujan turun sejak pagi membawa ke petang. Sekejap lebat, sekejap reda, sekejap guruh dan sekejap lebat semula. Maka banyaklah perancangan outdoor yang terpaksa ditunda. Dan seperti biasa bila duduk dalam rumah, aktiviti makan-makan akan bertambah. Asalnya nak keluar sarapan berdua-duaan tapi bila keadaan tak mengizinkan maka kita proseslah apa yang ada di dapur. Bukak kabinet stor makanan, bukak peti ais maka terhasil mihun goreng simple untuk sarapan dua orang makcik & pakcik pencen.

Baki mihun…dah tinggal separuh baru teringat nak ambik gambar.

Asalnya nak keluar lunch bagi menggantikan sarapan di luar yang tertunda tadi… tapi masih jugak ada halangan maka makcik ulang balik kreativiti pagi tadi. Kita masak menu simple sahaja sambil meneruskan kerja-kerja rumah yang tak pernah selesai.

Sayur bayam tumis air.

Bakar ikan atas kuali.

Ikan bakar simple is done.

Ayuh lah kita menjamu selera laki-bini.

Asalnya nak keluar dinner, tapi tetaplah di tunda juga dek hujan yang tiada harapan untuk reda. Maka kita teruskan dengan menu simple yang lain pulak. Kali ini saya hanya buat sandwic roti dengan tuna dan megi kari. Alhamdulillah semua dah selamat masuk perut sebelum sempat nak ambik gambar. 

Apa-apa pun tetaplah kita bersyukur dengan segala rezeki yang Allah kurniakan. Paling penting adalah nikmat kesihatan dan selera makan yang tidak memilih apa sahaja yang terhidang di depan mata. Semoga Allah kekalkan kesihatan hingga ke akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Saturday, 3 August 2024

Buaian di Halaman

Dah nak masuk tiga tahun usia buaian di rumah ini. Sebenarnya ia adalah hadiah daripada anak-anak yang sentiasa memenuhi impian ummi depa nan seorang ini. Depa berpakat adik beradik belikan buaian yang movable untuk ummi duduk berehat bila perlu. Anak no-2 order secara online dan bungkusan gedabak tiba di rumah pada pukul 11:30 pagi, 23hb September 2021. By pukul 12:00 tengahari anak no-4 dah siap pasangkan sebuah buaian untuk seorang Ummi. Mudah sangat cara pemasangannya, zup-zap, zup-zap, pasang skru, siap. Awalnya saya letak dalam rumah kengkonon nak berbuai sambil tengok TV. Tapi nampak semak pulak, so anak no-4 tolong usung letakkan di luar rumah. Setiap pagi saya akan berebut dengan kucing liar yang tumpang berteduh dan membuat singgahsana di atas buaian saya. Banyak kali jugak depa meninggalkan bahan-bahan (buangan) yang tidak diingini di atas lapik buaian, tapi tetaplah kita bersabar dengan dugaan yang tidak seberapa ini. Dan beberapa kali jugak buaian ini berpindah tempat. Awalnya saya letak di porch tepi, kemudian alih ke porch hadapan, dan kini pindah semula ke porch tepi.

Sebelum ini saya pernah berangan nak buat buaian ala-ala hammock di bawah pohon mangga tepi rumah untuk berehat dihari tua. Namun hammock entah ke mana, pokok mangga pun saya dah tebang. Dan sekarang ini saya hanya berpuas hati dapat berehat di atas buaian sambil menikmati keindahan alam di celah pepohon di halaman rindu tepi rumah ini.

Penyejuk mata.

Sekarang ini saya punya banyak masa untuk mencari ketenangan meniti hari tua. Dan buaian ini menjadi antara tempat paling selesa untuk saya melepaskan lelah di petang hari selepas membelai pokok-pokok di laman. (Saya dah kurang turun ke laman pada waktu pagi dek kerana halaman rumah ini berhadapan dengan tadika yang beroperasi selepas musim Covid baru-baru ini. Suasana pagi yang sibuk dengan kereta ibu-bapa yang parking bergilir-gilir di hadapan rumah saya ketika menghantar anak-anak ke tadika agak merimaskan. So kita tukar masa membelai pokok ke sebelah petang pulak. Untuk sesi pagi saya hanya turun ke laman pada hujung minggu atau waktu cuti sekolah. Begitulah hidup berjiran, ada masa kita harus redha dengan keadaan, maka kita mengalah sahaja dan letak tepi kenikmatan berpagi-pagi di halaman. Apa-apa pun semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah hendaknya. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Monday, 22 July 2024

Me-time: Mengemas & Massage

Bila mengemas rumah, saya suka buat sorang-sorang. Masa inilah saya punya real me-time. Saya akan enjoy buat kerja-kerja alih perabot, kemas wardrobe sambil sisih baju-baju yang sudah tidak digunakan, kemas kabinet, lap perabut, sapu sawang, lap kipas etc, etc.

Kebetulan baru-baru ini hubby outstation selama dua hari maka rumah ini saya yang punya. Maka bergumbira-rialah makcik menyusun alih segala perabut di hallway tingkat atas untuk dijadikan study area. Dah lama hubby dok sebut nak buat study area, so kita realisasikan impian nan satu itu dalam limit kudrat makcik pencen. Saya mulakan tugas sebaik sahaja hubby keluar rumah pada pukul 8.15 pagi. Kita sinsing lengan alih sofa, angkat kabinet, alih rak buku, vacuum karpet, sapu sampah dan mop lantai. Lepas tu susun semula segala perabot agar study area itu dapat berfungsi dengan baik.

Alhamdulillah semua kerja berjalan dengan lancar dalam my own sweet time. By pukul 6:00 petang saya dah boleh sambung kerja mengalih dan menyusun pasu-pasu di laman pula. Sempat cabut rumput dan siram pokok sebelum matahari menghilang dari langit.

Makan? Saya cuma masak nasi dan buat daging goreng kunyit campur brokoli, kacang buncis, cili merah dan bawang besar. Cukuplah buat makan tengahari dan makan malam seorang makcik. Sambil itu kita selang-seli dengan kudapan roti dan kekacang untuk tenaga sepanjang operasi. 

Esoknya, puteri sulong saya ajak keluar (dating) pergi lunch kemudian manjakan diri dengan urutan Thai di Ampang. Boleh tahan susah juga nak dapatkan parking. Dua tiga kali pusing area Ampang Point baru jumpa yang kosong. Kami singgah lunch di Nippon Sushi, Ampang.

Apa nama ntah.

Never ending.. borak-borak girls talk.

Gambar hiasan dalam kedai. Kita berangan depan gambar dulu.

Usai makan kami berjalan kaki ke HealthLand Family Wellness Centre, nak belanja ummi buat full body Thai massage katanya. Sebelum ini anakanda dah pernah belanja saya buat massage di spa biasa. Depa buat urutan Melayu, gosok-gosok manja sahaja selama tak sampai satu jam. Cukup la untuk relax. 

Namun kali ini sungguh berbeza. Dah macam nak cari gaduh. Tukang urut tu memang original orang Siam. Memang guna teknik urutan Siam asli, siap pakai siku, lutut, tapak kaki dan penumbuk. Memang badan rasa lunyai macam kena uli especially kat bahagian belakang. Paling sakit bila dia buat ala-ala circulation daripada tulang belakang, naik ke bahu, turun balik hingga ke bontot. Saya siap kira berapa kali circulation dia nak buat. Ada yang 5 kali dan ada yang 10 kali in one go. Dan semua itu dia buat berkali-kali. Tiap kali dia mula buat circulation itu, tiap kali juga saya akan kira, satu dua tiga... ya Allah cepat la siap. Selang beberapa ketika dia ulang balik proses buat circulation itu. Dia macam nak cungkil/tuil keluar sesuatu dari dalam tulang belakang dan bahu saya. Tapi paling best bila dia buat circulation pada bahagian belikat... sungguh melegakan sebab saya memang ada masalah sakit belikat. Bila dia tekan, korek dan tonyoh dengan siku memang sakit tapi sakit yang melegakan. Tapi jenuh jugak la nak mengadap ordeal selama dua jam itu.

Lega... after the ordeal.😁

Balik rumah baru saya sibuk cari info tentang Thai massage. Siap tengok youtube lagi. Sumpah, seram. Kalau saya tahu dari awal begitu gaya urutannya memang tak maunya makcik nak serah diri untuk diuli hingga lunyai. Namun, katanya Thai massage ni boleh reduce stress, increase blood circulation, improve muscle flexibility and ease back pain. Kalau buat full body massage, depa akan guna teknik deep tissue pressure, muscle and join stretching and gentle manipulation of the body. Patut la dia tonyoh, uli guna lutut, siku, penumbuk, kaki dan segala power yang dia ada. Rupa-rupanya nak dia cari sesuatu dalam urat saraf saya sampai ke deep tissue. Ada beberapa kawasan belakang saya agak sore tapi rasa lega bila mandi air panas. Tiada kesan merah atau lebam cuma rasa tidak selesa bila baring, so saya hanya mengiring ke kanan dan kiri sahaja semasa tidur. Hari kedua, masih terasa sakit kesan urutan tapi makin berkurang by malam. Mudah-mudahan kembali sihat dan tiada kesan sampingan yang tidak diingini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Amiin.🌹

Sekian. 😊

Wednesday, 19 June 2024

Pondok Gazebo sempena Aidil Adha 2024

Sejak pemasangan pondok gazebo lebih tiga tahun lepas, ianya seakan terbiar begitu sahaja. Walaupun sebelum keberadaannya di rumah ini, saya selalu berangan-angan bulan bintang, tapi bila dah tersedia depan mata, minat untuk duduk-duduk bersantai terbang entah ke mana. Saya hanya sempat pasang bidai keliling pondok gazebo dan basuh lantai sekali sekala. Selebihnya hanya menjadi tempat tidur dan lepak kucing-kucing liar yang datang bertandang. (Mudah-mudahan ada pahalaku di situ).

Sejurus siap pemasangan pada 3 tahun lepas. Semuanya nampak berkilat.

Kini setelah saya mula berjinak-jinak semula dengan keindahan di halamana rindu laman sendiri, maka saya mula memberi perhatian kepada pondok gazebo yang seakan terbiar ini. 

Saya kemaskan bidai, sapu sawang, lap tiang/dinding dan basuh lantai tempat duduk.

Nafas baru. Jiran belakang rumah pun dah siap renovate rumah mereka.

Saya tebang dua pokok besar belakang gazebo itu supaya keadaan lebih terang. Saya letak beberapa hiasan yang perlu dan sediakan tikar untuk duduk-duduk santai bila cuaca teduh petang-petang. 

Dan sempena Aidil Adha tahun 1445H ini anak no-4 pasangkan lampu lip-lap lip-lap di sekeliling pondok gazebo ini. Maka berbunga-bungalah hati makcik bergambar dengan keluarga di malam raya. Walau muka sembab dan berminyak dek kalut menyiapkan juadah raya tidak menjadi halangan makcik mengabdikan kenangan.

Kita rasmikan lampu liplap liplap dimalam Aidil Adha.

Smol famili... missing anak sulong (sekeluarga) dan anak bongsu.

Alhamdulillah, keadaan tenang-tenang sahaja dimalam raya. Semoga Allah kurniakan ketenangan ini hingga akhir hayat. Amiin.🌹

Cerita sebelum ini boleh baca di sini.

Sekian.😊

Friday, 14 June 2024

Setelkan Bank Islam Go

Beberapa kali saya mencuba untuk mendaftar apps Bank Islam Go tanpa jaya, maka hari ini saya singgah di Bank Islam untuk menyelesaikan masalah. Kebetulan hari ini saya menemani hubby buat kerja di Melawati Mall, so sementara hubby buat kerja saya menapak ke Bank Islam yang terletak di bangunan bersebelahan sahaja.

"Kita kena update detail akak ni. Masih guna IC lama, sebab tu tak boleh sync. Akak isi borang ni. Lepas tu boleh terus ke kaunter 7." Adik cashier di kaunter 1 menerangkan dengan ramah.

Bila disemak semula  rupa-rupanya Bank Islam masih mengekalkan data lama semasa saya awal-awal bukak akaun bank dahulu. Sebab itulah setiap kali saya nak login, asyik keluar statement 'invalid credential'. Depa masih gunakan nombor IC saya yang lama dan alamat rumah lama lebih 20 tahun lepas. Kelakar pulak. Dah berapa kali pindah rumah dah. Walaupun saya sentiasa update alamat pada kad pengenalan tapi alamat bank masih kekal yang zaman tok kaduk. Alhamdulillah, lepas depa dah update semua dan approved, immediately saya dah boleh register apps Bank Islam Go. Lepas tu kena tunggu 24 jam baru boleh activate dan buat urusan.

Usai urusan di bank, saya menapak balik semula ke MM. Pekena segelas air sejuk sambil terus menemani hubby yang khusyuk menyiapkan kerjanya.

3 layer tea as always.

Apa-apa pun, urusan pertama adalah membayar zakat secara online. Dah selesai urusan wajib barulah senang hati nak buat urusan sampingan. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rezeki yang barokah. Amiin.🌹

Sekian.😊

Teman Hubby Buat Health Check (sepatutnya)

Pada hari Khamis, 8hb Oktober 2026 , yang lepas saya buat appoinment untuk follow-up health check hubby. Rupa-rupanya dah setahun hubby miss...