Showing posts with label Santai hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label Santai hujung minggu. Show all posts

Monday, 10 August 2026

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nasi berlauk malam rasa Ori Kelantan. Malangnya tidak ditemui, so kami lajak ke Kilang Kitchen di Setapak. Alhamdulillah dapat parking lot yang strategik.

Ada pelbagai stall yang menarik. Tapi menunya mungkin sesuai untuk orang muda. Lagipun tempatnya terletak bersebelahan dengan pusat gym, futsal dan badminton. Makcik-pakcik pencen ni nak cari menu makanan yang sesuai untuk perut senior citizen. So kami order char kuetiau. 

Sepatutnya ambik kuetiau kerang je. Tapi silap gi order kuetiau special. Jenuh pulak makcik nak kopek kulit udang.

Tambah sate (Gerobok Satay) for extra protein.


One for the memory.

Kilang Kitchen by Maghrib.

Alhamdulillah done lepak santai untuk dua orang makcik-pakcik pencen. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Sunday, 5 July 2026

Lamanku VS Taman Tasik KLCC & Berjogging

Hari ini hari Ahad. Pepagi lagi saya turun ke laman. Sejak minggu lepas tadika depan rumah saya ni dah stop operasi, jadi agak selesa untuk berpagi-pagi di halaman. Sebelum ini segan jugak nak tayang muka bila ada motor dan kereta ibu-bapa yang menghantar anak-anak parking depan pagar rumah. Saya tak pasti kenapa mereka dah berhenti beroperasi... mungkin berpindah ke tempat baru.

Apa-apa pun, kita nikmati ketenangan di halaman rindu ini sebelum keluar berjogging.

Kemboja yang semakin besar.

Pokok sepit udang dan mahkota berduri yang sentiasa berbunga.

Tak tau nama apa, saya pindahkan dari pasu dua bulan yang lepas supaya lebih segar.

Pangkal pokok kemboja yang memerlukan nafas baru. Nanti-nantilah kita mulakan operasi.

Spesis pokok bunga melur katanya. Baru tanam dua bulan lepas. Bunganya berbau vanilla.

Saya dan hubby keluar berjogging di Taman Tasik KLCC. Dapatlah buat dua pusingan. Hubby je yang jogging. Saya seperti biasa hanya berlenggang-kangkung atau dalam bahasa orang kampung saya, depa panggil briskwalking. Itupun dah berpeluh hingga ke kaki. Sambil itu saya stop di kawasan rehat untuk buat stretching khas untuk makcik-makcik. Ala-ala squart tapi kita duduk atas bangku/pangkin. Alhamdulillah dapat buat 30x duduk bangun, duduk bangun. Mudah-mudahan takde sakit betis atau sakit urat saraf nanti. 😁

Hubby memulakan langkah.

Mercu KLCC yang indah dipandang.

Dan komen anak sulong saya hari ini:

Dan seperti biasa kita akhiri sesi berjogging dengan sarapan di foodcourt KLCC. Kali ini kami ambik satu set nasi lemak paru dan satu set cucur bawang... sharing is caring.

Alhamdulillah done aktiviti santai dihujung minggu. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 30 June 2026

Jalan-jalan Ganu Sambil Visit Anak No-2

18-20hb Jun 2026

Selepas hampir tiga bulan anak no-2 bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah barulah saya dan hubby ada peluang untuk datang berziarah. Oleh kerana Terengganu berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu maka kita plan untuk tiba di sana seawal petang Khamis lagi.

Kami turun dari rumah Ampang awal pagi dan singgah di Putrajaya menjenguk anak bongsu yang masih berpantang anak sulong. Sempatlah mandikan baby sebelum gerak ke KLIA1 untuk flight MAS ke KT pukul 2:30 petang.

Lunch nasi lemak di Chef Wan Klia1 sebelum boarding.

Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dalam pukul 4 petang disambut oleh anakanda terchenta, terus gerak ke Hotel Raia yang terletak berdekatan airport untuk check-in dan berehat.

Pertama kali saya jejak kaki di airport KT.

One for the memory.

Dalam pukul 8 malam kami keluar untuk makan malam di Sados Cafe milik kawan hubby semasa belajar di London dahulu… pertemuan semula selepas 30 tahun.


Bersama kawan hubby yang kini menetap di KT.

Shellout yang sangat enak.

Esoknya kami keluar untuk sarapan Nasi Dagang Atas Tol yang viral. Kami singgah di Cawangan Gong Badak. Katanya depa dah ada 6 cawangan kedai. Alhamdulillah tidak menghampakan, sedap dan kena dengan tekak saya.

Kedainya sesntiasa penuh.

One for the memory.

Usai makan kami menuju ke jambatan angkat (Draw Bridge) yang selalu disebut-sebut orang. Saya simpan dulu komen tentang draw bridge dengan anak no-3 yang bekerja sebagai arkitek. Malas nak cakap lebih-lebih. 

Hubby dan anakanda berlatar belakangkan draw bridge.

Kawasan tempat makan dan lepak, katanya meriah di waktu malam.

Cuaca agak panas so kami cepat-cepat bergerak ke destinasi seterusnya di Masjid Kristal.

Senibina bahagian luar masjid yang cantik.

One for the memory.

Pintu masuk kawasan masjid.

By pukul 11:00 pagi kami gerak balik hotel semula untuk bersiap ke rumah sahabat Gojezes KB84, Ma dan Ita yang sudah bermastautin di Terengganu ditemani anakanda sebagai drebar. Kami tidak bersua muka sejak lepas SPM 1984, lebih 40 tahun yang lalu. Walau tidak berjumpa secara fizikal kami sentiasa bertegur sapa secara maya dalam group whatsapp.

Kami tiba di rumah Ita hampir pukul 1:00 tengahari. Ita masak nasi biryani special yang super enak. Seronok berborak tentang kisah-kisah zaman remaja, sedar tak sedar dah sejam kami duduk melekat di meja makan. Usai makan tengahari di rumah Ita kami ke rumah Ma untuk minum petang dengan ikan dan sotong celup tepung dan buah-buahan dari kebunnya pulak. Walau banyak cerita seakan tiada penghujung, saya terpaksa menghadkan masa pertemuan ini kerana dah berjanji dengan hubby untuk keluar ke pantai sebelum Maghrib. Semoga ada peluang untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat ini lagi.

Depan rumah Ita.
Dengan Ma dan Ita, sahabat Gojezes sejak dari sekolah menengah.

Di rumah Ma pulak.

Meriah menu minum petang penuh meja. Orang Terengganu sangat pemurah.

Kenangan sebelum berpisah.

Saya dan hubby keluar bersiar-siar di pantai ditemani anakanda sebagai drebar lagi. Pengunjung agak ramai dan parking kereta pun agak payah. Kami terpaksa menyelit di celah-celah kereta lain.

One for the memory... membasahkan tekak dengan air kelapa dan cendol.

Sup kambing meletop katanya. Singgah makan di kafe hotel sebelum berehat di bilik hotel.

Esoknya pepagi lagi kami dah keluar sarapan roti canai dan nasi lemak. Lupa pulak nama kedainya. Kemudian kami pusing-pusing kawasan hospital melihat tempat kerja dan tempat tinggal anakanda. Sambil itu kami singgah beli keropok lekor di kedai Ikan Ssaje sebelum balik hotel semua untuk bersiap dan check-out. Oleh kerana flight balik KL pada pukul 6:30 petang kami jalan-jalan di Pasar Payang seterusnya ke Mayang Mall pulak to kill the time. Kemudian kami ke NACC Batik Pavillion KT sebelum ke airport pada pukul 5 petang.

Light lunch di Chef Wan, Mayang Mall.

Rojak buah yang yummy.

Terserempak dengan guru sekolah rendah anak-anak di Pasar Payang. Such a small world.

Bye Ganu… hingga berjumpa lagi.

Alhamdulillah selesai program santai hujung minggu di Ganu. Terima kasih kepada anakanda terchenta melayan Ummi Ayah dan menyupir bawa jalan-jalan keliling kota. Ganu memang ohsem... lain kali boleh datang lagi. Semoga kita dikurniakan rezeki yang sentiasa melimpah ruah. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 5 January 2026

Jalan-jalan Pavilion Bukit Jalil: Tsutaya Books

Sabtu: 3hb Januari 2026

Dah lama kami bercadang untuk ke Pavilion Bukit Jalil. Katanya di sana ada kedai buku Tsutaya Books. Sebagai peminat buku haruslah hubby akan make a point untuk ke sana. Dan saya seperti biasa hanya mengikut sahaja. 

Kami keluar rumah dalam pukul 9:45 pagi. Jalan sangat lancar dan tiba di sana dalam masa 30 minit sahaja. Oleh kerana pertama kali, kami asyik terlepas simpang masuk ke parking lot. Akhirnya kami dapat masuk ke basement parking A. Depa masih guna sistem tekan butang di palang masuk untuk tiket parking dan bayar harga parking di mesin slot sebelum keluar. So kita follow sahaja walau dah biasa dengan cashless parking menggunakan touch & go atau Bank Card.

Mall main entrance.

Marked tempat parking sebelum apa-apa. Aras B1, lorong Q, tiang 36.

Info tempat bayar parking.

Dari parking lot kami mencari pintu masuk ke mall, naik lif dan terus ke kedai buku Tsutaya Books yang terletak di Level 2. 

Tsutaya Books main entrance.

Kedai bukunya agak luas. Depa letak cermin di bahagian ceiling kedai memberi effect keadaan yang luas penuh dengan buku. 

Efek cermin siling menampakkan ruang yang sangat luas.

Walau suasana macam gloomy tapi sangat tenang. Seronok mencuci mata melihat ratusan buku tersusun di rak. Ada beberapa tajuk buku yang menarik minat saya. Tapi kita KIV dulu. 


KIV dulu.

KIV juga.

Beli buku Quite sahaja.

Puas mencuci mata, kita mengisi perut pulak. Kami duduk mengopi dalam kafe yang disediakan. Harga minuman dan makanan agak pricey, tapi apa salahnya sekali sekala for the ambience. So nice untuk duduk membaca atau buat kerja. Kelihatan beberapa pengunjung lain yang khusyu' buat kerja dengan laptop memasing.

Americano & egg mayo toast for hubby, hot chocolate & banana cake for makcik. 

Ayuhlah mula membaca sambil mengopi.

Usai aktiviti di kedai buku kami keluar pusing-pusing mall ambik vibe, namun kurang kena dengan vibe makcik pakcik. So kita tidak perlu berlama-lama di sini. Marilah kita pulang sebelum jalan jam.

Masih berbaki hiasan sempena sambutan hari Krismas.

Otw balik kami singgah makan tengahari di Restoran Emak Engku, Kg Pandan sambil mengimbau kenangan semasa hubby bekerja di UPTM Cheras dahulu. Resroran ini adalah salah satu port lepak makan tengahari kami. Saya akan pick-up hubby dari opis di UPTM dan keluar makan tengahari di sini. Menu kegemaran saya haruslah masak lemak labu daun asin-asin dan ikan kering goreng. Kali ini kita tambah kerang bakar sebagai penambah rasa. 

Alhamdulillah done another day. Nak pergi Pavi lagi? Mungkin tidak. Not my kind of shopping mall. Saya lebih suka mall yang sederhana besar sesuai untuk makcik pakcik. 

Sekian. 😊

Berangan & Mengawal Gula Dalam Darah

Dulu saya selalu berangan bangun pagi je dah ada makanan atas meja. Paling tidak pun saya dikejutkan dengan bau semerbak dari dapur. Namun k...