Sunday, 5 July 2026

Lamanku VS Taman Tasik KLCC & Berjogging

Hari ini hari Ahad. Pepagi lagi saya turun ke laman. Sejak minggu lepas tadika depan rumah saya ni dah stop operasi, jadi agak selesa untuk berpagi-pagi di halaman. Sebelum ini segan jugak nak tayang muka bila ada motor dan kereta ibu-bapa yang menghantar anak-anak parking depan pagar rumah. Saya tak pasti kenapa mereka dah berhenti beroperasi... mungkin berpindah ke tempat baru.

Apa-apa pun, kita nikmati ketenangan di halaman rindu ini sebelum keluar berjogging.

Kemboja yang semakin besar.

Pokok sepit udang dan mahkota berduri yang sentiasa berbunga.

Tak tau nama apa, saya pindahkan dari pasu dua bulan yang lepas supaya lebih segar.

Pangkal pokok kemboja yang memerlukan nafas baru. Nanti-nantilah kita mulakan operasi.

Spesis pokok bunga melur katanya. Baru tanam dua bulan lepas. Bunganya berbau vanilla.

Saya dan hubby keluar berjogging di Taman Tasik KLCC. Dapatlah buat dua pusingan. Hubby je yang jogging. Saya seperti biasa hanya berlenggang-kangkung atau dalam bahasa orang kampung saya, depa panggil briskwalking. Itupun dah berpeluh hingga ke kaki. Sambil itu saya stop di kawasan rehat untuk buat stretching khas untuk makcik-makcik. Ala-ala squart tapi kita duduk atas bangku/pangkin. Alhamdulillah dapat buat 30x duduk bangun, duduk bangun. Mudah-mudahan takde sakit betis atau sakit urat saraf nanti. 😁

Hubby memulakan langkah.

Mercu KLCC yang indah dipandang.

Dan komen anak sulong saya hari ini:

Dan seperti biasa kita akhiri sesi berjogging dengan sarapan di foodcourt KLCC. Kali ini kami ambik satu set nasi lemak paru dan satu set cucur bawang... sharing is caring.

Alhamdulillah done aktiviti santai dihujung minggu. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Pantai Geting & Nasi Berlauk Malam Sebelum Balik KL

27hb Jun 2026 (Part2) Selepas menghadiri kenduri kahwin cucu saudara hubby di rumahnya di Lundang/Langgar KB, kami terus check-in di Hotel P...