27hb Jun 2026
Selepas 3 minggu saya dan hubby balik ke KB lagi. Kalau sebelum ini kami balik untuk kenduri kahwin cucu saudara sepupu hubby sebelah mak mertua saya, kali ini kami balik untuk kenduri cucu saudara sebelah bapa mertua pulak. Nenek dan datuk mereka semua sudah tiada, yang tinggal hanya hubby sebagai datuk saudara yang paling bongsu. Kiranya kami ini (plus dua orang kakak hubby) adalah generasi yang terakhir.
![]() |
| Hubby dan anak saudaranya, bapa pengantin. |
![]() |
| Saya suka bubur kacangnya yang manis lemak berkrim. Kita lupakan diet buat sementara waktu. |
![]() |
| Dengan pengantin yang cantik menawan. |
![]() |
| The family: anak saudara hubby dan cucu-cucu saudara. |
Usai makan kami terus ke Hotel Perdana untuk check-in dan berehat. Kami dapat bilik di tingkat 5, luas dan selesa.
![]() |
| Hotel sediakan sejadah dan telekung sembahyang. Tapi saya tetap guna telekung sendiri. |
Selepas berehat kami turun mengopi di kafe hotel. Hubby teringin nak makan satar. Saya pilih cucur udang.
![]() |
| Satar nampak menarik dari luar namun... |
![]() |
| ...realiti selepas dibuka daunnya. Jauh meleset daripada satar yang dibayangkan. Agak menghampakan disitu.😔 |
![]() |
| Teh tarik for makcik, Americano for hubby as always. |
![]() |
| Cucur udang 10/10. Sedap.👍 |
![]() |
| Kek... kita tengok sahaja. |
![]() |
| Pastri pun kita buat cuci mata. |
![]() |
| Air teh-O-ais limau... free untuk pelanggan hotel. Depa letak di lobi. Tuang je seberapa banyak kita nak... tapi beware of sugar... tersangat lah manisnya. |
Bagi mengakhiri hari yang yang berbaki kami meneruskan perjalanan ke pantai pulak. (Cerita di episod yang lain).
Alhamdulillah, done aktiviti santai hujung minggu kali ini. Santai tak santai tapi kita enjoy sahaja. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki yang sentiasa melimpah ruah. Aamiin. 🌹
Sekian.😊












No comments:
Post a Comment