Dulu halaman rumah saya agak meriah dengan pokok-pokok hijau. Namun kini semua pokok seakan tidak bermaya. Kata jiran saya, ketidaksuburan itu mungkin berpunca dari keadaan bawah tanah yang ditambun semasa awal-awal pembinaan rumah di taman perumahan ini. Entahlah. Saya pun tak pasti apa punca sebenarnya. Yang pasti sejak akhir-akhir ini minda saya sentiasa terarah ke halaman rumah. Macam-macam idea (anganan) yang datang. Dan keadaan halaman rumah saya juga sentiasa berubah bila ketiadaan pokok-pokok besar yang saya tebang agar tidak mengganggu kerukunan jiran-tetangga.
![]() |
| Jun 2022 |
Sungguh saya rindu dengan kehijauan laman saya yang dahulu seperti dalam gambar (tahun 2017) di bawah. Walau dah 9 tahun berlalu, suasana hasil titik peluh saya sentiasa kekal di minda. Pokok mangga belakang rumah itu terpaksa saya tebang bila terdapat sarang tebuan. Pokoknya pernah mengeluarkan buah mangga yang besar dan manis tapi terpaksa saya korbankan demi keselamatan jiran tetangga agar tiada yang disengat tebuan nanti. Pokok mangga tepi pagar juga terpaksa saya tebang kerana dah mula reput takut nanti tumbang menimpa rumah jiran sebelah. Lagipun pokoknya sentiasa menjadi tarikan monyet-monyet yang datang bertandang.
![]() |
| November 2017 selepas upah orang potong rumput. Punyala semangat dia buat kerja hingga botak laman saya.😔 |
Terkini saya mula menanam/mengganti semula pokok-pokok yang dah nazak/mati. Ada yang dibuat pemasuan semula. Saya juga mengalih pasu pokok ke sana ke mari mengikut kudrat yang ada.
Bila pokok-pokok besar semua saya tebang barulah nampak terang hingga ke highway diseberang jalan. MPAJ pun dah tebang pokok-pokok besar sepanjang hiway menyebabkan suasana taman perumahan agak panas. So terpaksalah saya mulakan penanaman semula pokok-pokok bagi menambah pengeluaran oksigen alam semesta.😁
![]() |
| Terkini Julai 2026. |
Semoga selepas ini laman saya kembali segar, menjadi tempat saya menenangkan jiwa... giving me peace and quite, tranquil and serene bak kata orang kampung saya. Aamiin.🌹
Sekian.😊



No comments:
Post a Comment