Wednesday, 8 July 2026

Kelahiran Cucu ke-6: Jom Balik Rumah

Bila anak bongsu saya yang baru beranak sulong hendak berpantang di rumah sendiri, ayahnya siap susun jadual untuk saya bertugas menjaga dalam pantang. Oleh kerana saya pun berpantang sendiri maka kita ikut sahaja apa yang patut. Doktor bagi discaj selepas 4 malam kami berkampung di hospital. Alhamdulillah Mommy dan baby sihat.

Last moment dalam wad... semua dah sedia nak balik rumah.

Nenek excited pegang cucu dalam kereta.

Home sweet home.

Anak saya dah siapkan bilik tidur untuk saya... dah macam nak masuk asrama pulak. Saya pun dah bawak cukup persalinan untuk seminggu. 

Single room for nenek.

Siap meja untuk duduk membaca dan menulis almaklumlah kita suka duduk di meja.

Esoknya awal pagi lagi saya dah mandikan baby. Kita mandi simple-simple je sebab baru pertama kali nak bagi baby kena air.

Done baby's first bath. 

Tak susah mana pun nak menjaga orang dalam pantang. Semuanya Allah mudahkan. Mommy cepat sihat, air susu pun banyak, baby pun pandai menyusu, tidak meragam dan tidur dengan tenang. Saya cuma masak-masak, mandikan baby dan dodoikan baby bila perlu. 

Nenek dah rindu nak balik rumah Ampang pulak.😁

Alhamdulillah done seminggu full-time duduk rumah anakanda. Lepas itu saya bergilir dengan anak sulong yang tinggal di Cyberjaya. Kakak sulong ni memang semangat menjaga adik bongsunya hingga habis pantang. Seronok ada anak saudara ramai-ramai katanya. Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk kita. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Kelahiran Cucu ke-6: Jom Balik Rumah

Bila anak bongsu saya yang baru beranak sulong hendak berpantang di rumah sendiri, ayahnya siap susun jadual untuk saya bertugas menjaga dal...